PAS melahirkan rasa kecewa atas ucapan Pengerusi Kebangsaan DAP, YB Lim Guan Eng yang mendakwa PERIKATAN NASIONAL akan memusnahkan tokong jika berjaya memerintah Pulau Pinang.
Fitnah dan kenyataan yang bersifat ekstrem ini adalah bukti kepada wajah sebenar pemimpin utama DAP yang sentiasa meniupkan api sentimen perkauman dan agama secara ekstrem sehingga mewujudkan suasana tegang dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini menunjukkan bahawa DAP yang terpaksa bekerjasama dengan Umno dalam keadaan sangat terdesak dan ketandusan idea untuk berkempen dalam PRU Dewan Undangan Negeri akan datang.
PAS mengutuk sekeras-kerasnya naratif Islamofobia yang dibawa oleh pemimpin utama DAP ini.
Kenyataan ini ternyata membenarkan dakwaan pelbagai pihak bahawa selama ini DAP adalah penyambung lidah rasmi kepada gerakan Islamofobia yang memusuhi Islam di seluruh dunia.
Insiden ini jelas memberi indikasi bahawa ideologi serta agenda ‘Malaysian Malaysia’ yang dibawa oleh DAP adalah tidak bersesuaian dengan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
PAS memohon agar pihak Kementerian Komunikasi dan Digital mengambil tindakan undang-undang tegas dan segera ke atas pemimpin utama DAP yang secara jelas memainkan sentimen 3R secara ekstrem ini.
PAS menyeru kepada umat Islam di seluruh negara untuk tampil membuat laporan polis ke atas ucapan pemimpin utama DAP yang secara jelas menghina keadilan Islam secara terbuka demi kepentingan politik DAP.
PAS yakin pihak PDRM dan kementerian yang berwajib akan bersikap adil without fear and favour lebih-lebih lagi dalam isu yang melibatkan 3R ekstrem seperti ini.
“Malaysia Sejahtera”
YB IR. TS. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Jerantut
Bertarikh: 19 Zulhijjah 1444 / 8 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 8/7/2023
No comments:
Post a Comment