Bahan-bahan:
* 400g Tepung gandum
* 2 sudu makan Yis
* 1 sudu kecil Baking powder
* 1 gelas Air suam
* 1/3 gelas Minyak masak
* Sosej
Cara-cara:
1. Gaulkan tepung gandum, yis, gula dan baking powder sehingga sebati
2. Masukkan air perlahan-lahan sambil uli
3. Kemudian masukkan minyak, uli sehingga menjadi doh
4. Bila dah jadi doh, gulungkan dengan sosej
5. Kemudian sedia digoreng menggunakan api sederhana dan toskan
Bahan Sos:
* 2 biji Bawang merah
* 3 ulas Bawang putih
* Sos cili
* Sedikit air
* Gula
Cara-cara:
1. Kisar bawang merah dan bawang putih kemudian tumiskan sehingga naik bau
2. Masukkan sos cili dan sedikit air
3. Kemudian masukkan sedikit gula, bila dah pekat sikit rupa sosnya masukkan sosej gulung yang dah digoreng tadi
4. Gaul2 sehingga sekata dan boleh masukkan kacang tumbuk. Siap!
Kredit: Nora Affandi
No comments:
Post a Comment