Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata ini akan menjadi keputusan dasar utama yang tidak boleh dipandang ringan.
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menggesa semua pihak bersabar susulan gesaan DAP Kuala Lumpur untuk pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di ibu negara.
Fahmi sudah bercakap dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa berhubung perkara itu pagi tadi, tetapi beliau patut diberikan masa untuk mempertimbangkan cadangan itu kerana baru dilantik ke jawatan berkenaan.
“Ini keputusan dasar utama yang tidak boleh dipandang ringan dan saya percaya kami ada proses dalaman, jadi kami perlu menilai dan melihat keseluruhan perkara ini bersama,” katanya selepas pelancaran sebuah acara di sini.
Pengerusi DAP KL, Tan Kok Wai dilaporkan menggesa kerajaan persekutuan memulakan pilihan raya PBR di ibu negara bagi meningkatkan demokrasinya.
Katanya, memperkenalkan semula pilihan raya PBT di ibu negara akan memberikan kemampanan dan hak kepada penduduk untuk memilih wakil PBT mereka.
Pilihan raya PBT di Malaysia digantung pada 1960-an, sebelum digantikan sistem ketua yang dilantik, di mana datuk bandar negeri dan presiden majlis perbandaran serta daerah dilantik kerajaan negeri.-FMT
No comments:
Post a Comment