BEKAS jurulatih kebangsaan, B Sathianathan disahkan meninggal dunia pada Selasa pada usia 65 tahun selepas setahun bertarung dengan penyakit kanser.
Perkara itu pastinya mengejutkan ramai pihak memandangkan pengendali tersebut pernah membawa beberapa kejayaan buat Harimau Malaya sepanjang kariernya.
Tidak cukup dengan itu, mendiang juga pernah terlibat dalam dunia liga bola sepak tempatan dengan Sarawak United merupakan pasukan terakhir dikendalikannya.
Pada Jun tahun lalu, jurulatih kelahiran Ipoh, Perak itu terpaksa berehat daripada bidang kejurulatihan akibat masalah kesihatan, namun enggan mendedahkannya kepada orang ramai.
Namun, dia kemudiannya difahamkan sudah kembali pulih pada Oktober selain menegaskan bahawa dia sudah bersedia untuk kembali mengendalikan mana-mana kelab Liga Super.
Tetapi, dengan tiada pasukan berminat untuk mendapatkan khidmatnya, Sathianathan memilih untuk bertugas sebagai pengulas bola sepak bermula awal musim lalu. — Majoriti
No comments:
Post a Comment