Sebenarnya tak ramaipun yang mampu dan layak untuk bekerja sebagai Penyelam Dasar Laut ini, jadi gaji yang dibayar sememangnya adalah tinggi dan untuk memperolehi kelayakannya juga bukanlah semudah untuk mendapatkan lesen memandu kereta Tuan-tuan..
Abang Sanusi itu didakwa oleh Timbalan Ketua Amanah Bukit Bintang, Ahmad Thaari Abdul Rahim bertugas sebagai Air Diving Supervisor juga Diving Superintendent.
Pendapatannya sebagai Air Diving Supervisor itu adalah antara RM3000 hingga RM4000 sehari (Australia bayar AUD4000/Day).
JIka RM4000 didarab dengan 26 hari jumlahnya ialah RM104,000.00 sebulan pendapatannya, ditolak cukai pendapatan pendapatannya mungkin tinggal RM83,000.00 sebulan.. lebih kurang lah..
Jadi setahun pendapatannya mencecah RM998,000.00 jadi aku tak nampak pun masaalah bagi Shabudin untuk membina Istana berharga berjuta RM itu setelah berkerja berpuluh tahun...
Itu jika dikira pendapatannya sebagai Air Diving Supervisor sahaja bukan Diving Superintendent, rasanya Diving Superintendent itu mesti 30 hingga 40% lebih tinggi dari pendapatan sebagai Air Diving Supervisor.
Ada yang bagi tahu .. pendapatan bagi Saturation Diver (Penyelam Laut Dalam) sekitar USD20,000 ke USD49,000 bersamaan RM80,000 ke RM200,000 sebulan bergantung kepada pengalaman kerja, jenis kerja dan tempoh kontrak.
Tapi.. anggaran siapa ya harga rumah tu RM7 Juta.. dekat Sik, Kedah nuuu rumah dia tu bukannya kat belah Batu Feringgi, Pulau Pinang..
Abang Sanusi, Budin kata dalam satu temuramah dengan Wartawan TV Wau yang pergi terjah rumah dia tu.. "Kalau harga RM7 atau RM8 Juta diapun nak jual rumah tu dengan segera..
Tapi.. Nusi janganlah merepek sampai macam ni.. "Bukan sekali dua tetapi banyak kali ketika isterinya bertarung nyawa melahirkan anak, si suami pula sedang bertarung dengan yu dan jerung di dasar laut.
Nak mampuih bertarung dengan Yu di dasar laut?
Jadi kesimpulannya bagi aku.. walaupun kita tak suka kepada Sanusi, adalah tidak wajar untuk kita pertikaikan kemampuan Abangnya itu..
Dan.. kalau kita tak mampu jangan kita ingat orang lain juga tak mampu melakukan apa yang kita tak mampu lakukan itu..
Berlapang dadalah melihat kejayaan orang lain dan jadikan ia sebagai satu inspirasi buat kita..
Tak dapat tanduk.. telinga dipulas, inilah dia..
-Anak Sungai Derhaka
No comments:
Post a Comment