TENTERA pengganas rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara dan pengeboman ganas ke atas wilayah dan bandar-bandar di Semenanjung Gaza seperti di bandar Gaza, Khanyounis, Jabalia, Nusirat, Al-Shajaia, Sheikh Ridwan, kejiranan Al-Zaitun, Sabra dan Al-Darj.
2. Kumpulan pejuang Palestin membalas serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan melancarkan serangan roket dan artileri ke atas wilayah dan bandar-bandar yang dijajah rejim pengganas zionis Israel seperti di Kisovim, Nir Yitzhak, Kiryat Gat serta pengkalan dan kedudukan tentera pengganas rejim zionis Israel di Sofa termasuk kawasan-kawasan penempatan haram yahudi di sekitar Gaza.
3. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di sekitar Semenanjung Gaza seperti di sekitar bandar Gaza, Khanyounis, Dier Al-Balah dan Sheikh Ridwan. Berikutan pertempuran sengit yang berlaku, sejak awal pagi tadi (waktu Semenanjung Gaza) dilaporkan lebih daripada 5 tentera pengganas rejim zionis Israel mati dan beberapa orang lagi tentera pengganas zionis Israel dilaporkan cedera termasuk beberapa buah kereta kebal dan perisai tentera pengganas rejim zionis Israel dimusnahkan kumpulan pejuang Palestin.
4. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus mencabuli norma-norma kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa apabila mengebom Hospital Al-Shifa di bandar Gaza yang telah mengakibatkan 26 warga Palestin yang berlindung di hospital tersebut terkorban. Jenayah kekejaman tentera pengganas rejim zionis Israel terus terbongkar berikutan penemuan puluhan mayat yang ditimbus di sekitar Hospital Kamal Adwan setelah pengunduran tentera pengganas rejim zionis Israel dari hospital tersebut setelah mengepung dan menawannya selama beberapa hari. Tentera pengganas rejim zionis Israel juga turut mengebom Hospital Al-Nasser yang mengakibatkan ramai warga Palestin yang terkorban dan cedera selain terus mengepung Hospital Al-Wada.
5. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang dan anak muda Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di bandar-bandar di Tebing Barat seperti di Tubas, Nablus, Baitul Laham, Ramallah, Qalqiliya, Hebron dan Tulkarem.
6. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara, dron dan artileri ke atas wilayah dan bandar-bandar di selatan Lubnan seperti di Eltron, Naqoura, Aita Al-Shaab dan Aitaroun.
7. Tentera Hizbullah membalas serangan udara, dron dan artileri tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas wilayah dan bandar-bandar di selatan Lubnan dengan melancarkan serangan roket, dron dan artileri ke atas kedudukan dan pengkalan tentera rejim pengganas zionis Israel di wilayah dan kawasan yang dijajahnya di selatan Lubnan seperti di Upper Galilee, Al-Hamra, Manara, Safad, Shlomi, Mitsova, Birkat Risha, Hanita, Duviv, Avivim, Al-Rahib, Al-Hamra, Yiftah dan Jal Al-Alam.
8. Menteri Keselamatan Nasional negara haram pengganas zionis Israel Itamar Ben Gvir berkata beliau akan terus mengedarkan senjata sebanyak mungkin kepada pendatang haram yahudi yang berkelayakan dan tidak akan tunduk kepada desakan politik.
9. Menurut akhbar Britain The Times, regim pengganas zionis Israel sedang merancang peperangan darat baharu dengan Hizbullah di Lubnan.
10. Menurut laporan Reuters, dua buah kapal telah diserang dengan peluru berpandu di utara Laut Merah yang dipercayai dilancarkan dari kawasan yang dikuasai kumpulan Houthi di Yaman.
11. Menteri Minyak Iran Javad Owji berkata sebab gangguan kepada sistem pengagihan petroleum di Iran adalah kerana serangan siber yang dijalankan oleh musuh di negara haram pengganas zonis Israel dan Amerika Syarikat.
12. Menurut laporan media negara haram pangganas zionis Israel, Israel Channel 12, Pengarah agensi perisikan regim zionis Israel Mossad telah mendapat ‘lampu hijau’ untuk meneruskan rundingan baharu bagi pembebasan tahanan pendatang haram yahudi.
13. Gergasi petroleum antarabangsa British Petroleum (BP) mengumumkan telah menggantung semua operasi kapal tangkinya di Laut Merah.
14. Satu lagi syarikat perkapalan antarabangsa dari Taiwan, Evergreen mengumumkan bahawa ia telah menghentikan sementara laluan kapal kargonya di Laut Merah ke negara haram pengganas zionis Israel.
15. Media Amerika Syarikat Axios melaporkan bahawa Pengarah CIA William Burns akan menemui Perdana Menteri Qatar dan Pengarah agensi perisikan rejim pengganas zionis Israel Mossad di Warsaw, Poland bagi membincangkan pertukaran tahanan yang baharu.
16. Talian komuniskasi dan internet telah mula kembali pulih di Semenanjung Gaza.
17. Demonstrasi besar-besaran yang menyokong perjuangan rakyat Palestin terus berlangsung di negara-negara di seluruh dunia seperti di Turkiye, Tunisia, Maghribi, Amerika Syarikat, Belanda, Belgium, Perancis, Jerman, Sweden, Scotland, Itali dan Australia.
Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.
Disediakan oleh:
YB DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Luar Negara PAS Pusat – HARAKAHDAILY 19/12/2023
No comments:
Post a Comment