Ampa perlu sokong PAS…undi PAS…sebab PAS paling banyak ulama bersamanya….Hakikatnya…
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi ahli majlis ulama pas dan mantan Pengerusi YADIM, kena bayar Rm10 ribu kerana fitnah terhadap Lim Guan Eng.
2. Ustaz Syarhan Humaizi Ketua Pemuda Pas Selangor dan Pengarah PASTI Malaysia kalah saman RM80 ribu kerana memfitnah Teresa Kok
3. Ustaz Md Hafiz Nordin Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang kalah saman RM110 ribu kerana memfitnah Peguam Eric Paulsen.
4. Ustaz Masri Che Yusof Ahli Dewan Ulama PAS Kelantan kalah saman fitnah RM165 ribu kerana memfitnah Husam Musa.
5. Ustaz Dusuki Ahli Dewan Ulama PAS Selangor dan Ikon Dakwah Yadim kalah beberapa kali saman fitnah dengan Dr Mujahid dan Jeming Hassan.
6. Ustaz Khalil Yahaya Ketua Penerangan Ulama PAS Perak mohon maaf kerana fitnah Teresa Kok jadi Pengerusi Felda.
7. Ustaz Marzuk mantan Timbalan Menteri Agama fitnah Teresa Kok jadi Pengerusi Felda. Masih tiada permohonan maaf.
8. Ustaz Shaharuddin Ibrahim YDP Pas Bagan Serai mohon maaf pada Kerajaan Pulau Pinang dan DAP kerana fitnah tiada azan di Pulau Pinang.
9. Ustaz Zainul Asri mohon maaf pada Kerajaan Pulau Pinang kerana fitnah masjid tukar jadi tokong di Pulau Pinang.
10. Ustaz Fawwaz MP Permatang Pauh mohon maaf atas fitnah kafir mahu jatuhkan Islam.
Dari sini sekurang-kurangnya ada 10 kes yang menunjukkan ustaz ulama Pas bukanlah boleh diikuti.
Mereka sendiri tidak ikut Al-Quran dan Hadith apabila terlibat dalam fitnah.
Jadi bagaimana kita nak kata kena sokong PAS sebab ramai ustaz dalam Pas?
Ustaz, orang yang paling banyak belajar dan faham agama sepatutnya mempunyai sifat TAQWA kepada Allah. Takut kepada Allah.
Tapi sebaliknya ustaz-ustaz Pas bertindak mengikut nafsu politik dan mengenepikan nilai-nilai Islam yang syumul.
Ustaz Pas bukan sahaja membuat dosa secara peribadi, tetapi juga mencemarkan nama Islam itu sendiri.
Ini baru kes fitnah yang jelas ada kes mahkamah dan permohonan maaf. Belum lagi kira yang tiada kes rasmi, tapi bersiaran dalam usrah dan grup wasap mereka.
Belum juga kita kira fitnah dari pimpinan Pas bukan ustaz dan debu-debu fitnah dari penyokong mereka.
Oleh itu hentikanlah menggunakan hujah simplistik sokong PAS kerana ramai ulama.
Kerana dikuatiri yang ramai itu ulama suu….
Sabda Nabi Muhammad s.a.w
“Akan datang suatu zaman di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan al-Quran pula hanya tinggal huruf dan tulisannya. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk.
Ulama mereka adalah manusia yang paling jahat di antara yang ada di bawah langit. Daripada para ulama ini muncul bermacam-macam fitnah dan (fitnah itu) kembali ke dalam lingkungan mereka.” (Hadis Riwayat Baihaqi)
-Info Rakyat
No comments:
Post a Comment