KUALA LUMPUR: Pengacara Hawa Rizwana Redzuan mengaku tidak mudah melatah apabila penampilan dan cara pergaulannya menerima kritikan dalam kalangan masyarakat.
Menurut Hawa, sebagai selebriti dia akur apabila setiap tindakannya menjadi sorotan.
Namun, dirinya lebih bersyukur apabila masih mempunyai ahli keluarga dan rakan rapat yang lebih mengenalinya.
"Bagi saya, sebab kita tidak pernah ada niat untuk buat salah. Tidak ada siapa mahu jadi orang yang buat salah. Tidak ada siapa suka bila dia buat salah.
"Jadi, apa yang berlaku bila ada herdikan ke teguran? Alhamdulillah saya ada keluarga dan kawan-kawan yang sudi dengar cerita saya dan tahu kenapa benda itu jadi.
"Mereka kenal saya orang yang macam mana dan niat macam mana. Jadi, selagi niat baik Insya-Allah kita akan lagi kuat," katanya.
Enggab mengambil tindakan terhadap kata-kata kecaman, Hawa bagaimanapun menganggap mereka tidak mengenali sisi peribadinya secara lebih mendalam.
"Bagi saya, setakat ini, semua benda yang berlaku masih boleh dikawal lagi. Kalau ada yang memfitnah atau bercakap apa sahaja, saya anggap dia tidak kenal saya dan saya hanya akan fokus pada kerja dan keluarga sahaja," jelasnya.
Sebelum ini, calon bagi kategori Pengacara TV Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 ini mengaku khilaf dan memohon maaf atas tindakannya yang dianggap tidak sesuai dengan imej muslimah yang dibawanya.- XTRA.
No comments:
Post a Comment