FIRMAN Allah SWT:
﴿۞يَـٰٓأَيُّهَا ٱلرَّسُولُ لَا يَحۡزُنكَ ٱلَّذِينَ يُسَٰرِعُونَ فِي ٱلۡكُفۡرِ مِنَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَلَمۡ تُؤۡمِن قُلُوبُهُمۡۛ وَمِنَ ٱلَّذِينَ هَادُواْۛ سَمَّـٰعُونَ لِلۡكَذِبِ سَمَّـٰعُونَ لِقَوۡمٍ ءَاخَرِينَ لَمۡ يَأۡتُوكَۖ يُحَرِّفُونَ ٱلۡكَلِمَ مِنۢ بَعۡدِ مَوَاضِعِهِۦۖ يَقُولُونَ إِنۡ أُوتِيتُمۡ هَٰذَا فَخُذُوهُ وَإِن لَّمۡ تُؤۡتَوۡهُ فَٱحۡذَرُواْۚ وَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ فِتۡنَتَهُۥ فَلَن تَمۡلِكَ لَهُۥ مِنَ ٱللَّهِ شَيًۡٔاۚ أُوْلَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يُطَهِّرَ قُلُوبَهُمۡۚ لَهُمۡ فِي ٱلدُّنۡيَا خِزۡيٞۖ وَلَهُمۡ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٞ٤١﴾
“Wahai Rasulullah! Janganlah engkau berdukacita disebabkan orang-orang yang segera (menunjukkan) kekafirannya, iaitu orang-orang yang mengatakan dengan mulut mereka, ‘Kami telah beriman’, padahal hati mereka belum beriman; dan (juga) antara orang-orang Yahudi. (Orang-orang Yahudi itu) amat suka mendengar (berita-berita) bohong dan amat suka mendengar perkataan-perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu; mereka mengubah perkataan-perkataan (Taurat) dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata, ‘Jika disampaikan ini (hukum yang sudah diubah-ubah oleh mereka) kepada kamu, maka terimalah, dan jika perkara tidak disampaikan kepada kamu, maka berhati-hatilah.’ Sesiapa yang Allah menghendaki dia sesat, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) suatu apa pun (yang datang) daripada Allah. Mereka itu orang-orang yang Allah tidak mahu menyucikan hati mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat mereka beroleh azab seksa yang besar.” [Surah al-Ma’idah: 41]
Firman Allah SWT:
﴿وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا مُوسَى ٱلۡكِتَٰبَ وَقَفَّيۡنَا مِنۢ بَعۡدِهِۦ بِٱلرُّسُلِۖ وَءَاتَيۡنَا عِيسَى ٱبۡنَ مَرۡيَمَ ٱلۡبَيِّنَٰتِ وَأَيَّدۡنَٰهُ بِرُوحِ ٱلۡقُدُسِۗ أَفَكُلَّمَا جَآءَكُمۡ رَسُولُۢ بِمَا لَا تَهۡوَىٰٓ أَنفُسُكُمُ ٱسۡتَكۡبَرۡتُمۡ فَفَرِيقٗا كَذَّبۡتُمۡ وَفَرِيقٗا تَقۡتُلُونَ٨٧ وَقَالُواْ قُلُوبُنَا غُلۡفُۢۚ بَل لَّعَنَهُمُ ٱللَّهُ بِكُفۡرِهِمۡ فَقَلِيلٗا مَّا يُؤۡمِنُونَ٨٨﴾
“Dan sesungguhnya, Kami telah mendatangkan al-Kitab (Taurat) kepada Musa, dan Kami telah menyusulinya (berturut-turut) sesudah itu dengan rasul-rasul, dan Kami telah memberikan bukti-bukti kebenaran (mukjizat) kepada ‘Isa, putera Maryam dan Kami teguhkan kebenarannya dengan Ruh al-Qudus (Jibril AS). Apakah setiap kali datang kepada kamu seorang rasul membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai dengan keinginan kamu lalu kamu menyombong; maka beberapa orang (antara mereka) kamu dustakan dan beberapa orang (yang lain) kamu bunuh? (87) Dan mereka berkata, ‘Hati kami tertutup.’ Sebenarnya, Allah telah mengutuk mereka kerana keingkaran mereka; maka sedikit sekali daripada mereka yang beriman. (88)” [Surah al-Baqarah: 87-88]
Pembohongan kumpulan Yahudi Zionis yang paling dimurkai Allah telah terdedah walaupun mereka cuba menutup kezaliman yang mereka lakukan dengan menggunakan kekayaan yang dimiliki. Begitu juga menerusi penguasaan media yang dilindungi hasil daripada kejayaan mereka mempengaruhi aspek politik, ekonomi dan sosial, khususnya di Amerika Syarikat yang merupakan kuasa besar dunia bersama sekutunya di Eropah dan lain-lain.
Kezaliman mereka terhadap Palestin yang dirompak dengan alasan pembohongan sejarah telah diputarbelitkan dengan pengakuan bahawa merekalah yang berhak dan dizalimi. Al-Quran iaitu Kitab Allah mendedahkan sifat bohong mereka terhadap agama dan para rasul yang lebih parah pembohongannya. Jika mereka boleh berbohong dalam perkara yang melibatkan agama dan rasul, maka dalam perkara yang lain lebih mudah untuk mereka berbohong.
Melalui kerjasama Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Mossad, mereka boleh menyediakan laporan bohong bagi menyerang dan membunuh jutaan manusia, demi mengukuhkan pengaruh dan kuasa mereka di mana-mana sahaja. Peristiwa dua perang dunia, serta peperangan di Korea, Afghanistan dan Iraq menjadi contoh hidup tentang perkara ini. Namun begitu, mereka menerima kekalahan dengan hukuman Allah sebagaimana firman-Nya:
﴿وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌۚ غُلَّتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْۘ بَلۡ يَدَاهُ مَبۡسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيۡفَ يَشَآءُۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرٗا مِّنۡهُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ طُغۡيَٰنٗا وَكُفۡرٗاۚ وَأَلۡقَيۡنَا بَيۡنَهُمُ ٱلۡعَدَٰوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِۚ كُلَّمَآ أَوۡقَدُواْ نَارٗا لِّلۡحَرۡبِ أَطۡفَأَهَا ٱللَّهُۚ وَيَسۡعَوۡنَ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَسَادٗاۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ٦٤﴾
“Orang-orang Yahudi berkata, ‘Tangan Allah terbelenggu (bakhil).’ Sebenarnya, tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Bahkan) kedua-dua tangan Allah sentiasa terbuka (pemurah). Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia kehendaki. Dan al-Quran yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu sungguh-sungguh akan menambah kederhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan antara mereka. Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian antara mereka sehingga Hari Kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya dan mereka terus berbuat kerosakan di muka bumi; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan.” [Surah al-Ma’idah: 64]
Kini, mereka membelasah Palestin dan negara-negara jirannya, khususnya serangan ke atas Gaza yang luasnya tidak sampai 100 kilometer persegi disebabkan oleh serangan Hamas sangat bijak. Sebelum ini, mereka sengaja menafikan kemenangan Hamas secara demokrasi dalam pilihan raya dengan mengharamkan Hamas daripada menubuhkan kerajaan di Palestin. Walau bagaimanapun, Hamas berjaya bertahan di Gaza dengan menjadi kumpulan yang paling kuat mendapat sokongan rakyat.
Tiba-tiba, mereka mengepung Gaza laksana penjara besar, malah rakyat Palestin di wilayah yang lain pula dirampas rumah-rumah kediaman, kedai-kedai dan kebun, bahkan ditukar hak milik kepada pendatang Yahudi. Pendatang-pendatang haram ini diberikan senjata malah dilindungi oleh polis dan tentera, sehingga mereka boleh menceroboh Masjid al-Aqsa, dan menggerakkan usaha melalui upacara untuk merobohnya supaya dapat dibina Haikal Sulaiman (kuil Yahudi) di atas tapak yang sama.
Oleh itu, Hamas terpaksa bertindak dan berjihad dengan senjata serta harta yang mereka ada. Tindakan mereka yang gagah berani itu telah mengejutkan Zionis dan sekutunya daripada kalangan kuasa besar dunia, sehingga mereka terpaksa memunggah senjata bagi membantu Zionis Israel dan membawa bala tentera yang besar untuk menghapuskan Hamas di Gaza yang kerdil, namun usaha tersebut menemui kegagalan.
Zionis Israel melancarkan serangan ke atas Gaza dengan cara yang paling melampau. Apabila gagal menghadapi Hamas, mereka menyerang kanak-kanak, warga tua, kaum wanita, termasuklah pesakit dan mayat di hospital. Ini merupakan serangan paling pengecut. Adapun mereka pula berlindung di sebalik kubu, kota, kereta kebal dan kenderaan berperisai dengan didukung oleh armada kuasa besar. Benarlah firman Allah SWT:
﴿لَأَنتُمۡ أَشَدُّ رَهۡبَةٗ فِي صُدُورِهِم مِّنَ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَفۡقَهُونَ١٣ لَا يُقَٰتِلُونَكُمۡ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرٗى مُّحَصَّنَةٍ أَوۡ مِن وَرَآءِ جُدُرِۢۚ بَأۡسُهُم بَيۡنَهُمۡ شَدِيدٞۚ تَحۡسَبُهُمۡ جَمِيعٗا وَقُلُوبُهُمۡ شَتَّىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَعۡقِلُونَ١٤﴾
“(Kerana) sesungguhnya kamu dalam hati mereka (kaum Yahudi), lebih ditakuti daripada Allah; oleh yang demikian, disebabkan mereka ialah kaum yang tidak mengerti. (13) Jika mereka (orang-orang Yahudi dan munafiq) dalam keadaan bersatu padu sekalipun, mereka tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang mempunyai benteng kukuh, atau di sebalik tembok. Permusuhan antara mereka sesama sendiri amatlah keras; kamu menyangka mereka bersatu padu, sedangkan hati mereka berpecah belah. Hal ini demikian kerana, mereka ialah kaum yang tidak. (14)” [Surah al-Hasyr: 13-14]
Walaupun mereka cuba menguasai media, media kini sudah berubah menembusi langit terbuka tanpa sempadan. Sehingga menjadikan kalangan media yang berperikemanusiaan tidak tahan melihat kezaliman yang paling melampau berlaku di Gaza dan wilayah-wilayah Palestin yang lain.
Keadaan ini menyebabkan pembohongan Zionis dan sekutunya gagal, sehingga berlakunya protes daripada seluruh dunia, termasuk daripada kalangan penduduk Israel sendiri, Amerika Syarikat dan Eropah yang kuat menyokong negara haram Israel. Bahkan, beberapa buah negara Amerika Latin dan Afrika telah bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.
Malangnya, masih ada beberapa buah negara Islam dan Arab yang berkiblatkan White House masih mengadakan hubungan normalisasi dengan Israel. Terdapat juga dalam kalangan media, bahkan yang berwajah ulama’ menjadi tentera upahan mendukung pembohongan Zionis yang paling dimurkai Allah dengan alasan-alasan yang salah dan sesat. Bagi mereka, sepatutnya cukuplah berpandukan firman Allah SWT:
﴿۞لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشۡرَكُواْۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقۡرَبَهُم مَّوَدَّةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّا نَصَٰرَىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنۡهُمۡ قِسِّيسِينَ وَرُهۡبَانٗا وَأَنَّهُمۡ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ٨٢﴾
“Sesungguhnya, kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik. Dan sesungguhnya, kamu akan dapati orang yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata, ‘Sesungguhnya, kami ini orang Nasrani.’ Hal ini demikian disebabkan kerana terdapat antara mereka itu (orang-orang Nasrani) pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri.” [Surah al-Ma’idah: 82]
Rasulullah SAW sangat mengenang jasa kalangan bukan Islam yang berperikemanusiaan seperti Mut‘im bin ‘Adi, Hatim al-Ta’i dan lain-lain. Maka, sangat malang bagi penganut Islam yang menolak penganut Islam daripada kalangan Ahli Kiblat yang berbeza mazhab. Hal ini demikian kerana, dibimbangi mereka termasuk dalam kalangan yang pernah disebutkan dalam sabda Rasulullah SAW:
“يَخْرُجُ قَوْمٌ مِنْ أُمَّتِي يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَيْسَ قِرَاءَتُكُمْ إلَى قِرَاءَتِهِمْ بِشَيْءٍ، وَلَا صَلَاتُكُمْ إِلَى صَلَاتِهِمْ بِشَيْءٍ، وَلَا صِيَامُكُمْ إِلَى صِيَامِهِمْ بِشَيْءٍ، يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ يَحْسِبُونَ أَنَّهُ لَهُمْ وَهُوَ عَلَيْهِمْ، لَا تُجَاوِزُ قِرَاءَتُهُمْ تَرَاقِيَهُمْ، يَمْرُقُونَ مِنْ الْإِسْلَامِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ، لَوْ يَعْلَمُ الْجَيْشُ الَّذِينَ يُصِيبُونَهُمْ مَا قُضِيَ لَهُمْ عَلَى لِسَانِ نَبِيِّهِمْ لَا تَّكَلُوا عَنِ الْعَمَلِ”. وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي هَذَا الْحَدِيثِ: “يَقْتُلُونَ أَهْلَ الْإِسْلَامِ، وَيَدَعُونَ أَهْلَ الْأَوْثَانِ؛ لَئِنْ أَدْرَكْتُهُمْ لَأَقْتُلَنَّهُمْ قَتْلَ عَادٍ”.
“Akan zahir daripada kalangan umatku kumpulan manusia yang bacaan al-Qurannya tidak boleh dibandingkan dengan bacaan kamu (lebih baik daripada kamu), solatnya tidak boleh dibandingkan dengan solat kamu, dan puasanya tidak boleh dibandingkan dengan puasa kamu. Mereka menyangka al-Quran menjadi kelebihan bagi mereka, padahal bencana telah menimpa mereka. Adapun bacaan mereka sekadar di kerongkong (tidak masuk ke dalam hati). Mereka keluar daripada Islam laksana anak panah menembusi sasarannya. Sekiranya pasukan yang memerangi mereka tahu pahala yang telah ditetapkan bagi mereka atas lisan Nabi SAW, nescaya mereka akan berhenti beramal.” Daripada Abu Sa‘id, daripada Rasulullah SAW yang bersabda, “Mereka memerangi orang Islam dan meninggalkan penyembah berhala (yang bukan Islam). Jika aku berkesempatan, nescaya aku akan menentangnya laksana menentang kaum ‘Ad (yang dilaknat oleh Allah).” [Muttafaq ‘Alaih: Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Tawhid, No. 7432, dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Zakah, No. 1066, daripada Abu Sa‘id al-Khudri]
Kini, kita menyaksikan adanya kumpulan berjenama Islam melabelkan kumpulan Islam yang lain sebagai sesat kerana perbezaan mazhab dalam masalah furu‘ (cabang agama), bukan masalah dasar dan rukun. Bahkan, mereka sanggup mendakwa kumpulan yang lain sebagai sesat sehingga mencetuskan peperangan. Malah, mereka juga ragu-ragu terhadap Hamas yang nyata berjihad melawan kaum yang paling dimurkai Allah.
Ujian dalam peristiwa yang melanda Gaza hari ini mendedahkan kumpulan yang telah disebutkan dalam peristiwa Ahzab. Firman Allah SWT:
﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ جَآءَتۡكُمۡ جُنُودٞ فَأَرۡسَلۡنَا عَلَيۡهِمۡ رِيحٗا وَجُنُودٗا لَّمۡ تَرَوۡهَاۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرًا٩ إِذۡ جَآءُوكُم مِّن فَوۡقِكُمۡ وَمِنۡ أَسۡفَلَ مِنكُمۡ وَإِذۡ زَاغَتِ ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَبَلَغَتِ ٱلۡقُلُوبُ ٱلۡحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِٱللَّهِ ٱلظُّنُونَا۠١٠ هُنَالِكَ ٱبۡتُلِيَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَزُلۡزِلُواْ زِلۡزَالٗا شَدِيدٗا١١ وَإِذۡ يَقُولُ ٱلۡمُنَٰفِقُونَ وَٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٞ مَّا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ إِلَّا غُرُورٗا١٢﴾
“Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah akan ni‘mat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika datang kepada kamu bala tentera (Ahzab), lalu Kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang kamu tidak dapat melihatnya! Dan Allah Maha Melihat akan apa-apa yang kamu kerjakan. (9) (Iaitu) ketika mereka datang kepada kamu dari atas dan dari bawah kamu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatan (kamu) dan hati kamu naik menyesak sampai di tenggorokan, dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam purbasangka. (10) Di situlah diuji orang-orang Mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat dahsyat. (11) Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafiq dan orang-orang yang berpenyakit dalam hati mereka berkata, ‘Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipu daya.’” [Surah al-Ahzab: 9-12]
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 27 Jumada al-Ula 1445 / 11 Disember 2023 – HARAKAHDAILY 11/12/2023
No comments:
Post a Comment