“Calon ditolak kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan terutamanya berkaitan dengan akhlak dan moral.
“Antara syarat melepasi tapisan Majlis Syura ialah seseorang itu mesti mempunyai moral dan akhlak baik, tidak meninggalkan tanggungjawab fardu ain dan tidak melakukan dosa besar,” katanya kepada FMT.
“Dosa besar dimaksudkan itu kesalahan besar dari segi Islam.”
Hashim berkata nama melepasi tapisan itu akan diserahkan semula kepada PAS negeri untuk ditentukan kerusi bakal ditandingi.
Media sebelum ini melaporkan Nik Mohamad Abduh, anak kepada bekas menteri besar Nik Abdul Nik Mat antara yang melepasi tapisan Majlis Syura untuk bertanding di Kelantan.
Perkembangan itu menolak dakwaan bahawa PAS cuba menafikan Nik Abduh peluang bertanding pilihan raya dan mematikan Nik Aziz yang meninggal dunia pada 12 Feb - FMT
No comments:
Post a Comment