PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 2,554 kes COVID-19 baharu di seluruh negara kelmarin, menjadikan jumlah kes aktif akibat jangkitan itu adalah sebanyak 20,017 kes.
Berdasarkan data dikongsikan setakat ini di laman sesawang KKMNOW, github.com, dua daripada angka baharu yang direkodkan itu membabitkan kes import.
Jumlah keseluruhan kes baharu itu meningkat sebanyak 455 kes berbanding 2,099 kes yang dilaporkan pada Jumaat lalu.
Menurut data itu lagi, sebanyak 1,164 kes direkodkan pulih dan satu kematian turut dicatatkan.
Setakat kelmarin, Selangor merekodkan angka harian tertinggi dengan 902 kes diikuti Kuala Lumpur (532), Melaka (333), Perak (132), Negeri Sembilan (127) dan Pulau Pinang (108).
Putrajaya pula merekodkan 73 kes baharu disusuli Sabah (73), Kedah (72), Pahang (62), Sarawak (57), Kelantan (40), Johor (19) dan Perlis (9).
KKM sebelum ini menjangkakan, peningkatan kes COVID-19 berikutan sambutan perayaan Krismas tidak lama lagi.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa, berkata peningkatan kes itu juga sudah dapat dilihat sejak kebelakangan ini, namun ia tidak membabitkan kes berisiko tinggi.
"Kita jangkakan pada musim perayaan ini akan berdepan dengan peningkatan kes COVID-19, kerana ketika itu berlakunya kunjung-mengunjung ke rumah keluarga dan saudara mara. Mungkin ada peningkatan sedikit.
"Jadi, kita menasihatkan supaya rakyat mengambil langkah seperti sebelum ini. Sekiranya ada gejala jumpa doktor untuk saringan. Sekiranya positif, lakukan pengasingan kendiri dalam tempoh lima hari.
"Selain itu jika ke tempat sesak, walaupun kini tidak diwajibkan, namun kita galakkan untuk memakain pelitup muka selain menjaga kebersihan diri seperti kerap membersihkan tangan," katanya.
-BH Online
No comments:
Post a Comment