PAS Negeri Kedah ambil maklum bahawa Menteri Besar YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Kedah akan dihadapkan ke mahkamah pagi esok, 18 Julai 2023 (Selasa).
PAS Kedah berpegang pada prinsip ‘Innocent until proven guilty’ iaitu seseorang yang dihadapkan ke mahkamah tidak boleh lagi dianggap bersalah sehingga terbukti sebaliknya.
Justeru, dalam situasi dihadapi YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi, PAS Kedah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk beliau dan mengharapkan proses perundangan akan dilaksanakan secara adil, berpegang teguh pada prinsip keadilan mengikut undang-undang serta bebas daripada sebarang cengkaman atau pengaruh politik.
PAS Kedah mengharapkan untuk semua ahli serta penyokong PAS bertenang, tidak dipengaruhi emosi dan sentiasa patuh pada undang-undang negara.
Dalam masa yang sama, perbanyakkan doa serta munajat agar pemimpin yang kita kasihi ini, yang ikhlas dan amat bertanggungjawab kepada seluruh rakyat Kedah sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT, juga mendapat keadilan yang selayaknya sepanjang proses undang-undang dilaksanakan.
DATO’ USTAZ AHMAD YAHAYA
Pesuruhjaya
PAS Negeri Kedah – HARAKAHDAILY 17/7/2023
No comments:
Post a Comment