China baru-baru ini dilihat telah menjumpai satu cara untuk membangunkan cip semikonduktor berprestasi tinggi mereka sendiri, dan kini dilihat mahu menguasai arena perkomputeran berkuasa tinggi seperti pembelajaran mesin, kecerdasan buatan dan sebagainya.
Terkini, laporan daripada Reuters mengatakan bahawa syarikat-syarikat China mahu menggunakan kepakaran pemasangan cip semikonduktor di Malaysia untuk memasang cip-cip yang dinamakan “unit pemprosesan grafik” atau graphics processing unit.
Syarikat-syarikat tempatan yang bekerjasama dengan syarikat China ini dilihat hanya memasang cip unit pemproses grafik ini sahaja, dan tidak terlibat dalam proses pengeluaran dan pembangunan cip semikonduktor kerana proses tersebut akan melanggar sekatan ekonomi yang dikenakan keatas China.
Permintaan untuk pemasangan “unit pemprosesan grafik ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kad grafik berkuasa tinggi secara lazimnya digunakan untuk tujuan kecerdasan buatan, pembelajaran mesin dan pelbagai pengiraan berskala besar.
Permintaan untuk kepakaran syarikat-syarikat teknologi Malaysia dalam memasang cip semikonduktor ini juga bukanlah sesuatu yang baru kerana kepakaran pempakejan, pemasangan dan ujian syarikat-syarikat Malaysia adalah diantara yang terbaik di dunia dan 13 peratus daripada pempakejan, pemasangan dan ujian cip semikonduktor global berlaku di Malaysia.
Diantara syarikat-syarikat pemasangan cip semikonduktor yang dikenali di Malaysia termasuklah Unisem, Malaysia Pacific Industries dan Inari Amerton.
-amanz.my
No comments:
Post a Comment