Seorang bekas mak nyah telah selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya yang juga merupakan seorang bekas pengkid.
Memetik laporan Mstar, lelaki berusia 40 tahun itu berkata dia dan isterinya yang berusia 22 tahun itu sah bergelar suami isteri dengan lima kali lafaz.
Walaupun sebelum ini dia lebih cenderung meminati lelaki, dia berharap perkahwinan ini membuktikan keinginan mereka untuk berubah menjadi lebih baik.
Kami nak kehidupan normal sebagai suami isteri. Saya kini jadi lebih lelaki dan isteri pun banyak berubah jadi wanita.
Bukan itu sahaja, lelaki yang mengusahakan bisnes salun itu mengakui dia pada mulanya berasa malu untuk tidur bersama isteri.
Sebab ini kali pertama saya tidur dengan wanita yang saya cintai. Tapi saya rasa selesa dengan isteri..
Bagaimanapun, timbul dakwaan mengatakan mereka merancang perkahwinan itu hanya untuk membuat konten di media sosial memandangkan pasangan suami isteri itu merupakan bekas mak nyah dan bekas pengkid.
Keputusan untuk disatukan ini dah cukup tunjukkan cinta sejati kami yang sebenar dan bukan sekadar content.
-BeautifulNara
No comments:
Post a Comment