Utama » , , , » Pedoman 3R dalam al-Quran

Pedoman 3R dalam al-Quran

 

ALLAH SWT berfirman menyimpulkan semua perkara:

﴿وَٱلۡعَصۡرِ١ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَفِي خُسۡرٍ٢ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ٣﴾

“Demi masa! (1) Sesungguhnya, manusia itu benar-benar dalam kerugian. (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta mereka pula nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (3)” (Surah al-‘Asr: 1-3)

Kitab suci al-Quran menetapkan tiga tujuan manusia diciptakan oleh Allah SWT; iaitu beribadat, berkhilafah dan beramanah.

Firman Allah SWT:

﴿وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ٥٦ مَآ أُرِيدُ مِنۡهُم مِّن رِّزۡقٖ وَمَآ أُرِيدُ أَن يُطۡعِمُونِ٥٧ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلرَّزَّاقُ ذُو ٱلۡقُوَّةِ ٱلۡمَتِينُ٥٨﴾

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku. (56) Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku. (57) Sesungguhnya, Allah Dialah Maha Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh. (58)” (Surah al-Zariyat: 56-58)

Beribadat memperhambakan diri kepada Allah dengan melakukan syiar ibadat dan kepatuhan kepada semua perintah Allah secara menyerah diri kepada-Nya dalam segala urusan dunia yang menjadi jambatan ke akhirat dan juga urusan akhirat yang dijanjikan.

Firman Allah SWT:

﴿وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَـٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ٣٠﴾

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata, ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan menyucikan-Mu?’ Tuhan berfirman, ‘Sesungguhnya, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.’” (Surah al-Baqarah: 30)

Khilafah itu mentadbir urusan dunia berpandukan petunjuk Allah, dalam urusan  manusia dan makhluk yang lain oleh seorang ketua negara yang dinamakan Khalifah, Raja, Sultan, Amir, Presiden, Perdana Menteri dan segala jenteranya.

Firman Allah SWT:

﴿إِنَّا عَرَضۡنَا ٱلۡأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱلۡجِبَالِ فَأَبَيۡنَ أَن يَحۡمِلۡنَهَا وَأَشۡفَقۡنَ مِنۡهَا وَحَمَلَهَا ٱلۡإِنسَٰنُۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومٗا جَهُولٗا٧٢﴾

“Sesungguhnya, Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan amanah itu hanya sanggup dipikul oleh manusia. Sesungguhnya, manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (Surah al-Ahzab: 72)

Amanah itu melaksanakan hukum Allah yang Maha Adil mengikut syarat dan adabnya secara tafaqquh (berdasarkan kefahaman).

Ketiga-tiga tujuan tersebut melibatkan aspek agama, ketua negara serta rakyat berbagai-bagai kaum dan bangsa.

Al-Quran menegaskan berkenaan tugas para rasul bersama sahabat mereka pada setiap zaman, sehinggalah Rasul akhir zaman iaitu Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya. Bahkan, ia juga wajib diteruskan oleh umatnya yang setia dengan membawa urusan agama menyelamatkan bangsanya dahulu dan manusia yang lain, serta menasihati raja-raja pada zaman masing-masing bagi melaksanakan kewajipan manusia itu diciptakan.

Firman Allah SWT:

﴿وَلَقَدۡ بَعَثۡنَا فِي كُلِّ أُمَّةٖ رَّسُولًا أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَٱجۡتَنِبُواْ ٱلطَّـٰغُوتَ ۖ فَمِنۡهُم مَّنۡ هَدَى ٱللَّهُ وَمِنۡهُم مَّنۡ حَقَّتۡ عَلَيۡهِ ٱلضَّلَٰلَةُۚ فَسِيرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلۡمُكَذِّبِينَ٣٦﴾

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan), ‘Sembahlah Allah (sahaja), dan jauhilah taghut itu.’ Maka, dalam kalangan umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka, berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (para rasul).” (Surah al-Nahl: 36)

Mengajak manusia beribadat kepada Allah SWT sahaja merupakan tonggak bagi semua urusan, serta mentadbir urusan dunia dengan berpandukan agama-Nya. Termasuklah juga menentang pelampau yang bertindak zalim terhadap rakyat oleh kalangan pemerintah pada zaman masing-masing.

Nabi Nuh AS berdakwah menyelamatkan kaumnya daripada kesesatan dan kezaliman golongan al-mala’ (para pemimpin dan pembesar) yang sesat dan zalim. Perkara ini dijelaskan oleh firman Allah SWT:

﴿لَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ فَقَالَ يَٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَٰهٍ غَيۡرُهُۥٓ إِنِّيٓ أَخَافُ عَلَيۡكُمۡ عَذَابَ يَوۡمٍ عَظِيمٖ٥٩ قَالَ ٱلۡمَلَأُ مِن قَوۡمِهِۦٓ إِنَّا لَنَرَىٰكَ فِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٖ٦٠ قَالَ يَٰقَوۡمِ لَيۡسَ بِي ضَلَٰلَةٞ وَلَٰكِنِّي رَسُولٞ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ٦١ أُبَلِّغُكُمۡ رِسَٰلَٰتِ رَبِّي وَأَنصَحُ لَكُمۡ وَأَعۡلَمُ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ٦٢﴾

“Sesungguhnya, Kami telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya, lalu dia berkata, ‘Wahai kaumku, sembahlah Allah! Sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain-Nya.’ Sesungguhnya, (kalau kamu tidak menyembah Allah), aku takut kamu akan ditimpa azab pada hari yang besar (Hari Kiamat). (59) Pemuka-pemuka daripada kaumnya berkata, ‘Sesungguhnya, kami memandang kamu berada dalam kesesatan yang nyata.’ (60) Nuh menjawab, ‘Wahai kaumku! Tidak ada padaku kesesatan sedikit pun, tetapi aku adalah utusan daripada Tuhan semesta alam. (61) Aku menyampaikan kepada kamu amanah-amanah Tuhanku dan aku memberikan nasihat kepadamu. Dan aku mengetahui daripada Allah apa yang tidak kamu ketahui.’ (62)” (Surah al-A‘raf: 59-62)

Manakala Nabi Ibrahim AS pula menghadapi Raja Namrud. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT:

﴿أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِي حَآجَّ إِبْرَٰهِـۧمَ فِي رَبِّهِۦٓ أَنۡ ءَاتَىٰهُ ٱللَّهُ ٱلۡمُلۡكَ إِذۡ قَالَ إِبْرَٰهِـۧمَ رَبِّيَ ٱلَّذِي يُحۡيِۦ وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا۠ أُحۡيِۦ وَأُمِيتُۖ قَالَ إِبْرَٰهِـۧمَ فَإِنَّ ٱللَّهَ يَأۡتِي بِٱلشَّمۡسِ مِنَ ٱلۡمَشۡرِقِ فَأۡتِ بِهَا مِنَ ٱلۡمَغۡرِبِ فَبُهِتَ ٱلَّذِي كَفَرَۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ٢٥٨﴾

“Apakah kamu tidak memerhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) sedangkan Allah telah memberikan kepada orang itu (Raja Namrud) pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan, ‘Tuhanku ialah Tuhan yang menghidupkan dan mematikan’; orang itu berkata, ‘Aku juga dapat menghidupkan dan mematikan.’ Ibrahim berkata, ‘Sesungguhnya, Allah menerbitkan matahari dari timur, maka kamu terbitkanlah matahari dari barat.’ Lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (Surah al-Baqarah: 258)

Namun, Raja Namrud berlagak menjadi tuhan dan berlaku zalim.

Dalam pada itu, Nabi Musa AS pula menyelamatkan bangsanya dalam menghadapi Firaun (Raja Mesir) yang zalim. Firman Allah SWT:

﴿وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوۡمِهِۦ لِيُبَيِّنَ لَهُمۡۖ فَيُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِي مَن يَشَآءُۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ٤ وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا مُوسَىٰ بِـَٔايَٰتِنَآ أَنۡ أَخۡرِجۡ قَوۡمَكَ مِنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ وَذَكِّرۡهُم بِأَيَّىٰمِ ٱللَّهِۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّكُلِّ صَبَّارٖ شَكُورٖ٥﴾

“Kami tidak mengutus seorang rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya dia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka, Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberikan petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Dialah Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. (4) Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Musa dengan membawa ayat-ayat Kami, (dan Kami memerintahkan kepadanya), ‘Keluarkanlah kaummu daripada gelap-gelita kepada cahaya terang benderang dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah.’ Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang penyabar dan banyak bersyukur. (5)” (Surah Ibrahim: 4-5)

Nabi Muhammad SAW menegakkan negara dan memimpinnya untuk membetulkan keadaan yang salah dan sesat, bermula dengan keluarga dan kaum bangsanya, serta mengutuskan surat kepada raja-raja yang berkuasa pada zamannya supaya memerintah rakyat dengan petunjuk agama yang adil.

Raja Habsyah, Raja Oman dan Raja Bahrain memeluk Islam dan dikekalkan menjadi raja di tempat masing-masing. Adapun Raja Mesir dan kabilah Najran pula, mereka berdamai dan bersama-sama menghadapi kuasa besar yang melampau terhadap agama serta rakyat yang telah mengumpulkan bala tentera yang besar bagi menentang Islam.

Al-Quran menyebutkan contoh khalifah yang adil melalui kisah Nabi Daud AS, contoh raja yang adil melalui kisah Nabi Sulaiman dan Raja Zulqarnain. Pada masa yang sama, al-Quran juga menyebutkan berkenaan raja yang sesat dan zalim seperti Firaun, Namrud dan lain-lain.

Rasulullah SAW menegaskan wajibnya ada penasihat yang baik bagi seorang ketua negara dan raja-raja. Hal ini sebagaimana sabdanya:

‌إِذَا ‌أرَادَ ‌اللهُ ‌بِالأَمِيرِ ‌خَيْرًا، ‌جَعَلَ ‌لَهُ ‌وَزِيرَ ‌‌صِدْقٍ، ‌إِنْ ‌نَسِيَ ‌ذَكَّرَهُ، ‌وَإنْ ‌ذَكَرَ ‌أَعَانَهُ، ‌وَإِذَا ‌أَرَادَ ‌بِهِ ‌غَيْرَ ‌ذَلِكَ ‌جَعَلَ ‌لَهُ ‌وَزِيرَ ‌سُوءٍ، ‌إِنْ ‌نَسِيَ ‌لَمْ ‌يُذَكِّرْهُ، ‌وَإِنْ ‌ذَكَرَ ‌لَمْ ‌يُعِنْهُ.

“Apabila Allah menghendaki seorang pemimpin atau raja itu baik, maka dijadikan kepadanya menteri yang bercakap benar. Jika pemimpin atau raja itu lupa, maka diperingatkan, jika ingat akan ditolongnya. Jika Allah menghendaki suatu kejahatan, maka dijadikan menteri yang buruk. Jika leka, nescaya dibiarkan dan jika beringat tidak ditolongnya.” (Riwayat Abu Dawud, Kitab al-Kharaj wa al-Fay’ wa al-Imarah, No. 2932)

Allah SWT mewajibkan adanya satu kumpulan dalam kalangan umat Islam yang melaksanakan kewajipan tersebut, sebagaimana firman-Nya:

﴿وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُولَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ١٠٤﴾

“Dan hendaklah ada antara kamu satu golongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma‘ruf dan mencegah daripada yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (Surah Ali ‘Imran: 104)

Ayat di atas ditafsirkan oleh hadis Rasulullah SAW melalui sabdanya:

الدِّينُ النَّصِيحَةُ.

“Agama itu nasihat.”

Kami bertanya:

لِمَنْ؟

“Bagi siapa?”

Sabdanya:

‌لِلَّهِ ‌وَلِكِتَابِهِ ‌وَلِرَسُولِهِ ‌وَلِأَئِمَّةِ ‌الْمُسْلِمِينَ ‌وَعَامَّتِهِمْ.

“Bagi Allah, bagi Kitab-Nya, bagi Rasul-Nya, bagi para pemimpin dan orang ramai.” (Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, No. 55)

Allah SWT telah melaknat kaum Bani Isra’il kerana mereka telah meninggalkan kewajipan tersebut melalui firman-Nya:

﴿لُعِنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۢ بَنِيٓ إِسْرَاءِيْلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُۥدَ وَعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ٧٨ كَانُواْ لَا يَتَنَاهَوۡنَ عَن مُّنكَرٖ فَعَلُوهُۚ لَبِئۡسَ مَا كَانُواْ يَفۡعَلُونَ٧٩﴾

“Telah dilaknati orang-orang kafir daripada kalangan Bani Isra’il dengan lisan Daud dan ‘Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. (78) Mereka satu sama lain tidak pernah melarang tindakan mungkar yang dilakukan oleh mereka. Sesungguhnya, amat buruklah apa yang selalu mereka lakukan itu. (79)” (Surah al-Ma’idah: 78-79)

Menutup kewajipan mengkritik juga bercanggah dengan prinsip dan konsep demokrasi moden dan perlembagaan negaranya.

Al-Quran menetapkan konsep pemimpin dan ketua negara berperlembagaan dengan firman Allah SWT:

﴿إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا٥٨ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا٥٩﴾

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada ahlinya yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya, Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya, Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (58) Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulu al-amri antara kamu. Kemudian, jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (59)” (Surah al-Nisa’: 58-59)

Ketaatan kepada Allah dan Rasul adalah secara mutlak tanpa pilihan kerana Allah SWT itu Maha Suci daripada sebarang kelemahan dan kekurangan, manakala Rasul itu pula dikawal oleh wahyu. Adapun ulu al-amri pula ialah para umara’ (pemimpin) yang melaksanakan hukum dan para ulama’ yang memelihara ilmunya selagi mentaati Allah dan Rasul.

Perkara ini dinyatakan dalam Sahifah Madinah (Piagam Madinah):

وَإِنَّهُ مَا كَانَ بَيْنَ أَهْلِ هَذِهِ الصَّحِيفَةِ مِنْ حَدَثٍ أَوِ اشْتِجَارٍ يُخَافُ فَسَادُهُ، ‌فَإِنَّ ‌مَرَدَّهُ ‌إِلَى ‌اللَّهِ وَإِلَى مُحَمَّدٍ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

“Dan bahawa sesungguhnya apa-apa perkara yang berlaku dalam kalangan ahli yang terlibat dalam pemeteraian piagam ini yang menimbulkan masalah dan pertelingkahan sehingga perkara itu boleh merosakkannya, hendaklah ia diselesaikan dengan kembali kepada Allah (al-Quran) dan Nabi Muhammad SAW (Sunnah).” (Ibn Hisyam, al-Sirah al-Nabawiyyah, Jld. 1, Hlm. 504)

Abu Bakar RA menyampaikan satu ucapan, setelah dirinya dibaiahkan menjadi Khalifah:

‌أَطِيعُونِي مَا أَطَعْتُ اللَّهَ وَرَسُولَهُ، فَإِذَا عَصَيْتُ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَلَا طَاعَةَ لِي عَلَيْكُمْ.

“Taatilah kepadaku selagi aku mentaati Allah dan Rasul. Sekiranya aku sudah tidak mentaati kedua-duanya, maka janganlah lagi kamu taat kepadaku.” (Ibn Hisyam, al-Sirah al-Nabawiyyah, Jld. 2, Hlm. 661)

Perbuatan ini diikuti oleh para khalifah dan raja-raja Islam selepasnya.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 29 Zulhijjah 1444 / 18 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 18/7/2023

Share:

No comments:

Post a Comment

Posting Popular

Carian Blog

Powered by Blogger.

Labels

1 Syawal 1MDB 2023 3R 7E A & W Abdullah Hj Jaafar Abdurrahman Ahmad Muaz Abu Ubaida Adun Gurun Adun Rembia ADUN Sungai Bakap Aeronautik AES Agama Islam Agamawan Agenda Politik Agihan Keuntungan Ahli Akademik Ahli Ekonomi Sukan Ahli Parlimen Ahli Perniagaan Ahli Politik Ahli Sukan Ahmad Terrirudin Salleh AHTV AI AI Generatif Aidil Adha Aidilfitri AIM AISHM Ajaran Sesat AJL Akad Nikah Akaun Fleksibel Akaun Ke-3 Akta 852 Akta Hasutan Akta Lompat Parti Aktivis Aktivis Politik Al Fatihah Al Imam Al Mahdi Al Quran Al-Aqsa Alam Haiwan Alam Laut Alhamdulillah Allahyarham Tun Daim Zainuddin Allhuakbar Allyarhamah Datuk Syarifah Aini Alternatif Aman Palestin Amanah Amanat Tersirat Amaran Amazon Ambalat Amerika syarikat Amirudin Shari AMLA Anak Bulan Anak Derhaka Anak Istimewa Anak Muda Anak Perempuan Anak Syurga Anak Yatim Analisis Ancaman Bom Android Angeline Tan Angkat Sumpah Antarabangsa Anthony Loke Antonio Guterres Anugerah Anugerah Oscar Anugerah Sukan APDP APK Aplikasi APM APMM Apple Applikasi Apungan Harga Arab Saudi Arafah Arah Kiblat Argentina Arif Aiman Artis Antarabangsa Artis Cerai Artis Duda Artis Janda Artis Kahwin Artis Lagenda Artis Nasyid Artis Tempatan Artis Veteran As Syahid Ismail Haniyeh ASB Aset Asma' Binti Abu Bakar ASN Astro Awani Asyairah ATM Audit Audit Negara Aurat Wanita Awas Axia Ayahanda Azmin Ali B40 Baby Shima Baddrol Bakhtiar Badi Badminton Bahan Larangan Bahan Sejarah Bahanapi Bahasa Melayu Bajet 2023 Bajet 2024 Baling Banduan Banduan Terjormat Banglo Bangunan Runtuh Banjir Bank Bank Dunia Bantahan Bantuan Bantuan Banjir Bantuan Kemanusiaan Bantuan Khas Barangan Impot Barisan Kabinet Barjoyai Bardai Basikal Bateri Baucar Buku Bayaran Insentif Bayaran Pencen Bayi Bazar Ramadhan BDB Bebas Pertuduhan BEC Bekalan Elektrik Beku Akaun Belanjawan Belanjawan 2024 Belanjawan 2025 Belasungkawa Bencana Alam Benjamin Netanyahu Beras Beras Impot Beras Madani Beras Seludup Beras Tempatan Berita Palsu Berlian Bermadu BERNAS Berpantang Maut Sebelum Ajal Berpencen Bersatu BERSIH Beta Bicara Mufti Biduanita Negara Bil elektrik Bilal Bilionaire Billionaire Binaan Haram Bintang Bolasepak Bisnes Bisnes Online BJAK Blackpink BlackRock Blackwing Blog Blogger Bloggging Blogging BN BNM Boeing Boikot Bolasepak Bom Bomba Bonus Boss James BossKu Box Office Brazil Briged Al Qassam Buahan Tempatan Bubur Lambuk Buka Minda Bukan Islam Bukit Uhud Buku Bulan Islam Bulan Kebangsaan Bulan Rejab Buli Siber Bumiputera Bundle Bung Moktar Bunuh Diri Bursa Malaysia C4 Center CAAM Cabul Cabutan Bertuah Calon Calon Bebas Calon PN Caprice Casio Cauvinis Cegah Maksiat CelcomDigi Ceramah Agama Cerita Rakyat Ceritera Cermin Mata Pintar Chatbox ChatGPT CheGuBard China Cina Muslim Claim Codi Cafe Coldplay Colombia Content Copa America 2024 Covid19 Cristiano Ronaldo Critiano Ronaldo CUEPACS Cukai Jalan Cukai Jualan Cukai Perkhidmatan Curang Cuti Hujung Minggu Cuti Sekolah Cuti Tambahan Cybercab Daftar Pemilih Dajal Dakwah Dalam Negara DanaBantu DAP Dapat Anak Dari Seberang Darjah Kebesaran Daruk Seri Hajiji Noor Dasar Ekonomi Baru Dato Onn Jaafar Datuk Dr Adnan Mat Datuk Jamal Abdillah Datuk K Datuk Mahfuz Omar Datuk Mohd Nassuruddin Daud Datuk Nur Jazlan Mohamed Datuk Rosyam Nor Datuk Seri Amir Hamzah Datuk Seri Ayob Khan Datuk Seri Suhaily Mohd Zain Datuk Yusry Abd Halim Daulat Tuanku DBKL DCT DEB Deepavali DELIMa KPM Demokrasi Berparlimen Demonstrasi Denda Desas-Desus Dewan Negara Dewan Rakyat Diabetes Dialisis Diana Danielle Didie Alias Diesel Dilema Wanita Dilepas Dan Dibebaskan Dilepas Tanpa Dibebaskan Diskaun Saman Diskriminasi Dividen DJ Radio DNA DNAA Doa Dokumen Palsu Dominic Lau Donald Trump Doraemon Dos Penggalak Dr Akamal Saleh DR Zaliha Mustafa Dr.MAZA Drama DRB-HICOM DS Ahmad Maslan DS Ahmad Samsuri DS Anwar Ibrahim DS Azlan Man DS Bung Moktar Raden DS Dr Ahmad Samsuri DS Dr Dzulkefly Ahmad DS Hamzah Zainudin DS Ismail Sabri DS Mohamad Sabu DS Najib DS Sanusi DS Siti Nurhaliza DS Takiyuddin Hassan DS Wan Azizah DSAI DSNR DSSK DSZH DUN Jitra DUN Kelantan DUN Melaka DUN Perlis DUN Sabah DUN Selangor DUN Terengganu Durian Duta Bertaraf Menteri Duyufurrahman e_Farmasi E-Motor Ebit Lew Ego EIA Ekonomi Ekonomi Digital Ekopelancongan El Nino Elon Musk eMADANI Emel England Enot EPL Era IT Erling Haaland Etherscan Euro 2024 EV eWallet Exco Perak Exco Perlis Facebook Faekah Husi Fahmi Fadzil Faisal Halim FAM FAQ Faraq Nikah Farid Kamil Femomena Alam Fenomena Alam FIFA Filem Animasi Filem Baru Final Fiqh Fitnah Flashback FOMCA Food Delivery Foodpanda Forbes Forest City Formula Rafizi Forum Perdana Francais Free Palestine G-Shock Gabenor BNM Gadjet Gaji Game Online Gamuda Land Garmin GASIS Gaza Geely Gempa Bumi Gen Z Gencatan Senjata GERAKAN GIATMARA GISB GISBH GLC GLIC Gmail Google Google Adsense Google Pay Google Search Console Gosip Artis Grab GRO GRS Gua Musang Gua Thur Gula Gunung Everest Gunung Marapi Hadis Haiwan Liar Hajarul Aswad Hak Asasi HAKAM Halalan Tayyiba Hamas Hamba Allah Hani Fadzil Haniff Khatri Hanipa Maidin Hannah Yeoh Harga Ayam Harga Basikal Harga Emas Harga Kayangan Harga Kereta Harga Makanan Harga Rumah Harga Syiling Hari Guru Hari Kebangsaan Hari Kekasih Hari Malaysia Hari Pahlawan Hari Raya Hari Wilayah Harimau Belang Harimau Malaya Haruan Makan Anak Harumamis Hattan Hawa Rizwana Redzuan Heba Nusaybah Hiburan Hidupan Liar Himpunan Aman Himpunan RXZ Hina Agama Hina Allah Hina Islam Hina Melayu Hina Negara Permohonan Maaf Hishamuddin Rais Hizbullah Hotel Hotel St Regis HotFM Houthi Yaman HTML Huawei Hubungan Songsang Hubungan Sulit Hujah Makan Tuan Hukum Hakam Hukum Islam Hukuman Husnul Khotimah Hutang Ibadah Ibadah Haji Ibrahim Ali Ibu Bapa ICJ Icon ICU ID Digital ID Khas Identiti Idola Ifa Kazar IJN Ikan Buntal Iktibar IKUT Imam Imam Mahdi Imbuhan IMF Ina Naim Indeks PMI Indonesia Inflasi Influencer Info Agama Info Auto Info Herba Info IT Info Kesihatan Info Rakyat Info Rumahtangga Info Sihat INSAN Insentif Insiden Pergaduhan Insp Sheila Inspirasi Instagram Institusi Kehakiman Insuran INTAN Integriti Internet iOS iPad iPhone IPTS IPU Ira Kazar Iran Irfan Khairi IRGC IS Isham Jalil Islam Liberal Islamophobia Ismail Haniyeh ispace Israel Istana Negara Istilah Istiwa Adxam IstiwaMatahari Isu Agama Isu Akidah Isu Beras Isu Diesel Isu Gaji Isu Judi Isu Kerakyatan Isu Kg Sri Makmur Isu Minyak Isu Palestin Isu Panas Isu Pencen Isu Rasuah Isu REE Isu Sekolah Cina Isu Semasa Isu SMG Isu Telur Isytihar Harta IVF J-Kom Jabal Thur Jabal Uhud Jabatan Alam Sekitar Jabatan Audit Negara Jackpot JAIPk JAIPs JAIS Jakel JAKIM Jalur Gemilang Jalur Lebar Jam Mewah Jana Wibawa Janji Politik Janna Nick Jawatan Kosong JDT Jemaah Haji Jemaah Menteri Jenama Makanan Jenayah Jenayah Siber Jepun Jerebu JHEAIPP Jho Low JIM Jimat Belanja JIPS JKDM JKR JobStreet Jocelyn Chia Joe Biden Johan As'ari Johor Jordan JPJ JPN JSJK JSPT Juadah Berbuka Jual Beli Jualan Murah Jualan Terbuka Jualan Tiket Juara Jungle Girl JUPEM Jurgen Klinsmann Jurucakap Juruhebah Jurulatih Jutawan Segera K-Pop Kad Debit Kad Kahwin Digital Kad Kredit Kafir Kajian Kajiselidik Kak KM Kakitangan Awam Kalimah Allah Kamal Adli Kamala Harris Kanada Semifinal Kanak-Kanak Kanun Keseksaan Kapal Selam KASA Kawalan Harga Kawasan Pedalaman Kazar KDA FC KDN KDNK Keajaiban Kebakaran Kebebasan Bersuara Kedah Kedaulatan Negara Kedutaan AS Kehakiman Kejar Rating Kejujuran Kekayaan Kekejaman Kekeluargaan Kekuasaan Allah Kelantan Kelantan FC Kelayakan Piala Asia Kelayakan Piala Dunia Keldai Akaun Kelebihan Bulan Islam Keluar Parti Keluar Pati Keluar Sekejap Keluarga Keluarga Besar Kemalangan Kemalangan Maut Kemalangan Udara Kemasyarakatan Kematian Kembara Kenali Borneo Kemelut Politik Kementerian Digital Kementerian Kewangan Kementerian Komunikasi Kementerian Pengangkutan Kemerdekaan Kemewahan Kemiskinan Kempen Pilihanraya Kempen Politik Kemudahan Rakyat Kenaikan Cukai Kenaikan Gaji Kenaikan Harga Kenali Rasul Kenali Tokoh Kenangan Kenderaan Bermotor Kenduri Kenyataan Palsu Keperluan Asas Keputusan Keracunan Makanan Kerajaan Kerajaan Kedah Kerajaan Kelantan Kerajaan Madani Kerajaan Malaysia Kerajaan Melaka Kerajaan Negeri Sarawak Kerajaan Perlis Kerajaan Perpaduan Kerajaan PH-BN Kerajaan PN Kerajaan Pulau Pinang Kerajaan Sabah Kerajaan Selangor Kerajaan Terengganu Kereta Baharu Kereta Elektrik Kereta Mewah Kereta Terbang Kerja Luar Negara Keropok Beracun Kes Buli Kes Bunuh Kes Nik Elin KESEDAR Kesehatan & Perubatan Keselamatan Kesihatan & Perubatan Ketagihan Ketagihan Rokok Ketam Keterangan Saksi Ketua Hakim Negara Ketua Pembangkang Ketua Polis Negara Kewartawanan Khairuddin Hassan Khairul Aming Khairy Jamaluddin Khalwat Khidmat Seks KHTP Kim Pan-gon Kim Pang Gon Kisah Benar Kisah Cinta Kisah Dan Teladan Kisah Rumahtangga KJ KK Mart KKD KKDW KKM KKR KLCC KM Melaka KM Pulau Pinang KM Sabah Kod Koleksi Doa Koleksi Resepi Kolumnis Komentar Komik Komputer Komputer Riba Konflik Asia Barat Konflik Hamas Zionis Konflik Hizbullah Israel Konflik Israel Palestin Kongsi Gelap Konsert Kontinjen Malaysia Kontrak Kontroversi Korea Selatan Korum Kos Haji Kos Sara Hidup Kosmetik Koyak KP Kesihatan KP Perak KP Selangor KP SPRM KP UMNO KPDN KPM KPN KPPA KPT KRC Kreatif Krisis Beras Krisis Makanan Krismas Kristian Kristian Zionist Kritik Kritikan Kronisme Kronologi KSN Ku Li Kuasa Allah Kufur Kulim Hi Tech Kupasan KWSP KXP Lagenda Lagenda Bolasepak Lagu Nasyid LailatulQadar Lamine Yamal Lan Pet Pet Langgar Syarat Langkah Dubai Langkawi Lantikan Baru Lantikan Politik Lantikan Secara kontrak Laporan Laporan Polis Laptop Percuma Laqporan Larangan Merokok Lato-Lato Laut Lawatan Rasmi LCS Lebuhraya Lelongan Lembaga Pengampunan Lenovo Lesen Memandu JPJ Letak Jawatan Levi's LGBTQ LGE LHDN Liga Europa Liga Juara-Juara Liga M Liga Malaysia Liga Perdana Inggeris Liga Super Liku-Liku Kehidupan LIMA LIMA'23 Lionel Messi LKAN Loghat Logo Lokman Noor Adam Lompat Parti Love Scam LPF LPT Luar Negara Lubnan M<uslimat PAS M40 MA63 Macam-Macam Madad Madanifobia Madinah MAE Maghribi Mahkamah Mahkamah Majistret Mahkamah Persekutuan Mahkamah Pilihan Raya Mahkamah Rayuan Mahkamah Rendah Syariah Mahkamah Sesyen Mahkamah Sivil Mahkamah Syariah Mahkamah Tinggi Mahkamaha Majistret MAIS Majikan Majlis Profesor Negara Mak Cik Kemboja Mak Nyah Makanan Laut Makkah Maksiat Malaysia Malaysia Madani Malaysian Malaysia MalaysiaNow Manchester City Manchester United Mangsa Mangsa Banjir Mangsa Nahas Manifesto Mantan KPN Mantan Pengarah Kesihatan Mantan Perdana Menteri MAPPA MAPPA XIX Maraton Mas Idayu Masa Dan Waktu Masalah Air Masalah Air Masalah Kesihatan Masalah Sosial Masjid Masjid Al-Aqsa Masjidil Nabawi Mat Rempit Matawang Matawang Kripto Mawi Maybank MB Kedah MB Kelantan MB N.Sembilan MB Perlis MB Selangor MB Terengganu MBI Selangor MCA Media Media Online Media Sosial Mee Segera Mekah Melaka Melayu Memeluk Islam Menara Ilham Mengaku Bersalah Meninggal Dunia Menteri Menteri Agama Menteri Ekonomi Menteri JPM Menteri KBS Menteri KDN Menteri Kesihatan Menteri Kewangan Menteri Kewangan II Menteri KKD Menteri Komunikasi Menteri KPDN Menteri KPKT Menteri MITI Menteri Pelancongan Menteri Pendidikan Menteri PKM Menu Rahmah Mercu Tanda Mesin ATM Mesir Messenger Meta AI MetMalaysia MFL Mi Segera MIC Michelle Yeoh Microsoft Mikrocip Minda Presiden PAS Mindef Mini Dhaka Minyak Diesel Minyak Masak Misi Angkasa Misi Rakyat Misteri Miza Ozawa MK K-Clique MKT UMNO MN MOF Mohamad Sabu Mohamed Salah Mohd Shukri Ramli Mohd Zaman Goh Mohon Maaf MoT Motivasi Motosikal MoU MPC MPM Mr H MTUC Muafakat Nasional Muallaf MUDA Mufti Kedah Mufti P.Pinang Mufti Perlis Mufti Pulau Pinang Mufti Wilayah Persekutuan MUI Muktamar PAS Munafik Murid Sekolah Murtadha Dakwah Centre Musim Perayaan Mutu Pengadilan MyHSR MyKad MySejahtera MySJ Nabi Adam AS Nabi Ayub AS Nabi Daud AS Nabi Harun AS Nabi Hud AS Nabi Ibrahim AS Nabi Idris AS Nabi Ilyas AS Nabi Ilyasa' Nabi Isa Al Masih Nabi Ishaq AS Nabi Ismail AS Nabi Lut AS Nabi Muhammad SAW Nabi Musa AS Nabi Nuh AS Nabi Saleh AS Nabi Sulaiman AS Nabi Syu'aib AS Nabi Ya'akub AS Nabi Yahya AS Nabi Yunus AS Nabi Yusuf AS Nabi Zakaria AS Nabi Zulkifli AS Nabil Ahmad Nadhir Nasa Nadia Brian Nadir Al Nuri Nafsu Serakah Nahas Elmina Nahas Helikopter Nahas Udara Naimah Khalid Naimi Daini Narkotik NASA Nasihat Nasihat Doktor Neelofa Negara Arab Negara Islam Negara Sekular Negarawan Nepotisme Netflix Netizen NGO Nilai Matawang Niqab Nisa Ai Nobita Non Muslim Noriko Ohara Norman Hakim Nostalgia NPRA Nurul Izzah NVIDIA OIC Olimpik Paris 2024 Omicron XBB On Negaraku Online OpenAI Oppo OPR Orang Awam Orang Hilang Orang Islam Orang Kafir Orang Kaya P.Ramasamy PAC PADU Pajakan P.Pinang Pakaian Isteri Rasulullah Pakar Pakar Automotif Pakar Ekonomi Pakar Perubatan Pakatan Harapan Pakej Umrah Paku Dulang Paku Serpih Palestin Pamalsuan Dokumen Pameran Pertahanan Pampasan Pancing Undi Pandora Papers Panduan Panglima Perang Parlimen Marang Parti Melayu Parti Politik PAS Pasaraya Pasca PRN Pasukan Perubatan PATI Patriotik PAU Pawagam PBB PBT PDRM Pecah Amanah Pecah Panggung Pegawai Masjid Pegawai Polis Peguam Peguam Negara Pejuang Melayu Pekerja Asing Pekerja IT Pekerja Rakyat Pelabur Asing Pelaburan Pelaburan Palsu Pelajar Pelajar IPT Pelajar Sekolah Pelajar Tahfiz Pelancongan Pelanduk Dua Serupa Pelantikan Pelik Tapi Benar Peluang Pelupusan Sampah Pemakaian Muslimah Pemandu Bas Pemansuhan Pembaca Berita Pembangkang Pembangunan Pembayaran Saman Pembekuan Akaun Pembela Tanah Air Pembohongan Pemborong Pembubaran Pembunuhan Pemecatan Pemimpin Hamas Pempengaruh Penafian Penagih Dadah Penahanan Penang FC Pencarum Penceramah Bebas Pencerobohan Pendaftaran Pendakwa Raya Pendakwah Pendakwah Selebriti Pendapat Pendedahan Penderaan Pendidikan Pendidikan Agama Pendirian Kerajaan Penetapan Tarikh Pilihanraya Pengacara Pengadil Pengalaman Pengamal Media Pengamal Undang-Undang Pengampunan Penganalisis Penganalisis Ekonomi Penganalisis Politik Pengaruh Pengasas Pengebumian Pengeluaran Pengganas Penggantungan Penghantar Makanan Penghormatan Terakhir Pengisytiharan Pengkid Penguatkuasa Pengumuman Pengundi Pengundi Hantu Pengusaha Makanan Penilaian Penipuan Penjawat Awam Penjelasan Penjenamaan Penutupan Penyakit Berjangkit Penyakit Buah Pinggang Penyakit Kronik Penyata Akaun Penyatuan Ummah Penyelewengan Penyelidik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Peperangan Perak FC Perancis Peratusan Perbahasan Perbandingan Perbankan Online Perbicaraan Percuma Perdana Menteri Pergaduhan PERHILITAN Perhimpunan Aman Perikaian Perikatan Nasional Perisian Perkahwinan Perkara 153 Perkataan Perkataan Kafir Perkauman Perkhidmatan Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlis Perlis Baharu Perlu Bantuan Permainan Permohonan Maaf Permotoran Perniagaan Perodua Persempadanan Kawasan Pilihanraya Persidangan Persundalan Pertandingan Pertuduhan Perubatan Perubatan Tradisional Perumahan Peruntukan Kewangan Pesawat Pesawat MAS Pesawat Ringan Pesta Seks PETA Petisyen Pilihanraya Petrol Petronas Petua PGA PGSM PH PH-BN Phone Scam Piala AFF Piala Asia Piala Dunia Piala Malaysia Pilih Bulu Pilihanraya PBT Pilihanraya Presiden Pinjaman Pinjaman Bank Pink WhatsApp PJSJ PKIBM PKR Plat Fancy PLUS PM PM Israel PMX PN PNB Podcast Poligami Polis Politik Politik Wang Popular Portal Portugal Poster Boy PPM PPS Prakazel "Pras" Michel PrayForGaza Premis Judi Presiden AS Presiden Cuepacs Presiden MUDA Presiden Turkiye Presiden UMNO Prestasi Prihatin PRK Jepak PRK Kemaman PRK Mahkota PRK Nenggiri PRK Pelangai PRK Pulai PRK Simpang Jeram PRK Sungai Bakap PRN Kedah PRN Kelantan PRN N.Sembilan PRN Pulau Pinang PRN Selangor PRN Terengganu PRN15 Pro-Bono Program Reliti Project Kuiper Projek PSI Proklamasi Promediatajdid Promosi Propaganda Protes Proton PRU 15 PRU 16 PSAP PTI PTPTN PU Syed Puasa Pulau Batu Putih Pulau Perhentian Pulau Pinang Pusat Servis PUSPAKOM Putera Mhakota Saudi Puteri Sarah PUTRA PUTRI Qatar Qiddiya Rafah Rafizi Ramli Raja Berperlembagaan Raja Petra Kamarudin Raja Pop Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia Rakyat Palestin Ramadan Ramadhan Ramalan Ramalan Cuaca Ranking FIFA Rantau Panjang Rare Rasis Rasuah Rasulullah SAW Raudhah Raya RCI Realiti Kehidupan Realme Recep Tayyip Erdogan REE Reformasi Rejim Zionis Rekod Rekod Dunia Guinness Remaja Remy Ishak Rencana Renungan Repot Polis Restoran Restoran Mamak Restoran Nasi Kandar Pelita RETVec Rezeki RFID Riba Ribut Rider Rider Delivery Ringgit RM To USD RMK-12 Roda Kehidupan Rokok Seludup Rombakan Kabinet Rona Kehidupan Ronaldinho Ronnie Liu RoS Rosyam Nor RPK RSAF RSN Rayer RTB Rumah Agam Rumah Mewah Rumah Terapung Rumah Terbuka Rumahtangga RUU Kawalan Merokok RUU Mufti Wilayah Persekutuan RUU Mufti WP Sabah Sabah FC sabri Yunus SADA Saham Saidina Umar Al-Khattab Saifuddin Nasution Sains Saintis Salah Faham Salah Laku Salahguna Saman Saman Fitnah Samsung Sarawak Sarimah Ibrahim Saudara Baru SaveGaza SavePalestine Saya Ulang Scammer Seafood Search Sejarah Sekatan Sekolah Agama Sekolah Rendah Sekolah Vernakular Seksual Seksyen 498 Sektor Pekerjaan Selangor Selebriti Semakan Pemilih Semangat Kemerdekaan Sembang Politik Semikonduktor Senario SEO Sepak Takraw Sepanyol Separuh Akhir Serah Terima Tugas Serangan Masjid Serangga Serbuan Setel Shah Radhi Sheila Rusly Shila Amzah Shopee ShopeePay Shuib Sepahtu Siak Siasatan Sidang Parlimen Side Hustle Silaturahim Simbolik Sindiket Sindiran Singapura Sirah Islam Sirah Nabi Sissy Imann Sistem Baitul Mal Sita Siwak SJKC SJKT Skandal LCS Skandal Rasuah Skandal Seks Skim Berpencen Skim Harga Maksimum SKMM Skuter Sokong Israel Sokongan Sokongan Kepada PM Solana Solat Jamaah Solidariti Solidariti Palestin Solscan Sombong SOSMA SpaceX Speaker Dewan Rakyat Spekulasi SPM SPR SPRM Sputnik SRC SRC International SSPA SSPN SST Starlink Statistik Storan STR SU Agong PBB Suami isteri SuamiIsteri Suara Animasi SUARAM Subhanallah Subsidi Suhaimi Saad SUHAKAM Suhu SUK Terengganu Sukan Sukan Basikal Sukan Bolasepak Sukan Memanah Sukan Olimpik Sukan SEA Sultan Johor Sultan Kedah Sultan Selangor Sunnah Superman Hew Support Palestine Boycott Israel. Survey SUV Syamsul Yusof Syed Saddiq Syria T/KPN T20 Tabung Haji Tafsir Al-Quran Tahniah Tahun Baru 2024 Taja Taman-Taman Syurga Tamat Tempoh Tan Sri Acryl Sani Tan Sri Azam Baki Tan Sri Johari Abdul Tan Sri Razarudin Husain Tan Sri Robert Kuok Tanah Rizab Melayu Tanah Runtuh Tanah Suci Tanda Kiamat Tangkapan Tarawih Taska Tauliah Tawaran Tayar Tazkirah Tebusan Teh Tarik Teknologi Teknologi Automotif Teknologi Maklumat Telco telefon Bimbit Telefon Pintar Telegram Telekomunikasi Tema Tempatan Temuramah Tentera Amerika Tentera Zionis Terengganu Terenggganu FC Terkini TESLA TFC TGHH TH Thailand The Hague Tik Tok Tikel Kapal Terbang Tiket Tilawah Al Quran TIME Tip Dan Trik Tips N Triks Titah Adendum Titah Diraja Titan Titanic TITM TKPN TLDM TM TMJ TNB Tok Duku Tok Mat Tokoh Tokoh Korporat Tokoh Ulama' Tokoh Wartawan Tol Percuma Tommy Mawat Top Ten Tottenham Hotspur Touch N Go TPM Tragedi Trending TS Annuar Musa TS Dr Noor Hisham TS Musa Hassan TS Rafidah Aziz TS Zeti Akhtar Aziz TSAM TSLKS TSMY Tsunami Tuah Tuduhan Tular Tun M Tunjuk Perasaan Tuntutan Tuntutan Sulu Turkiye Turliye Tutorial Tutup Kedai TV Pertiwi TV3 TV9 Twitter U Mobile UAI Ugutan Jenayah UiTM Ulama Ulangtahun Ulasan Ultra Kiasu UMMAH UMNO Umrah Undang-Undang Undang-Undang Tubuh Negeri Undang-Undang Syariah Undi Awal Undi Percaya Undi Tak Percaya UNGA Unik Universal Music UNRWA UPM Urus Niaga Usahawan USD Ustaz Abdullah Khairi Ustaz Azhar Idrus Ustaz Don Daniyal Ustaz Wadi Annuar Ustaz Yaakob Yusra UWA Vaksin Velentine Day Vendor Veteran Politik VGK Video Video Call Video Lucah Viral Wacana SH Wahab Wakil Rakyat Wan Ahmad Fayshal Wanita Wany Hasrita Waranti Warga Asing Warga Asing Wanita Warga China Warga Emas Wawancara WBI WhatsApp WHO Wikipedia Windows Wisk Aero Wisma Putra Wukuf X X Corp X90 Xiaomi Yahudi Yahudi Laknatullah Yaqazah Yasin Sulaiman Yayasan Akalbudi Yayasan Al-Bukhary Yayasan AlBukhary Yayasan Nurjiwa Yayasan Sarawak YB Ahmad Fadhli Shaari YB Baddrul Bakhtiar YDP Agong Youtuber Yusof Haslam Zarina Anjoulie Zarina Zainuddin Zayn Zayyan Zionis Yahudi Zionisme Zizie Izette Zuraida Kamaruddin

Arkib Blog

Perlembagaan Persekutuan

Recent Posts

Copyright © BETUL BRO | Powered by Blogger