OLEH: Taufiq Tuah
Menjadi budaya sesetengah orang untuk menjadikan keburukan orang lain sebagai 'excuse' untuk keburukan kita. Contohnya bila ada yang menyokong memaki perkataan 'bodo' kerana kononnya pengajar di Al-Azhar akan memaki lebih teruk dari itu.
- Kenapa kalau Al-Azhar buat lagi teruk, maksudnya kita buat kurang teruk maka oke saja? Ibaratnya kita kencing merata dengan alasan, "alahh di negara lain, mereka siap berak lagi merata". Begitukah?
- Budaya ini bukan sahaja telah berlaku pada isu 'bodo', tetapi juga dalam isu lain. Contoh lain ialah saya pernah terbaca komen, "alah zaman sekarang je tak boleh iklan rokok dekat filem. Filem lama orang siap minum arak lagi masa berlakon".
Seterusnya, perkataan 'bodo' sebenarnya bermaksud 'kosong'. Seorang penceramah kata yang loghat Terengganu, 'bodo' tu maksudnya kosong.
Saya belajar di Terengganu dan memahami loghat mereka. Saya juga antara yang rajin ke kuliah penceramah tersebut dahulu. Ternyata perkataan 'bodo' juga bermaksud stupid apatah lagi apabila penggunaan penceramah itu seperti "bodo macam lembu, takde otok" atau "mung ah bodo". Jelas maksud bodo di situ bukan kosong.
Kami orang selatan juga kadang kala menyebutkan 'bodoh' sebagai kosong. Sebab tu kami pun sebut juga "bihun bodoh". Namun jelas jika disebutkan 'bodo' macam lembu. Makian yang jelas tanpa khilaf.
Tak lupa juga istilah makian dan takfir yang digunakan tak bertempat seperti "mu ah kapey (kafir)" sedangkan hadith jelas melarang perbuatan takfir tak bertempat. Tak mustahil jika ada anak murid daripada guru seperti ini juga mudah mengkafirkan atau mempersoalkan keislaman orang lain.
Hal ini berbeza dengan penceramah yang sebut perkataan 'bodoh' kerana menterjemahkan hadith yang menyebutkan perkataan itu.
Polemik ini muncul kembali hanya setelah penceramah itu membantah PMX tentang Ashabul Kahfi ialah Kristian. Sementara ramai asatizah yang nasihatkan kami tentang hal ini sebelum isu itu lagi.
Saya berpegang dengan pandangan Ibn Kathir bahawa Ashabul Kahfi ialah orang beriman di zaman Nabi Isa tetapi sebelum nasrani. Jika pun ada berpandangan mengatakan Nasrani, tetaplah juga bukan nasrani yang menganuti triniti. Wallahualam
No comments:
Post a Comment