OLEH: Taufiq Tuah
Islam telah mengajarkan umatnya tentang hal undang2. Misal yang paling diketahui ialah, Hudud dan Qisas. Namun ada sahaja hukum lain yang tidak termasuk di dalam hudud tetapi ada di dalam Islam seperti hukum bunuh ke atas pelaku gay dan lesbian.
Adapun pada zaman ini, negara-negara kita dalam keadaan terpaksa menuruti undang-undang ala barat. Terpaksa mengenepi kan Hudud dan Qisas kerana ketidak upayaan. Di Malaysia, terpaksa mengikut kepada perlembagaan dan begitu juga negara nusantara lainnya yang terpaksa mengikut undang-undang ala-ala bekas penjajah mereka.
Adapun Brunei Darussalam berjaya melaksanakan hudud atas keupayaannya. Semoga Allah SWT merahmati tindakan Sultan Brunei Darussalam.
Walaupun negara selain Brunei tidak mampu melaksanakan hukum Allah SWT, namun kita masih tidak boleh menafikan bahawa hukum Allah itu ialah yang terbaik.
Sebagai Umat Islam, kita wajib mengimani bahawa Allah ialah yang paling tinggi. Segala apa perintahnya itu ialah yang Maha Adil. Tidak ada keadilan setaraf dengan keadilan Allah SWT. Inilah yang patut disemat di dalam akidah kita.
Namun, wujud juga sebahagian tokoh yang menggelar diri mereka sebagai 'Islam Liberal' atau 'Islam Moderate'. Mereka sewenang-wenangnya mempersoalkan keadilan tuhan dan menyangka apa yang mereka ideakan ialah lebih baik daripada tuhan. Sehinggakan ada kata-kata yang memperendahkan tuhan.
Tokoh seperti ini bukanlah orang kafir, tetapi orang Islam sendiri daripda kalangan orang Nusantara sendiri. Mereka mensyirikkan Allah dengan mengatakan bahawa ada idea yang lebih baik daripada perintah Allah SWT. Nauzubillah minzalik.
Pihak RMB sendiri amat gusar kerana kenamaah tokoh2 Liberal ini semakin mendapat sahutan. Di Indonesia, betapa ramainya golongan liberal di dalam sektor pemerintahan. Dan betapa ramainya pengikut-pengikut mereka.
Di Singapura, kita dapat melihat rakyat Muslim Singapura sendiri yang bercampur baur Manhaj dan fikrah mereka. Iaitu liberal tidak terkecuali di sana.
Di Malaysia, tokoh2 liberal ini membentuk NGO2 dan meluahkan hasrat-hasrat serong mereka. Mereka membuat tunjuk perasaan dan program-program memperomosikan liberalism di dalam negara.
Perkara paling penting yang patut diketahui ialah, mereka menentang hukum Allah SWT. Maka dinasihati agar kita sama-sama menjaga diri kita, keluarga kita, tetangga kita dan sahabat handai kita supaya tidak terpengaruh dengan ajaran sonsang ini. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment