Pengerusi PN itu berkata beliau terbuka bekerjasama dengan semua pemimpin Melayu dan Islam demi mempertahankan agama, bangsa dan negara.
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau juga bersedia untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad selepas bekas perdana menteri itu memberitahu MalaysiaNow beliau bersedia untuk bekerjasama semula dengan bekas sekutunya itu.
“Saya menyambut kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang bersedia bekerjasama dengan beliau demi matlamat untuk memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam,” katanya.
“Sebagai seorang Muslim, saya secara peribadi bersedia untuk bekerjasama dengan semua tokoh Melayu dan Islam termasuk Mahathir demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara.”
-MalaysiaNow
No comments:
Post a Comment