Utama » , » Islam menentang sekularisme

Islam menentang sekularisme

 

SEKULARISME ialah satu teori ciptaan manusia yang muncul di Eropah bagi memisahkan urusan duniawi daripada agama.

Sekularisme lahir dalam kalangan masyarakat Kristian yang dibawa ke Eropah sebagai suatu teori yang terpisah daripada kesempurnaan agama Allah, sebagaimana ajaran yang telah dibawa oleh Nabi ‘Isa AS yang diutuskan kepada Bani Isra’il supaya beramal dengan kitab Injil bersama ajaran Taurat dan kebijaksanaannya. Firman Allah SWT:

﴿وَيُعَلِّمُهُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَٱلتَّوۡرَىٰةَ وَٱلۡإِنجِيلَ ٤٨ وَرَسُولًا إِلَىٰ بَنِيٓ إِسۡرَآءِيلَ أَنِّي قَدۡ جِئۡتُكُم بِـَٔايَةٍۢ مِّن رَّبِّكُمۡ أَنِّيٓ أَخۡلُقُ لَكُم مِّنَ ٱلطِّينِ كَهَيْـَٔةِ ٱلطَّيۡرِ فَأَنفُخُ فِيهِ فَيَكُونُ طَيۡرَۢا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۖ وَأُبۡرِئُ ٱلۡأَكۡمَهَ وَٱلۡأَبۡرَصَ وَأُحۡيِ ٱلۡمَوۡتَىٰ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۖ وَأُنَبِّئُكُم بِمَا تَأۡكُلُونَ وَمَا تَدَّخِرُونَ فِي بُيُوتِكُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗ لَّكُمۡ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ ٤٩ وَمُصَدِّقٗا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيَّ مِنَ ٱلتَّوۡرَىٰةِ وَلِأُحِلَّ لَكُم بَعۡضَ ٱلَّذِي حُرِّمَ عَلَيۡكُمۡۚ وَجِئۡتُكُم بِـَٔايَةٍۢ مِّن رَّبِّكُمۡ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ٥٠ إِنَّ ٱللَّهَ رَبِّي وَرَبُّكُمۡ فَٱعۡبُدُوهُۚ هَٰذَا صِرَٰطٞ مُّسۡتَقِيمٞ ٥١﴾

“Dan Allah akan mengajarkan kepadanya (Isa AS) al-Kitab, Hikmah, Taurat dan Injil. (48) Dan (melantiknya sebagai) seorang Rasul kepada Bani Isra’il (dengan menegaskan kepada mereka), ‘Sesungguhnya, aku telah datang kepada kamu dengan membawa sesuatu tanda (mukjizat) daripada Tuhan kamu, iaitu aku membuat untuk kamu daripada tanah dengan bentuk burung; kemudian aku meniup padanya, maka ia menjadi seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan aku juga boleh menyembuhkan orang yang buta sejak dari lahir dan orang yang berpenyakit sopak; dan aku juga menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan aku juga boleh mengkhabarkan kepada kamu apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya, pada yang demikian itu adalah suatu tanda (kebenaran yang membuktikan kerasulanku) bagi kamu, jika kamu orang-orang yang sungguh-sungguh beriman. (49) Dan (aku datang kepada kamu) membenarkan Taurat yang datang sebelumku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian yang telah diharamkan untuk kamu; dan aku datang kepada kamu dengan membawa suatu tanda (mukjizat) daripada Tuhan kamu. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah dan taatilah kepadaku. (50) Sesungguhnya, Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu. Oleh itu, sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus.’ (51)” [Surah Ali ‘Imran: 48-51]

Agama Kristian yang dianut oleh Raja Rom telah mengalami perubahan yang parah mengikut sejarahnya, apabila ajarannya disesuaikan dengan agama keberhalaannya yang telah diamalkan sebelum menganut Kristian. Lalu diharamkan Kitab Injil yang asal, di samping kitab Injil menjadi banyak jumlahnya kerana diselewengkan.

Sehinggakan, bertindak memisahkan kuasa raja daripada agama, maka berlaku pemisahan kuasa pemerintah daripada agama. Termaktub dalam kitab Injil yang telah diubah:

“Render unto Caesar the things which are Caesar’s, and unto God the things that are God’s.”

“Serahkan urusan kerajaan kepada raja (manusia), dan serahkan urusan Tuhan kepada Tuhan.” (Matthew: 21)

Setelah zaman kegelapan ilmu, berlaku revolusi ilmu duniawi hasil pengaruh Tamadun  Islam. Revolusi yang tidak mempunyai prinsip dan konsepnya yang teguh dalam Injil, lalu dipisahkan pula urusan duniawi daripada agama, khususnya daripada perkara akhirat, atau rohani, atau akhlak. Kehidupan manusia di alam dunia dianggap tidak perlu dicampuradukkan dengan agama sama sekali. Demikianlah suatu fahaman yang menentang ajaran Islam yang dianut oleh para rasul. Firman Allah SWT:

﴿أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعٗا وَكَرۡهٗا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ ٨٣ قُلۡ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ عَلَيۡنَا وَمَآ أُنزِلَ عَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِيمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ وَيَعۡقُوبَ وَٱلۡأَسۡبَاطِ وَمَآ أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمۡ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٖ مِّنۡهُمۡ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ ٨٤ وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَٰمِ دِينٗا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ ٨٥﴾

“Maka, apakah mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah, padahal kepada-Nya sahajalah menyerahkan diri (menganut Islam) segala apa yang ada di langit dan di bumi, baik secara sukarela mahupun terpaksa; dan hanya kepada Allah mereka akan dikembalikan. (83) Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya‘qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, ‘Isa dan sekalian para nabi daripada Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka dan hanya kepada-Nya sahajalah kami menyerahkan diri (menganut Islam).’ (84) Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat kelak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi. (85)” [Surah Ali ‘Imran: 83-85]

Al-Quran ialah mukjizat ilmu agama dan dunia, kitab sempurna yang terakhir diwahyukan kepada rasul akhir zaman, bagi mengesahkan perkara prinsip yang sama sebagaimana dalam kitab suci para rasul terdahulu dan juga bagi menangani  kehidupan manusia yang berbeza-beza apabila mengalami perubahan yang menjadi sifat alam semesta. Maka, dinasakhkan (dibatalkan) beberapa hukum yang terdahulu dan ditetapkan hukum dalam perkara prinsip dan fitrah yang tidak berubah dan tidak berbeza. Firman Allah SWT:

﴿…ٱلۡيَوۡمَ يَئِسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمۡ فَلَا تَخۡشَوۡهُمۡ وَٱخۡشَوۡنِۚ ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينٗاۚ فَمَنِ ٱضۡطُرَّ فِي مَخۡمَصَةٍ غَيۡرَ مُتَجَانِفٖ لِّإِثۡمٖ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ٣﴾

“… Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agama kamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini, telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan kepada kamu ni‘mat-Ku, dan telah Aku redai Islam itu jadi agama bagi kamu.” [Surah al-Ma’idah: 3]

Nyata sekali kegagalan dan kelemahan ideologi serta agama selain daripada Islam disebabkannya tidak sempurna dalam menetapkan aspek prinsip dan konsep peranan manusia mengikut fitrah serta tujuan mereka diciptakan. Fitrahnya berjasad, bernyawa, berakal, kedirian dan kemasyarakatan.

Adapun tujuan penciptaannya pula adalah untuk beribadat kepada Allah Pencipta alam, melaksanakan khilafah (mentadbir urusan dunia) dan menunaikan amanah (khususnya berlaku adil kepada semua) yang tidak berpisah antara satu sama lain.

Perkara ini sekali gus menjadikan Islam itu tidak memisah-misahkan urusan dunia dengan urusan agama atau berwawasan dunia sehingga akhirat. Termasuk urusan politik, ekonomi, sains dan teknologi dan lain-lain.

Selain itu, menghubungkan manusia dengan Allah, Tuhan yang Maha Esa. Termasuklah hubungan dengan sesama manusia dalam sebuah keluarga, masyarakat dalam satu negara dan peringkat antarabangsa serta hubungan manusia dengan alam sekelilingnya yang nyata mahupun alam yang ghaib. Firman Allah SWT:

﴿الٓمٓ ١ ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ ٢ ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ يُنفِقُونَ ٣ وَٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡأٓخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ ٤ أُوْلَـٰٓئِكَ عَلَىٰ هُدٗى مِّن رَّبِّهِمۡۖ وَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ٥﴾

“Alif lam mim. (1) Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (2) (Iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. (3) Dan mereka yang beriman kepada Kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. (4) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. (5)” [Surah al-Baqarah: 1-5]

Seluruh ajaran Islam berjaya dilaksanakan pada zaman keemasan Tamadun Islam selama beberapa abad lamanya. Manusia diislamkan bersama seluruh cara hidupnya yang telah mencipta Hadarah Islamiah (Tamadun Islam) yang berprinsipkan aqidah, syariat dan akhlak dalam kehidupan manusia yang berilmu dan bermasyarakat madani yang beragama, tidak berpisah dalam segala aspeknya.

Pada masa yang sama, tetap teguh atas prinsip aqidah dan konsep kehidupan manusia yang betul. Bahkan, berpegang kepada agama para rasul (Islam), mengekalkan perkara yang positif daripada tamadun ciptaan manusia dan menolak segala yang negatif (jahiliah) dalam segala aspeknya, berkonsepkan adil kepada seluruh manusia.

Maka, Islam diterima menjadi penyelamat apabila datang kepada semua bangsa dan wilayah yang dikuasainya (bekas jajahan takluk  Parsi, Rom dan wilayah-wilayah yang  lain). Hal ini berbeza dengan kedatangan penjajah Barat selepas kejatuhan Islam, apabila ajarannya dicuaikan oleh para penganutnya.  

Ramai yang datang menganut Islam tanpa paksaan atau reda berada di bawah Kerajaan Islam yang adil dengan terus menganut agama kepercayaannya. Malah, masih ada penganut berbagai-bagai agama dan rumah-rumah ibadat mereka yang kekal sehingga kini dalam wilayah Islam dahulu.

Berbeza dengan penjajah yang membawa teori sekularisme daripada asalnya. Apabila urusan duniawi terpisah daripada agama, maka lahirlah daripadanya teori liberalisme dan kehidupan bermasyarakat. Dalam aspek politik pula, mencipta demokrasi kuasa rakyat yang ditipu, apabila politiknya tidak beragama, atau bersifat diktator secara individu atau berkumpulan. Dalam aspek ekonomi pula, dicipta fahaman liberal kapitalisme atau sosialisme dan komunisme yang berkonsepkan kebendaan semata-mata.

Kini, kita menyaksikan liberalisme dalam masyarakat Barat berprinsipkan kebebasan yang melanggar fitrah manusia, sehinggakan manusia bebas seperti binatang dan bersikap melampau lebih daripada binatang kerana menyalahgunakan akal mereka. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh firman Allah SWT:

﴿وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَـٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ ١٧٩﴾

“Dan sesungguhnya, Kami jadikan untuk (isi neraka Jahanam) kebanyakan daripada kalangan jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak mahu dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah); dan mereka mempunyai mata, (tetapi) tidak mahu dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah); dan mereka juga mempunyai telinga, (tetapi) tidak mahu dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” [Surah al-A‘raf: 179]

Lahirnya pelbagai kumpulan seperti LGBT, LGBTQ dan sebagainya, sehingga mempertahankan hak asasi binatang itu lebih utama daripada hak asasi manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:

﴿۞وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِيٓ ءَادَمَ وَحَمَلۡنَٰهُمۡ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَفَضَّلۡنَٰهُمۡ عَلَىٰ كَثِيرٖ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا تَفۡضِيلٗا ٧٠﴾  

“Dan sesungguhnya, Kami telah memuliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda yang baik-baik, dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” [Surah al-Isra’: 70]

Dalam aspek politik yang menjadi amanah terpenting telah dikhianati, apabila ia terpisah daripada agama sehingga telah melahirkan pemimpin yang berkuasa dengan menipu, rasuah, menyalahgunakan kuasa dan tidak bermoral. Lantas, kuasa dijadikan peluang kehidupan yang selesa bagi diri atau kumpulannya, manakala pemimpin itu ditaati kerana sifat zalimnya bukan dihormati kerana sifat adilnya.

Allah SWT menyebutkan dalam al-Quran contoh Firaun yang berkuasa memerintah negara, firman-Nya:

﴿وَنَادَىٰ فِرۡعَوۡنُ فِي قَوۡمِهِۦ قَالَ يَٰقَوۡمِ أَلَيۡسَ لِي مُلۡكُ مِصۡرَ وَهَٰذِهِ ٱلۡأَنۡهَٰرُ تَجۡرِي مِن تَحۡتِيٓۚ أَفَلَا تُبۡصِرُونَ ٥١ أَمۡ أَنَا۠ خَيۡرٞ مِّنۡ هَٰذَا ٱلَّذِي هُوَ مَهِينٞ وَلَا يَكَادُ يُبِينُ ٥٢ فَلَوۡلَآ أُلۡقِيَ عَلَيۡهِ أَسۡوِرَةٞ مِّن ذَهَبٍ أَوۡ جَآءَ مَعَهُ ٱلۡمَلَـٰٓئِكَةُ مُقۡتَرِنِينَ ٥٣ فَٱسۡتَخَفَّ قَوۡمَهُۥ فَأَطَاعُوهُۚ إِنَّهُمۡ كَانُواْ قَوۡمٗا فَٰسِقِينَ ٥٤﴾

“Dan Firaun menyeru kepada kaumnya (seraya) berkata, ‘Wahai kaumku! Bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku; maka apakah kamu tidak melihatnya? (51) Bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina ini dan yang hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya)? (52) Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang daripada emas atau malaikat datang bersama-samanya untuk mengiringinya?’ (53) Maka, Firaun mempengaruhi kaumnya (dengan perkataan itu) lalu mereka patuh kepadanya. Kerana sesungguhnya mereka itu ialah kaum yang fasiq. (54)” [Surah al-Zukhruf: 51-54]

Demikianlah kerajaan yang berlagak Maha Berkuasa untuk bertindak dan berlagak memberikan rezeki kepada rakyat dan lain-lain.

Sekularisme membawa konsep ekonomi yang bertuhankan kebendaan menjadi pemujaan. Bukannya ekonomi itu menjadi alat kehidupan, sebaliknya matlamat kehidupan, sama ada kapitalis yang ekstrem atau sosialis yang ekstrem berprinsipkan kehidupan untuk makan, bukan makan untuk hidup memperhambakan diri kepada Allah bagi memakmurkan dunia. Fahaman sedemikian menjadikan manusia berpolitik dan sedia berperang kerana faktor ekonomi.

Sekularisme dalam pendidikan dan media gagal mengisi akal dan roh bagi memenuhi ciri-ciri manusia diciptakan. Sekalipun perut dan nafsu jasadnya diisi dengan segala kepuasannya, sehingga menjadikan manusia itu sanggup membunuh diri sendiri apabila gagal dalam menghadapi cabaran hidupnya.

Keadaan ini membawa kegagalan dalam mengurus alam dunia sekali gus menyebabkan kerosakan hidup dan alam sekitar yang berpunca daripada kesalahan manusia sendiri. Firman Allah SWT:

﴿ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ٤١﴾

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan-tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” [Surah al-Rum: 41]

Para pejuang kemerdekaan telah berjaya meletakkan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain diberikan hak kebebasan untuk menganutnya.

Apa yang penting adalah mempertahankan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dengan takrif mengikut ajarannya yang sebenar, bukan mengikut teori sekularisme. Sepatutnya parti-parti yang berada di dalam Parlimen ketika awal kemerdekaan mempertahankan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut maknanya yang sebenar.

Pakatan Harapan (PH) yang dipengaruhi oleh sekularisme yang dibawa oleh penjajah hendaklah ditolak, sama ada parti yang nyata dalam undang-undang tubuhnya menegakkan prinsip sekularisme atau parti yang bersikap pragmatik laksana lalang yang ditiup angin.

Adapun bagi penganut Islam, sekularisme ialah musuh Islam dan semua para anbiya’ yang menganut Islam. Firman Allah SWT:

﴿وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَٰمِ دِينٗا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ ٨٥ كَيۡفَ يَهۡدِي ٱللَّهُ قَوۡمٗا كَفَرُواْ بَعۡدَ إِيمَٰنِهِمۡ وَشَهِدُوٓاْ أَنَّ ٱلرَّسُولَ حَقّٞ وَجَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُۚ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٨٦ أُوْلَـٰٓئِكَ جَزَآؤُهُمۡ أَنَّ عَلَيۡهِمۡ لَعۡنَةَ ٱللَّهِ وَٱلۡمَلَـٰٓئِكَةِ وَٱلنَّاسِ أَجۡمَعِينَ ٨٧﴾

“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat kelak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi. (85) Bagaimana Allah akan menunjuki suatu kaum yang kafir sesudah mereka beriman, serta mereka telah mengakui bahawa rasul itu (Muhammad) benar-benar rasul, dan keterangan-keterangan pun telah datang kepada mereka? Allah tidak menunjuki orang-orang yang zalim. (86) Mereka itu, balasannya ialah bahawa laknat Allah ditimpakan ke atas mereka, (demikian pula) laknat para malaikat dan manusia seluruhnya. (87)” [Surah Ali ‘Imran: 85-87]

Apa yang dinyatakan dalam ayat di atas ditujukan kepada para penganut agama Samawi dan sepertinya dalam kalangan penganut Islam yang mengetahui kesempurnaan Islam yang dianut oleh para anbiya’.

Apabila Kamal Ataturk membawa sekularisme yang ditegakkan terhadap negara Turkiye, diikuti oleh penjajah Barat melaksanakannya dalam negara jajahan takluknya, bangkit tokoh-tokoh besar daripada kalangan para ulama’ Islam pada masa itu memberi amaran yang keras kepada penganut Islam di seluruh dunia supaya berwaspada dan umat Islam wajib menolak sekularisme.

Lihatlah fatwa Syeikh Mustafa Sabri, iaitu Syeikh al-Islam Turkiye yang terakhir, Syeikh Muhamad al-Khader Husain iaitu Syeikh Jami‘ al-Azhar dan Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Pengerusi Rabitah al-‘Alam al-Islami dan Majlis Fatwa Arab Saudi, Buya Hamka iaitu Ketua Majlis Ulama’ Indonesia dalam Tafsir al-Azhar dan lain-lain.

Fahaman yang sesat ini dijadikan senjata serangan pemikiran oleh penjajah bagi merosakkan umat Islam, supaya meninggalkan ajaran Islam sedikit demi sedikit, walaupun tidak keluar daripada agama secara rasmi.

Allah SWT memberikan peringatan melalui firman-Nya:

﴿وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ مُصَدِّقٗا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَمُهَيۡمِنًا عَلَيۡهِۖ فَٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُۖ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ عَمَّا جَآءَكَ مِنَ ٱلۡحَقِّۚ لِكُلّٖ جَعَلۡنَا مِنكُمۡ شِرۡعَةٗ وَمِنۡهَاجٗاۚ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَكُمۡ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ وَلَٰكِن لِّيَبۡلُوَكُمۡ فِي مَآ ءَاتَىٰكُمۡۖ فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٰتِۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُكُمۡ جَمِيعٗا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ فِيهِ تَخۡتَلِفُونَ ٤٨﴾

“Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat antara kamu, Kami berikan aturan syariat dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat (sahaja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah dalam berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah jua kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu.” [Surah al-Ma’idah: 48]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 28 Jumada al-Ula 1445 / 12 Disember 2023 – HARAKAHDAILY 11/12/2023

Share:

No comments:

Post a Comment

Posting Popular

Carian Blog

Powered by Blogger.

Labels

1 Syawal 1MDB 2023 3R 7E A & W Abdullah Hj Jaafar Abdurrahman Ahmad Muaz Abu Ubaida Adun Gurun Adun Rembia ADUN Sungai Bakap Aeronautik AES Agama Islam Agamawan Agenda Politik Agihan Keuntungan Ahli Akademik Ahli Ekonomi Sukan Ahli Parlimen Ahli Perniagaan Ahli Politik Ahli Sukan Ahmad Terrirudin Salleh AHTV AI AI Generatif Aidil Adha Aidilfitri AIM AISHM Ajaran Sesat AJL Akad Nikah Akaun Fleksibel Akaun Ke-3 Akta 852 Akta Hasutan Akta Lompat Parti Aktivis Aktivis Politik Al Fatihah Al Imam Al Mahdi Al Quran Al-Aqsa Alam Haiwan Alam Laut Alhamdulillah Allahyarham Tun Daim Zainuddin Allhuakbar Allyarhamah Datuk Syarifah Aini Alternatif Aman Palestin Amanah Amanat Tersirat Amaran Amazon Ambalat Amerika syarikat Amirudin Shari AMLA Anak Bulan Anak Derhaka Anak Istimewa Anak Muda Anak Perempuan Anak Syurga Anak Yatim Analisis Ancaman Bom Android Angeline Tan Angkat Sumpah Antarabangsa Anthony Loke Antonio Guterres Anugerah Anugerah Oscar Anugerah Sukan APDP APK Aplikasi APM APMM Apple Applikasi Apungan Harga Arab Saudi Arafah Arah Kiblat Argentina Arif Aiman Artis Antarabangsa Artis Cerai Artis Duda Artis Janda Artis Kahwin Artis Lagenda Artis Nasyid Artis Tempatan Artis Veteran As Syahid Ismail Haniyeh ASB Aset Asma' Binti Abu Bakar ASN Astro Awani Asyairah ATM Audit Audit Negara Aurat Wanita Awas Axia Ayahanda Azmin Ali B40 Baby Shima Baddrol Bakhtiar Badi Badminton Bahan Larangan Bahan Sejarah Bahanapi Bahasa Melayu Bajet 2023 Bajet 2024 Baling Banduan Banduan Terjormat Banglo Bangunan Runtuh Banjir Bank Bank Dunia Bantahan Bantuan Bantuan Banjir Bantuan Kemanusiaan Bantuan Khas Barangan Impot Barisan Kabinet Barjoyai Bardai Basikal Bateri Baucar Buku Bayaran Insentif Bayaran Pencen Bayi Bazar Ramadhan BDB Bebas Pertuduhan BEC Bekalan Elektrik Beku Akaun Belanjawan Belanjawan 2024 Belanjawan 2025 Belasungkawa Bencana Alam Benjamin Netanyahu Beras Beras Impot Beras Madani Beras Seludup Beras Tempatan Berita Palsu Berlian Bermadu BERNAS Berpantang Maut Sebelum Ajal Berpencen Bersatu BERSIH Beta Bicara Mufti Biduanita Negara Bil elektrik Bilal Bilionaire Billionaire Binaan Haram Bintang Bolasepak Bisnes Bisnes Online BJAK Blackpink BlackRock Blackwing Blog Blogger Bloggging Blogging BN BNM Boeing Boikot Bolasepak Bom Bomba Bonus Boss James BossKu Box Office Brazil Briged Al Qassam Buahan Tempatan Bubur Lambuk Buka Minda Bukan Islam Bukit Uhud Buku Bulan Islam Bulan Kebangsaan Bulan Rejab Buli Siber Bumiputera Bundle Bung Moktar Bunuh Diri Bursa Malaysia C4 Center CAAM Cabul Cabutan Bertuah Calon Calon Bebas Calon PN Caprice Casio Cauvinis Cegah Maksiat CelcomDigi Ceramah Agama Cerita Rakyat Ceritera Cermin Mata Pintar Chatbox ChatGPT CheGuBard China Cina Muslim Claim Codi Cafe Coldplay Colombia Content Copa America 2024 Covid19 Cristiano Ronaldo Critiano Ronaldo CUEPACS Cukai Jalan Cukai Jualan Cukai Perkhidmatan Curang Cuti Hujung Minggu Cuti Sekolah Cuti Tambahan Cybercab Daftar Pemilih Dajal Dakwah Dalam Negara DanaBantu DAP Dapat Anak Dari Seberang Darjah Kebesaran Daruk Seri Hajiji Noor Dasar Ekonomi Baru Dato Onn Jaafar Datuk Dr Adnan Mat Datuk Jamal Abdillah Datuk K Datuk Mahfuz Omar Datuk Mohd Nassuruddin Daud Datuk Nur Jazlan Mohamed Datuk Rosyam Nor Datuk Seri Amir Hamzah Datuk Seri Ayob Khan Datuk Seri Suhaily Mohd Zain Datuk Yusry Abd Halim Daulat Tuanku DBKL DCT DEB Deepavali DELIMa KPM Demokrasi Berparlimen Demonstrasi Denda Desas-Desus Dewan Negara Dewan Rakyat Diabetes Dialisis Diana Danielle Didie Alias Diesel Dilema Wanita Dilepas Dan Dibebaskan Dilepas Tanpa Dibebaskan Diskaun Saman Diskriminasi Dividen DJ Radio DNA DNAA Doa Dokumen Palsu Dominic Lau Donald Trump Doraemon Dos Penggalak Dr Akamal Saleh DR Zaliha Mustafa Dr.MAZA Drama DRB-HICOM DS Ahmad Maslan DS Ahmad Samsuri DS Anwar Ibrahim DS Azlan Man DS Bung Moktar Raden DS Dr Ahmad Samsuri DS Dr Dzulkefly Ahmad DS Hamzah Zainudin DS Ismail Sabri DS Mohamad Sabu DS Najib DS Sanusi DS Siti Nurhaliza DS Takiyuddin Hassan DS Wan Azizah DSAI DSNR DSSK DSZH DUN Jitra DUN Kelantan DUN Melaka DUN Perlis DUN Sabah DUN Selangor DUN Terengganu Durian Duta Bertaraf Menteri Duyufurrahman e_Farmasi E-Motor Ebit Lew Ego EIA Ekonomi Ekonomi Digital Ekopelancongan El Nino Elon Musk eMADANI Emel England Enot EPL Era IT Erling Haaland Etherscan Euro 2024 EV eWallet Exco Perak Exco Perlis Facebook Faekah Husi Fahmi Fadzil Faisal Halim FAM FAQ Faraq Nikah Farid Kamil Femomena Alam Fenomena Alam FIFA Filem Animasi Filem Baru Final Fiqh Fitnah Flashback FOMCA Food Delivery Foodpanda Forbes Forest City Formula Rafizi Forum Perdana Francais Free Palestine G-Shock Gabenor BNM Gadjet Gaji Game Online Gamuda Land Garmin GASIS Gaza Geely Gempa Bumi Gen Z Gencatan Senjata GERAKAN GIATMARA GISB GISBH GLC GLIC Gmail Google Google Adsense Google Pay Google Search Console Gosip Artis Grab GRO GRS Gua Musang Gua Thur Gula Gunung Everest Gunung Marapi Hadis Haiwan Liar Hajarul Aswad Hak Asasi HAKAM Halalan Tayyiba Hamas Hamba Allah Hani Fadzil Haniff Khatri Hanipa Maidin Hannah Yeoh Harga Ayam Harga Basikal Harga Emas Harga Kayangan Harga Kereta Harga Makanan Harga Rumah Harga Syiling Hari Guru Hari Kebangsaan Hari Kekasih Hari Malaysia Hari Pahlawan Hari Raya Hari Wilayah Harimau Belang Harimau Malaya Haruan Makan Anak Harumamis Hattan Hawa Rizwana Redzuan Heba Nusaybah Hiburan Hidupan Liar Himpunan Aman Himpunan RXZ Hina Agama Hina Allah Hina Islam Hina Melayu Hina Negara Permohonan Maaf Hishamuddin Rais Hizbullah Hotel Hotel St Regis HotFM Houthi Yaman HTML Huawei Hubungan Songsang Hubungan Sulit Hujah Makan Tuan Hukum Hakam Hukum Islam Hukuman Husnul Khotimah Hutang Ibadah Ibadah Haji Ibrahim Ali Ibu Bapa ICJ Icon ICU ID Digital ID Khas Identiti Idola Ifa Kazar IJN Ikan Buntal Iktibar IKUT Imam Imam Mahdi Imbuhan IMF Ina Naim Indeks PMI Indonesia Inflasi Influencer Info Agama Info Auto Info Herba Info IT Info Kesihatan Info Rakyat Info Rumahtangga Info Sihat INSAN Insentif Insiden Pergaduhan Insp Sheila Inspirasi Instagram Institusi Kehakiman Insuran INTAN Integriti Internet iOS iPad iPhone IPTS IPU Ira Kazar Iran Irfan Khairi IRGC IS Isham Jalil Islam Liberal Islamophobia Ismail Haniyeh ispace Israel Istana Negara Istilah Istiwa Adxam IstiwaMatahari Isu Agama Isu Akidah Isu Beras Isu Diesel Isu Gaji Isu Judi Isu Kerakyatan Isu Kg Sri Makmur Isu Minyak Isu Palestin Isu Panas Isu Pencen Isu Rasuah Isu REE Isu Sekolah Cina Isu Semasa Isu SMG Isu Telur Isytihar Harta IVF J-Kom Jabal Thur Jabal Uhud Jabatan Alam Sekitar Jabatan Audit Negara Jackpot JAIPk JAIPs JAIS Jakel JAKIM Jalur Gemilang Jalur Lebar Jam Mewah Jana Wibawa Janji Politik Janna Nick Jawatan Kosong JDT Jemaah Haji Jemaah Menteri Jenama Makanan Jenayah Jenayah Siber Jepun Jerebu JHEAIPP Jho Low JIM Jimat Belanja JIPS JKDM JKR JobStreet Jocelyn Chia Joe Biden Johan As'ari Johor Jordan JPJ JPN JSJK JSPT Juadah Berbuka Jual Beli Jualan Murah Jualan Terbuka Jualan Tiket Juara Jungle Girl JUPEM Jurgen Klinsmann Jurucakap Juruhebah Jurulatih Jutawan Segera K-Pop Kad Debit Kad Kahwin Digital Kad Kredit Kafir Kajian Kajiselidik Kak KM Kakitangan Awam Kalimah Allah Kamal Adli Kamala Harris Kanada Semifinal Kanak-Kanak Kanun Keseksaan Kapal Selam KASA Kawalan Harga Kawasan Pedalaman Kazar KDA FC KDN KDNK Keajaiban Kebakaran Kebebasan Bersuara Kedah Kedaulatan Negara Kedutaan AS Kehakiman Kejar Rating Kejujuran Kekayaan Kekejaman Kekeluargaan Kekuasaan Allah Kelantan Kelantan FC Kelayakan Piala Asia Kelayakan Piala Dunia Keldai Akaun Kelebihan Bulan Islam Keluar Parti Keluar Pati Keluar Sekejap Keluarga Keluarga Besar Kemalangan Kemalangan Maut Kemalangan Udara Kemasyarakatan Kematian Kembara Kenali Borneo Kemelut Politik Kementerian Digital Kementerian Kewangan Kementerian Komunikasi Kementerian Pengangkutan Kemerdekaan Kemewahan Kemiskinan Kempen Pilihanraya Kempen Politik Kemudahan Rakyat Kenaikan Cukai Kenaikan Gaji Kenaikan Harga Kenali Rasul Kenali Tokoh Kenangan Kenderaan Bermotor Kenduri Kenyataan Palsu Keperluan Asas Keputusan Keracunan Makanan Kerajaan Kerajaan Kedah Kerajaan Kelantan Kerajaan Madani Kerajaan Malaysia Kerajaan Melaka Kerajaan Negeri Sarawak Kerajaan Perlis Kerajaan Perpaduan Kerajaan PH-BN Kerajaan PN Kerajaan Pulau Pinang Kerajaan Sabah Kerajaan Selangor Kerajaan Terengganu Kereta Baharu Kereta Elektrik Kereta Mewah Kereta Terbang Kerja Luar Negara Keropok Beracun Kes Buli Kes Bunuh Kes Nik Elin KESEDAR Kesehatan & Perubatan Keselamatan Kesihatan & Perubatan Ketagihan Ketagihan Rokok Ketam Keterangan Saksi Ketua Hakim Negara Ketua Pembangkang Ketua Polis Negara Kewartawanan Khairuddin Hassan Khairul Aming Khairy Jamaluddin Khalwat Khidmat Seks KHTP Kim Pan-gon Kim Pang Gon Kisah Benar Kisah Cinta Kisah Dan Teladan Kisah Rumahtangga KJ KK Mart KKD KKDW KKM KKR KLCC KM Melaka KM Pulau Pinang KM Sabah Kod Koleksi Doa Koleksi Resepi Kolumnis Komentar Komik Komputer Komputer Riba Konflik Asia Barat Konflik Hamas Zionis Konflik Hizbullah Israel Konflik Israel Palestin Kongsi Gelap Konsert Kontinjen Malaysia Kontrak Kontroversi Korea Selatan Korum Kos Haji Kos Sara Hidup Kosmetik Koyak KP Kesihatan KP Perak KP Selangor KP SPRM KP UMNO KPDN KPM KPN KPPA KPT KRC Kreatif Krisis Beras Krisis Makanan Krismas Kristian Kristian Zionist Kritik Kritikan Kronisme Kronologi KSN Ku Li Kuasa Allah Kufur Kulim Hi Tech Kupasan KWSP KXP Lagenda Lagenda Bolasepak Lagu Nasyid LailatulQadar Lamine Yamal Lan Pet Pet Langgar Syarat Langkah Dubai Langkawi Lantikan Baru Lantikan Politik Lantikan Secara kontrak Laporan Laporan Polis Laptop Percuma Laqporan Larangan Merokok Lato-Lato Laut Lawatan Rasmi LCS Lebuhraya Lelongan Lembaga Pengampunan Lenovo Lesen Memandu JPJ Letak Jawatan Levi's LGBTQ LGE LHDN Liga Europa Liga Juara-Juara Liga M Liga Malaysia Liga Perdana Inggeris Liga Super Liku-Liku Kehidupan LIMA LIMA'23 Lionel Messi LKAN Loghat Logo Lokman Noor Adam Lompat Parti Love Scam LPF LPT Luar Negara Lubnan M<uslimat PAS M40 MA63 Macam-Macam Madad Madanifobia Madinah MAE Maghribi Mahkamah Mahkamah Majistret Mahkamah Persekutuan Mahkamah Pilihan Raya Mahkamah Rayuan Mahkamah Rendah Syariah Mahkamah Sesyen Mahkamah Sivil Mahkamah Syariah Mahkamah Tinggi Mahkamaha Majistret MAIS Majikan Majlis Profesor Negara Mak Cik Kemboja Mak Nyah Makanan Laut Makkah Maksiat Malaysia Malaysia Madani Malaysian Malaysia MalaysiaNow Manchester City Manchester United Mangsa Mangsa Banjir Mangsa Nahas Manifesto Mantan KPN Mantan Pengarah Kesihatan Mantan Perdana Menteri MAPPA MAPPA XIX Maraton Mas Idayu Masa Dan Waktu Masalah Air Masalah Air Masalah Kesihatan Masalah Sosial Masjid Masjid Al-Aqsa Masjidil Nabawi Mat Rempit Matawang Matawang Kripto Mawi Maybank MB Kedah MB Kelantan MB N.Sembilan MB Perlis MB Selangor MB Terengganu MBI Selangor MCA Media Media Online Media Sosial Mee Segera Mekah Melaka Melayu Memeluk Islam Menara Ilham Mengaku Bersalah Meninggal Dunia Menteri Menteri Agama Menteri Ekonomi Menteri JPM Menteri KBS Menteri KDN Menteri Kesihatan Menteri Kewangan Menteri Kewangan II Menteri KKD Menteri Komunikasi Menteri KPDN Menteri KPKT Menteri MITI Menteri Pelancongan Menteri Pendidikan Menteri PKM Menu Rahmah Mercu Tanda Mesin ATM Mesir Messenger Meta AI MetMalaysia MFL Mi Segera MIC Michelle Yeoh Microsoft Mikrocip Minda Presiden PAS Mindef Mini Dhaka Minyak Diesel Minyak Masak Misi Angkasa Misi Rakyat Misteri Miza Ozawa MK K-Clique MKT UMNO MN MOF Mohamad Sabu Mohamed Salah Mohd Shukri Ramli Mohd Zaman Goh Mohon Maaf MoT Motivasi Motosikal MoU MPC MPM Mr H MTUC Muafakat Nasional Muallaf MUDA Mufti Kedah Mufti P.Pinang Mufti Perlis Mufti Pulau Pinang Mufti Wilayah Persekutuan MUI Muktamar PAS Munafik Murid Sekolah Murtadha Dakwah Centre Musim Perayaan Mutu Pengadilan MyHSR MyKad MySejahtera MySJ Nabi Adam AS Nabi Ayub AS Nabi Daud AS Nabi Harun AS Nabi Hud AS Nabi Ibrahim AS Nabi Idris AS Nabi Ilyas AS Nabi Ilyasa' Nabi Isa Al Masih Nabi Ishaq AS Nabi Ismail AS Nabi Lut AS Nabi Muhammad SAW Nabi Musa AS Nabi Nuh AS Nabi Saleh AS Nabi Sulaiman AS Nabi Syu'aib AS Nabi Ya'akub AS Nabi Yahya AS Nabi Yunus AS Nabi Yusuf AS Nabi Zakaria AS Nabi Zulkifli AS Nabil Ahmad Nadhir Nasa Nadia Brian Nadir Al Nuri Nafsu Serakah Nahas Elmina Nahas Helikopter Nahas Udara Naimah Khalid Naimi Daini Narkotik NASA Nasihat Nasihat Doktor Neelofa Negara Arab Negara Islam Negara Sekular Negarawan Nepotisme Netflix Netizen NGO Nilai Matawang Niqab Nisa Ai Nobita Non Muslim Noriko Ohara Norman Hakim Nostalgia NPRA Nurul Izzah NVIDIA OIC Olimpik Paris 2024 Omicron XBB On Negaraku Online OpenAI Oppo OPR Orang Awam Orang Hilang Orang Islam Orang Kafir Orang Kaya P.Ramasamy PAC PADU Pajakan P.Pinang Pakaian Isteri Rasulullah Pakar Pakar Automotif Pakar Ekonomi Pakar Perubatan Pakatan Harapan Pakej Umrah Paku Dulang Paku Serpih Palestin Pamalsuan Dokumen Pameran Pertahanan Pampasan Pancing Undi Pandora Papers Panduan Panglima Perang Parlimen Marang Parti Melayu Parti Politik PAS Pasaraya Pasca PRN Pasukan Perubatan PATI Patriotik PAU Pawagam PBB PBT PDRM Pecah Amanah Pecah Panggung Pegawai Masjid Pegawai Polis Peguam Peguam Negara Pejuang Melayu Pekerja Asing Pekerja IT Pekerja Rakyat Pelabur Asing Pelaburan Pelaburan Palsu Pelajar Pelajar IPT Pelajar Sekolah Pelajar Tahfiz Pelancongan Pelanduk Dua Serupa Pelantikan Pelik Tapi Benar Peluang Pelupusan Sampah Pemakaian Muslimah Pemandu Bas Pemansuhan Pembaca Berita Pembangkang Pembangunan Pembayaran Saman Pembekuan Akaun Pembela Tanah Air Pembohongan Pemborong Pembubaran Pembunuhan Pemecatan Pemimpin Hamas Pempengaruh Penafian Penagih Dadah Penahanan Penang FC Pencarum Penceramah Bebas Pencerobohan Pendaftaran Pendakwa Raya Pendakwah Pendakwah Selebriti Pendapat Pendedahan Penderaan Pendidikan Pendidikan Agama Pendirian Kerajaan Penetapan Tarikh Pilihanraya Pengacara Pengadil Pengalaman Pengamal Media Pengamal Undang-Undang Pengampunan Penganalisis Penganalisis Ekonomi Penganalisis Politik Pengaruh Pengasas Pengebumian Pengeluaran Pengganas Penggantungan Penghantar Makanan Penghormatan Terakhir Pengisytiharan Pengkid Penguatkuasa Pengumuman Pengundi Pengundi Hantu Pengusaha Makanan Penilaian Penipuan Penjawat Awam Penjelasan Penjenamaan Penutupan Penyakit Berjangkit Penyakit Buah Pinggang Penyakit Kronik Penyata Akaun Penyatuan Ummah Penyelewengan Penyelidik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Peperangan Perak FC Perancis Peratusan Perbahasan Perbandingan Perbankan Online Perbicaraan Percuma Perdana Menteri Pergaduhan PERHILITAN Perhimpunan Aman Perikaian Perikatan Nasional Perisian Perkahwinan Perkara 153 Perkataan Perkataan Kafir Perkauman Perkhidmatan Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlis Perlis Baharu Perlu Bantuan Permainan Permohonan Maaf Permotoran Perniagaan Perodua Persempadanan Kawasan Pilihanraya Persidangan Persundalan Pertandingan Pertuduhan Perubatan Perubatan Tradisional Perumahan Peruntukan Kewangan Pesawat Pesawat MAS Pesawat Ringan Pesta Seks PETA Petisyen Pilihanraya Petrol Petronas Petua PGA PGSM PH PH-BN Phone Scam Piala AFF Piala Asia Piala Dunia Piala Malaysia Pilih Bulu Pilihanraya PBT Pilihanraya Presiden Pinjaman Pinjaman Bank Pink WhatsApp PJSJ PKIBM PKR Plat Fancy PLUS PM PM Israel PMX PN PNB Podcast Poligami Polis Politik Politik Wang Popular Portal Portugal Poster Boy PPM PPS Prakazel "Pras" Michel PrayForGaza Premis Judi Presiden AS Presiden Cuepacs Presiden MUDA Presiden Turkiye Presiden UMNO Prestasi Prihatin PRK Jepak PRK Kemaman PRK Mahkota PRK Nenggiri PRK Pelangai PRK Pulai PRK Simpang Jeram PRK Sungai Bakap PRN Kedah PRN Kelantan PRN N.Sembilan PRN Pulau Pinang PRN Selangor PRN Terengganu PRN15 Pro-Bono Program Reliti Project Kuiper Projek PSI Proklamasi Promediatajdid Promosi Propaganda Protes Proton PRU 15 PRU 16 PSAP PTI PTPTN PU Syed Puasa Pulau Batu Putih Pulau Perhentian Pulau Pinang Pusat Servis PUSPAKOM Putera Mhakota Saudi Puteri Sarah PUTRA PUTRI Qatar Qiddiya Rafah Rafizi Ramli Raja Berperlembagaan Raja Petra Kamarudin Raja Pop Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia Rakyat Palestin Ramadan Ramadhan Ramalan Ramalan Cuaca Ranking FIFA Rantau Panjang Rare Rasis Rasuah Rasulullah SAW Raudhah Raya RCI Realiti Kehidupan Realme Recep Tayyip Erdogan REE Reformasi Rejim Zionis Rekod Rekod Dunia Guinness Remaja Remy Ishak Rencana Renungan Repot Polis Restoran Restoran Mamak Restoran Nasi Kandar Pelita RETVec Rezeki RFID Riba Ribut Rider Rider Delivery Ringgit RM To USD RMK-12 Roda Kehidupan Rokok Seludup Rombakan Kabinet Rona Kehidupan Ronaldinho Ronnie Liu RoS Rosyam Nor RPK RSAF RSN Rayer RTB Rumah Agam Rumah Mewah Rumah Terapung Rumah Terbuka Rumahtangga RUU Kawalan Merokok RUU Mufti Wilayah Persekutuan RUU Mufti WP Sabah Sabah FC sabri Yunus SADA Saham Saidina Umar Al-Khattab Saifuddin Nasution Sains Saintis Salah Faham Salah Laku Salahguna Saman Saman Fitnah Samsung Sarawak Sarimah Ibrahim Saudara Baru SaveGaza SavePalestine Saya Ulang Scammer Seafood Search Sejarah Sekatan Sekolah Agama Sekolah Rendah Sekolah Vernakular Seksual Seksyen 498 Sektor Pekerjaan Selangor Selebriti Semakan Pemilih Semangat Kemerdekaan Sembang Politik Semikonduktor Senario SEO Sepak Takraw Sepanyol Separuh Akhir Serah Terima Tugas Serangan Masjid Serangga Serbuan Setel Shah Radhi Sheila Rusly Shila Amzah Shopee ShopeePay Shuib Sepahtu Siak Siasatan Sidang Parlimen Side Hustle Silaturahim Simbolik Sindiket Sindiran Singapura Sirah Islam Sirah Nabi Sissy Imann Sistem Baitul Mal Sita Siwak SJKC SJKT Skandal LCS Skandal Rasuah Skandal Seks Skim Berpencen Skim Harga Maksimum SKMM Skuter Sokong Israel Sokongan Sokongan Kepada PM Solana Solat Jamaah Solidariti Solidariti Palestin Solscan Sombong SOSMA SpaceX Speaker Dewan Rakyat Spekulasi SPM SPR SPRM Sputnik SRC SRC International SSPA SSPN SST Starlink Statistik Storan STR SU Agong PBB Suami isteri SuamiIsteri Suara Animasi SUARAM Subhanallah Subsidi Suhaimi Saad SUHAKAM Suhu SUK Terengganu Sukan Sukan Basikal Sukan Bolasepak Sukan Memanah Sukan Olimpik Sukan SEA Sultan Johor Sultan Kedah Sultan Selangor Sunnah Superman Hew Support Palestine Boycott Israel. Survey SUV Syamsul Yusof Syed Saddiq Syria T/KPN T20 Tabung Haji Tafsir Al-Quran Tahniah Tahun Baru 2024 Taja Taman-Taman Syurga Tamat Tempoh Tan Sri Acryl Sani Tan Sri Azam Baki Tan Sri Johari Abdul Tan Sri Razarudin Husain Tan Sri Robert Kuok Tanah Rizab Melayu Tanah Runtuh Tanah Suci Tanda Kiamat Tangkapan Tarawih Taska Tauliah Tawaran Tayar Tazkirah Tebusan Teh Tarik Teknologi Teknologi Automotif Teknologi Maklumat Telco telefon Bimbit Telefon Pintar Telegram Telekomunikasi Tema Tempatan Temuramah Tentera Amerika Tentera Zionis Terengganu Terenggganu FC Terkini TESLA TFC TGHH TH Thailand The Hague Tik Tok Tikel Kapal Terbang Tiket Tilawah Al Quran TIME Tip Dan Trik Tips N Triks Titah Adendum Titah Diraja Titan Titanic TITM TKPN TLDM TM TMJ TNB Tok Duku Tok Mat Tokoh Tokoh Korporat Tokoh Ulama' Tokoh Wartawan Tol Percuma Tommy Mawat Top Ten Tottenham Hotspur Touch N Go TPM Tragedi Trending TS Annuar Musa TS Dr Noor Hisham TS Musa Hassan TS Rafidah Aziz TS Zeti Akhtar Aziz TSAM TSLKS TSMY Tsunami Tuah Tuduhan Tular Tun M Tunjuk Perasaan Tuntutan Tuntutan Sulu Turkiye Turliye Tutorial Tutup Kedai TV Pertiwi TV3 TV9 Twitter U Mobile UAI Ugutan Jenayah UiTM Ulama Ulangtahun Ulasan Ultra Kiasu UMMAH UMNO Umrah Undang-Undang Undang-Undang Tubuh Negeri Undang-Undang Syariah Undi Awal Undi Percaya Undi Tak Percaya UNGA Unik Universal Music UNRWA UPM Urus Niaga Usahawan USD Ustaz Abdullah Khairi Ustaz Azhar Idrus Ustaz Don Daniyal Ustaz Wadi Annuar Ustaz Yaakob Yusra UWA Vaksin Velentine Day Vendor Veteran Politik VGK Video Video Call Video Lucah Viral Wacana SH Wahab Wakil Rakyat Wan Ahmad Fayshal Wanita Wany Hasrita Waranti Warga Asing Warga Asing Wanita Warga China Warga Emas Wawancara WBI WhatsApp WHO Wikipedia Windows Wisk Aero Wisma Putra Wukuf X X Corp X90 Xiaomi Yahudi Yahudi Laknatullah Yaqazah Yasin Sulaiman Yayasan Akalbudi Yayasan Al-Bukhary Yayasan AlBukhary Yayasan Nurjiwa Yayasan Sarawak YB Ahmad Fadhli Shaari YB Baddrul Bakhtiar YDP Agong Youtuber Yusof Haslam Zarina Anjoulie Zarina Zainuddin Zayn Zayyan Zionis Yahudi Zionisme Zizie Izette Zuraida Kamaruddin

Arkib Blog

Perlembagaan Persekutuan

Recent Posts

Copyright © BETUL BRO | Powered by Blogger