PLUS kini hadir dengan sebuah chatbot khusus melalui aplikasi WhatsApp, dinamakan PUTRI (PLUS Texting Realtime Interface).
Melaluinya, pengguna lebuhraya PLUS boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan lebuhraya, termasuk bantuan kecemasan.
Untuk menggunakannya, pengguna perlu menghantar mesej WhatsApp pada talian 019 356 9802, dan ia akan memberikan sejumlah pilihan untuk anda berinteraksi.
PUTRI ini menyokong bahasa Malaysia dan juga Inggeris.
Sokongan chatbot PUTRI sedia diperkenalkan sejak September 2020, dan kini akhirnya ia turut ditawarkan melalui WhatsApp – sekaligus memudahkan lagi orang ramai dalam mencapainya.
Bagi anda yang sering menggunakan lebuhraya PLUS, boleh menambah PUTRI pada senarai kenalan WhatsApp, dan mendapatkan bantuan atau maklumat bila diperlukan.
-amanz.my
No comments:
Post a Comment