MASYARAKAT Melayu di Selangor telah menunjukkan trend sokongan yang padu kepada PN dalam PRU15.
Ada 56 kerusi DUN di Selangor, di mana 39 dari itu adalah kerusi majoriti Melayu. PN mensasarkan mampu menang majoriti kerusi tersebut.
Ramai penganalisis politik meramalkan jika peralihan undi besar-besaran seperti PRU15 lalu diterjemahkan semula pada PRN nanti, tidak mustahil PN mampu menawan Selangor.
Kajian yang disiarkan dalam ISEAS Perspective juga mendapati tidak akan berlaku pemindahan undi secara penuh antara PH dan BN dalam kalangan pengundi Melayu. (https://www.iseas.edu.sg/articles-commentaries/iseas-perspective/2023-50-why-perikatan-nasional-may-win-in-selangor-by-marzuki-mohamad-and-khairul-syakirin-zulkifli/)
Dengan makna, Pengundi Melayu BN tidak semestinya mengundi calon PH dan pengundi Melayu PH juga tidak semestinya mengundi calon BN dalam PRN nanti.
PN nampaknya mendapat kelebihan atas pengkhianatan yang dilakukan PH-BN kepada pengundi mereka.
Apapun, segala-galanya terletak di tangan 3.7 juta pengundi Selangor nanti.
USTAZ NUSHI DATO DR. MAHFODZ
Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor
13 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 13/7/2023
No comments:
Post a Comment