Utama » , » 10 Berita Teknologi Automotif Paling Menarik 2023

10 Berita Teknologi Automotif Paling Menarik 2023

 Dunia automotif 2023 didominasi oleh pelancaran banyak kenderaan elektrik di Malaysia serta pengumuman pelbagai perkhidmatan pengecasan daripada pelbagai pihak termasuk PETRONAS dan TNB. 

Berita paling besar mungkin ialah Tesla akhirnya memasuki pasaran Malaysia secara rasmi. 

Apakah lagi berita automotif yang menarik tahun ini? 

Berikut ialah 10 berita teknologi automotif paling menarik sepanjang 2023.

1. Tesla Secara Rasmi Memasuki Pasaran Malaysia

Tesla secara rasmi memasuki pasaran Malaysia pada Mac tahun ini dengan Model Y dan Model 3 adalah dua model yang dilancarkan di Malaysia. Dengan kemasukan ke pasaran tempatan, Tesla membuka pusat servis di Cyberjaya pada Oktober dan beberapa stesen pengecasan Supercharger dengan yang pertama sekali di Pavillion Bukit Bintang.

Sebanyak 10 lokasi stesen Supercharger telah diumumkan dan sehingga kini empat telahpun beroperasi. Pelan jangka panjang ialah membuka 50 Supercharger dalam masa tiga tahun. Dengan kemasukan Tesla ke pasaran Malaysia, minat terhadap kenderaan elektrik semakin meningkat. Selama ini Tesla dibawa masuk oleh pihak ketiga dan ada yang hanya disewakan kepada agensi tertentu sahaja.


2. Sime Darby Mengambil-Alih UMW – Memegang Jenama Toyota Dan Perodua

Sime Darby pada Ogos lalu mengumumkan mereka akan mengambil-alih sebanyak 61.2% pada UMW Holdings Berhad sekaligus membentuk mereka sebagai antara syarikat terkemuka dalam arena automotif, aeroangkasa, pembuatan dan kejuruteraan.

Di bawah pengumuman perjanjian ini, Sime Darby akan membeli pegangan PNB sebanyak 61.2% ini pada harga RM3.57 bilion. Disamping itu, Sime Darby turut menyatakan akan membuat tawaran umum untuk 38.8% saham yang tidak dimiliki, sekaligus mengeluarkan UMW dari Bursa Malaysia.

Pengambil-alihan ini juga sekaligus mengukuhkan kedudukan Sime Darby dalam arena automotif di Malaysia kerana mereka memegang jenama Toyota, Perodua, BMW, Mini, Porsche, BYD, Volvo. Ford, Hyundai, Jaguar dan Land Rover.


3. Lamborghini Telahpun Menjual Kenderaan Petrol Yang Terakhir

Era kenderaan bahan api fosil Lamborghini telahpun berakhir selepas pesanan untuk Hurucan dan Urus tidak lagi diambil. Dengan slot pesanan ditutup Lamborghini kini memulakan era kenderaan hibrid sepenuhnya bermula 2024. Ini didedahkan oleh CEO mereka Stephan Winkelmann dalam temubual bersama akhbar Welt di Jerman pada bulan Jun.

Tindakan Lambroghini ini adalah berani kerana sejak mula mengeluarkan kereta lumba Lamborghini 350 GT pada tahun 1964, mereka dikenali dengan prestasi tinggi menerusi enjin petrol berkuasa besar. Seperti Lamborghini, Ferrari juga akan mengeluarkan kenderaan elektrik menjelang 2025 tetapi tiada perancangan menghentikan pengeluaran kereta dengan enjin petrol.


4. Toyota AE86 Initial D Versi Elektrik Dan Hidrogen Kini Menjadi Realiti

Lamborghini mempunyai reputasi yang besar di Eropah menerusi model ikonik Countach dan Murciélago. Bagi peminat animasi Jepun pula, mungkin tiada kereta yang lebih ikonik berbanding Toyota AE86 daripada anime Initial D. Di Tokyo Auto Salon yang berlangsung Januari lalu, Toyota memperlihatkan kenderaan konsep Toyota AE86 Initial D versi elektrik dan hidrogen.

Dari luar kenderaan ini mirip edisi anime dengan nama Kedai Tauhu Fujiwara di bahagian pintu. Yang membezakannya dengan AE86 biasa ialah pelekat EV di sisi versi elektrik Sprinter Trueno dan pelekat H2 di sisi versi AE86 Trueno berkuasa hidrogen.

Pada versi elektrik pek bateri diletakkan di but belakang dengan ia diambil daripada sistem yang digunakan pada Toyota Tundra HEV dan Prius PHEV. Dua tangki hidrogen pula diletakkan pada but belakang versi hidrogen yang dipinjam daripada Toyota Mirai. Kedua-dua kenderaan adalah sekadar konsep maka tidak akan ditawarkan kepada umum.


5. AFEELA Ialah Jenama Kereta Elektrik Sony Honda Mobility

Selepas memperlihatkan prototaip EV Vision-S mereka pada tahun 2020, Sony Honda Mobility mengumumkan EV yang dihasilkan akan dipasarkan di bawah jenama AFEELA. Prototaip AFEELA diperlihatkan di lantai CES pada awa Januari lalu.

AFEELA menyasarkan kemampuan swapandu Tahap 3 apabila dilancarkan dan Tahap 2+ di dalam kawasan bandar. Sistem swapandu akan menggunakan platform Snapdragon Digital Chassis yang memantau 45 kamera dan sensor di keseluruhan tubuh kenderaan.

Tiada maklumat mengenai kuasa motor, saiz bateri dan jarak perjalanan yang mampu dilakukan AFEELA kelak tetapi ia disahkan menyokong pemanduan empat roda serta menyasarkan akan dipasarkan menjelang 2026.


6. Kad Debit Dan Kad Kredit Boleh Untuk Pembayaran Tol Di 11 Lebuhraya

Kita dijanjikan sokongan pembayaran menggunakan kad kredit, debit dan dompet digital di tol PLUS sejak 2019 lagi. 2019 berakhir dan janji hanya tinggal janji seperti Yusry Abdul Halim. Penantian hanya. berakhir pada September tahun ini dengan sistem pembayaran terbuka disokong di 11 lebuhraya. Dengan langkah ini, orang ramai boleh membuat bayaran tol bukan sahaja dengan kad Touch n Go, tetapi turut menggunakan kad debit, kad kredit, dan juga kad prabayar yang mempunyai logo MyDebit, Visa atau Mastercard.

Lebuhraya yang telah diumumkan akan menyokong sistem pembayaran terbuka ini adalah.

  • Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)
  • Skim Penyuaraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  • Lebuhraya Shah Alam (Kesas)
  • Terowong SMART
  • Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX)
  • Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
  • Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH)
  • Lebuhraya Koridor Guthrie
  • Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
  • Lebuhraya Duta Ulu Klang (DUKE)

7. Permohonan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik MARiiCas Dilancarkan

Permohonan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) kini dibuka secara rasmi. Di bawah skim ini rebat sebanyak RM2,400 layak diterima rakyat Malaysia untuk pembelian motosikal elektrik sekiranya pendapatan mereka adalah di bawah RM120,000 setahun. Permohonan boleh dilalukan menerusi laman rasmi MARiiCAS sekarang.

Pengguna yang telah melakukan pendaftaran untuk pembelian motosikal elektrik akan menerima kod QR sekiranya permohonan mereka diluluskan. Jenama motosikal elektrik terlibat dengan skim MARiiCas ialah Superlux, RydeEV, Legatus, Eclimo, Ebixon, Blueshark, Treeletrok dan Modenas. Dengan MARiiCas, kerajaan ingin memberikan insentif kepada pembeli motosikal elektrik kerana selama ini hanya pembeli kereta elektrik sahaja diberikan pelepasan walaupun kenderaan mereka boleh dikategorikan sebagai mewah.


8. Proton Dan Perodua Dijangka Hadir Dengan Kereta EV Menjelang 2025

Tesla, Kia, BYD, Smart, Ora dan Mercedes adalah antara syarikat yang telah menawarkan kereta elektrik mereka di Malaysia. Persoalan di kalangan orang ramai ialah bila syarikat automotif tempatan akan menawarkan EV mereka pada harga yang lebih marhaen?

Timbalan Menteri MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) melalui jawapan di Parlimen berkongsi, menyatakan kerajaan telah berbincang dengan dua pengeluar kenderaan nasional untuk mengeluarkan kereta elektrik masing-masing menjelang 2025.

Perkongsian terbaru ini adalah selari dengan apa yang pernah dikongsi Proton – mengatakan mereka ingin hadir dengan kereta elektrik seawal 2025. Sementara itu, Proton melalui PRO-NET telah menjual kereta elektrik di Malaysia, bermula dengan Smart #1. Sementara itu Proton tekad menawarkan satu moden kereta NEV setahun bermula dengan Proton X90 tahun ini.

Sementara untuk Perodua pula, sebelum ini mereka telah memperlihatkan kereta konsep elektrik. Dengan sasaran ia akan dipasarkan dua tahun lagi.


9. BMW Melancarkan Kereta Elektrik Kalis Peluru Dan Letupan Pertama

Kereta-kereta yang digunakan oleh golongan VIP mempunyai ciri tambahan bagi memastikan penumpang terlindung daripada sebarang serangan yang mengancam nyawa. Pada Ogos lau BMW i7 Protection telah dilancarkan dengan ia merupakan kereta elektrik pertama mempunyai kemampuan kalis peluru dan letupan. Ia adalah BMW i7 biasa yang melepasi piawaian VR9 yang dikeluarkan oleh Vereinigung der Prüfstellen für angriffshemmende Materialien und Konstruktionen (VPAM).

Kenderaan elektrik ini boleh menahan peluru anti perisai 7.62×54 mmR yang ditembak menggunakan raifal M14 dan FAL-FN. Dari segi ketahanan bom pula, ia boleh beroperasi walaupun selepas diserang menggunakan bom tangan. Lapisan perisai khas diletakkan pada bahagian bumbung, pintu dan lapik lantai. Kaca cermin yang digunakan juga boleh menahan serangan yang dilakukan.

Tayar 20″ yang digunakan pula adalah dari jenis Michelin PAX yang masih boleh digunakan walaupun pancit sepenuhnya pada kelajuan 80 km/j. Kereta dilengkapi motor elektrik 544 kuasa kuda yang membolehkan ia bergerak pada kelajuan 160 km/j. Harga jualan belum diumumkan setakat ini.


10. TomTom – Penduduk Kuala Lumpur Membazirkan 159 Jam Setahun Dalam Kesesakan Jalan Raya

Trafik

Adakah anda mahu meyakinkan majikan untuk memberikan kelonggaran untuk kerja dari rumah (WFH) dengan lebih kerap? Kongsi sahaja data TomTom mengenai masa yang dibazirkan pengguna jalan raya di KL dalam tempoh setahun. Menurut data yang dikumpul oleh TomTom, Kuala Lumpur ialah bandaraya di tangga 143 paling sesak sepanjang 2022.

Secara purata masa diambil untuk bergerak 10km di Kuala Lumpur ialah 16 minit 10 saat. Ini adalah peningkatan sebanyak 1 minit 40 saat berbanding tahun 2021 mengesahkan keadaan trafik di ibu negara menjadi semakin teruk seperti yang dikhabarkan. Secara purata pengguna jalan raya KL menghabiskan 159 jam setahun dalam kesesakan ini.

Bandar dengan kesesakan paling teruk ialah London dengan pemandu menghabiskan hampir 37 minit untuk bergerak 10km diikuti oleh Bengaluru, Dublin, Sapporo, dan Milan. Di rantau Asia Tenggara, Manila ialah kota dengan kesesakan paling teruk dengan ia berada di tangga ke-9 dengan 27 minit diperlukan untuk bergerak 10km.

-amanz.my

Share:

No comments:

Post a Comment

Posting Popular

Carian Blog

Powered by Blogger.

Labels

1 Syawal 1MDB 3R 7E A & W Abdullah Hj Jaafar Abu Ubaida Adun Gurun Aeronautik AES Agama Islam Agamawan Agenda Politik Agihan Keuntungan Ahli Akademik Ahli Parlimen Ahli Perniagaan Ahli Politik Ahli Sukan Ahmad Terrirudin Salleh AHTV AI AI Generatif Aidil Adha Aidilfitri AIM AISHM Ajaran Sesat AJL Akad Nikah Akaun Fleksibel Akaun Ke-3 Akta Hasutan Akta Lompat Parti Aktivis Aktivis Politik Al Fatihah Al Imam Al Quran Al-Aqsa Alam Haiwan Alam Laut Alhamdulillah Allhuakbar Alternatif Aman Palestin Amanah Amanat Tersirat Amaran Amazon Ambalat Amerika syarikat Amirudin Shari AMLA Anak Bulan Anak Derhaka Anak Istimewa Anak Perempuan Anak Syurga Anak Yatim Analisis Ancaman Bom Android Angeline Tan Angkat Sumpah Antarabangsa Antonio Guterres Anugerah Anugerah Oscar Anugerah Sukan APDP APK Aplikasi APM APMM Apple Applikasi Apungan Harga Arab Saudi Arafah Artis Antarabangsa Artis Cerai Artis Duda Artis Janda Artis Kahwin Artis Nasyid Artis Tempatan Artis Veteran ASB Aset ASN Astro Awani Asyairah ATM Audit Audit Negara Aurat Wanita Awas Axia Ayahanda Azmin Ali B40 Baby Shima Baddrol Bakhtiar Badminton Bahan Larangan Bahan Sejarah Bahanapi Bahasa Melayu Bajet 2023 Bajet 2024 Baling Banduan Banglo Bangunan Runtuh Banjir Bank Bantahan Bantuan Bantuan Banjir Bantuan Kemanusiaan Bantuan Khas Barangan Impot Barisan Kabinet Barjoyai Bardai Basikal Bateri Bayaran Insentif Bayaran Pencen Bayi Bazar Ramadhan BDB Bebas Pertuduhan BEC Bekalan Elektrik Beku Akaun Belanjawan Belanjawan 2024 Belasungkawa Bencana Alam Benjamin Netanyahu Beras Beras Impot Beras Madani Beras Seludup Beras Tempatan Berita Palsu Berlian BERNAS Berpantang Maut Sebelum Ajal Berpencen Bersatu BERSIH Beta Bil elektrik Bilal Bilionaire Billionaire Binaan Haram Bintang Bolasepak Bisnes Bisnes Online BJAK Blackpink Blackwing Blog Bloggging BN BNM Boeing Boikot Bolasepak Bom Bomba Bonus Boss James BossKu Box Office Brazil Briged Al Qassam Buahan Tempatan Bubur Lambuk Buka Minda Bukan Islam Buku Bulan Islam Bulan Rejab Bumiputera Bundle Bung Moktar Bunuh Diri Bursa Malaysia C4 Center CAAM Cabul Cabutan Bertuah Calon Calon Bebas Caprice Casio Cauvinis Cegah Maksiat CelcomDigi Ceramah Agama Cerita Rakyat Ceritera Cermin Mata Pintar Chatbox ChatGPT CheGuBard China Cina Muslim Claim Codi Cafe Coldplay Content Covid19 Cristiano Ronaldo Critiano Ronaldo CUEPACS Cukai Jalan Cukai Jualan Cukai Perkhidmatan Curang Cuti Sekolah Cuti Tambahan Cybercab Daftar Pemilih Dajal Dakwah Dalam Negara DanaBantu DAP Dapat Anak Dari Seberang Darjah Kebesaran Dasar Ekonomi Baru Dato Onn Jaafar Datuk Dr Adnan Mat Datuk Jamal Abdillah Datuk K Datuk Mahfuz Omar Datuk Mohd Nassuruddin Daud Datuk Rosyam Nor Datuk Seri Ayob Khan Datuk Seri Suhaily Mohd Zain Datuk Yusry Abd Halim Daulat Tuanku DBKL DCT DEB Deepavali Demokrasi Berparlimen Demonstrasi Denda Desas-Desus Dewan Negara Dewan Rakyat Diabetes Dialisis Diana Danielle Didie Alias Diesel Dilema Wanita Dilepas Tanpa Dibebaskan Diskriminasi Dividen DJ Radio DNAA Doa Dokumen Palsu Dominic Lau Donald Trump Dos Penggalak Dr Akamal Saleh DR Zaliha Mustafa Dr.MAZA Drama DRB-HICOM DS Ahmad Maslan DS Ahmad Samsuri DS Azlan Man DS Dr Ahmad Samsuri DS Dr Dzulkefly Ahmad DS Hamzah Zainudin DS Ismail Sabri DS Mohamad Sabu DS Najib DS Sanusi DS Siti Nurhaliza DS Takiyuddin Hassan DS Wan Azizah DSAI DSNR DSSK DSZH DUN Jitra DUN Kelantan DUN Perlis DUN Sabah DUN Selangor DUN Terengganu Durian Duta Bertaraf Menteri e_Farmasi E-Motor Ebit Lew Ego EIA Ekonomi Ekonomi Digital Ekopelancongan El Nino Elon Musk eMADANI Emel Enot EPL Era IT Erling Haaland Etherscan EV eWallet Exco Perak Exco Perlis Facebook Faekah Husi Fahmi Fadzil Faisal Halim FAM FAQ Faraq Nikah Farid Kamil Femomena Alam Fenomena Alam FIFA Filem Animasi Filem Baru Final Fiqh Fitnah FOMCA Food Delivery Foodpanda Forbes Forest City Forum Perdana Francais Free Palestine G-Shock Gabenor BNM Gadjet Gaji Game Online Gamuda Land Garmin GASIS Gaza Geely Gempa Bumi Gen Z Gencatan Senjata GERAKAN GIATMARA GLC GLIC Gmail Google Google Adsense Google Pay Gosip Artis Grab GRO GRS Gula Gunung Marapi Hadis Haiwan Liar Hajarul Aswad Hak Asasi HAKAM Halalan Tayyiba Hamas Hamba Allah Hani Fadzil Hannah Yeoh Harga Ayam Harga Emas Harga Kayangan Harga Kereta Harga Makanan Harga Rumah Harga Syiling Hari Guru Hari Kebangsaan Hari Kekasih Hari Pahlawan Hari Raya Hari Wilayah Harimau Belang Harimau Malaya Haruan Makan Anak Harumamis Hattan Hawa Rizwana Redzuan Hiburan Hidupan Liar Himpunan Aman Himpunan RXZ Hina Agama Hina Allah Hina Islam Hina Melayu Hina Negara Permohonan Maaf Hishamuddin Rais Hotel Hotel St Regis HotFM Houthi Yaman Huawei Hubungan Songsang Hubungan Sulit Hukum Hakam Hukum Islam Hukuman Husnul Khotimah Ibadah Ibadah Haji Ibu Bapa ICJ Icon ICU ID Digital ID Khas Identiti Idola Ifa Kazar IJN Ikan Buntal IKUT Imam Imbuhan Ina Naim Indeks PMI Indonesia Inflasi Influencer Info Auto Info Herba Info IT Info Kesihatan Info Rumahtangga Info Sihat INSAN Insentif Insp Sheila Inspirasi Instagram Institusi Kehakiman Insuran Integriti Internet iOS iPhone IPTS IPU Ira Kazar Irfan Khairi IS Isham Jalil Islam Liberal Islamophobia Ismail Haniyeh ispace Israel Istana Negara Istilah Isu Agama Isu Akidah Isu Beras Isu Gaji Isu Judi Isu Kerakyatan Isu Minyak Isu Panas Isu Pencen Isu Rasuah Isu REE Isu Sekolah Cina Isu Semasa Isu SMG Isu Telur Isytihar Harta J-Kom Jabatan Alam Sekitar Jackpot JAIPk JAIPs JAIS Jakel JAKIM Jalur Gemilang Jalur Lebar Jam Mewah Jana Wibawa Janji Politik Janna Nick Jawatan Kosong JDT Jemaah Haji Jemaah Menteri Jenama Makanan Jenayah Jepun Jerebu JHEAIPP Jho Low JIM Jimat Belanja JIPS JKDM JobStreet Jocelyn Chia Joe Biden Johan As'ari Johor Jordan JPJ JPN JSJK JSPT Juadah Berbuka Jual Beli Jualan Murah Jualan Terbuka Jualan Tiket JUPEM Jurgen Klinsmann Jurucakap Juruhebah Jurulatih Jutawan Segera K-Pop Kad Debit Kad Kahwin Digital Kad Kredit Kafir Kajian Kajiselidik Kak KM Kakitangan Awam Kalimah Allah Kamal Adli Kanak-Kanak Kanun Keseksaan Kapal Selam KASA Kawalan Harga Kazar KDA FC KDN KDNK Keajaiban Kebakaran Kebebasan Bersuara Kedah Kedaulatan Negara Kedutaan AS Kehakiman Kejar Rating Kejujuran Kekayaan Kekejaman Kekeluargaan Kekuasaan Allah Kelantan Kelantan FC Kelayakan Piala Asia Kelayakan Piala Dunia Keldai Akaun Kelebihan Bulan Islam Keluar Parti Keluar Pati Keluar Sekejap Keluarga Keluarga Besar Kemalangan Kemalangan Maut Kemalangan Udara Kemasyarakatan Kematian Kembara Kenali Borneo Kemelut Politik Kementerian Digital Kementerian Kewangan Kementerian Komunikasi Kementerian Pengangkutan Kemerdekaan Kemewahan Kemiskinan Kempen Pilihanraya Kempen Politik Kemudahan Rakyat Kenaikan Cukai Kenaikan Harga Kenali Rasul Kenali Tokoh Kenangan Kenderaan Bermotor Kenduri Kenyataan Palsu Keperluan Asas Keputusan Keracunan Makanan Kerajaan Kerajaan Kedah Kerajaan Kelantan Kerajaan Madani Kerajaan Malaysia Kerajaan Melaka Kerajaan Perlis Kerajaan Perpaduan Kerajaan PN Kerajaan Pulau Pinang Kerajaan Sabah Kerajaan Selangor Kerajaan Terengganu Kereta Baharu Kereta Elektrik Kereta Mewah Kereta Terbang Kerja Luar Negara Kes Buli Kes Bunuh Kes Nik Elin Kesehatan & Perubatan Keselamatan Kesihatan & Perubatan Ketagihan Ketam Keterangan Saksi Ketua Hakim Negara Ketua Pembangkang Ketua Polis Negara Kewartawanan Khairul Aming Khalwat KHTP Kim Pan-gon Kim Pang Gon Kisah Benar Kisah Cinta Kisah Dan Teladan Kisah Rumahtangga KJ KK Mart KKD KKDW KKM KKR KLCC KM Melaka KM Pulau Pinang KM Sabah Koleksi Doa Koleksi Resepi Kolumnis Komentar Komputer Komputer Riba Konflik Hamas Zionis Konflik Israel Palestin Kongsi Gelap Konsert Kontinjen Malaysia Kontrak Kontroversi Korea Selatan Korum Kos Haji Kos Sara Hidup Kosmetik Koyak KP Kesihatan KP Perak KP Selangor KP SPRM KP UMNO KPDN KPM KPN KPT KRC Kreatif Krisis Beras Krisis Makanan Krismas Kristian Kritik Kritikan Kronisme Kronologi Ku Li Kuasa Allah Kufur Kulim Hi Tech Kupasan KWSP KXP Lagenda Lagenda Bolasepak LailatulQadar Langgar Syarat Langkah Dubai Langkawi Lantikan Baru Lantikan Politik Lantikan Secara kontrak Laporan Laporan Polis Laqporan Lato-Lato Laut Lawatan Rasmi LCS Lebuhraya Lelongan Lembaga Pengampunan Lenovo Letak Jawatan Levi's LGBTQ LGE LHDN Liga Europa Liga Juara-Juara Liga M Liga Malaysia Liga Perdana Inggeris Liga Super Liku-Liku Kehidupan LIMA LIMA'23 LKAN Loghat Logo Lokman Noor Adam Lompat Parti LPF LPT Luar Negara M40 MA63 Macam-Macam Madad Madanifobia Madinah MAE Maghribi Mahkamah Mahkamah Majistret Mahkamah Persekutuan Mahkamah Pilihan Raya Mahkamah Rayuan Mahkamah Rendah Syariah Mahkamah Sesyen Mahkamah Sivil Mahkamah Syariah Mahkamah Tinggi Mahkamaha Majistret MAIS Majikan Mak Cik Kemboja Mak Nyah Makanan Laut Makkah Maksiat Malaysia Malaysia Madani Malaysian Malaysia MalaysiaNow Manchester City Manchester United Mangsa Mangsa Banjir Mangsa Nahas Manifesto Mantan KPN Mantan Pengarah Kesihatan Mantan Perdana Menteri Maraton Mas Idayu Masa Dan Waktu Masalah Air Masalah Air Masalah Kesihatan Masalah Sosial Masjid Mat Rempit Matawang Mawi Maybank MB Kedah MB Kelantan MB N.Sembilan MB Perlis MB Selangor MB Terengganu MBI Selangor MCA Media Media Online Media Sosial Mee Segera Mekah Melaka Melayu Memeluk Islam Menara Ilham Meninggal Dunia Menteri Menteri Agama Menteri Ekonomi Menteri JPM Menteri KBS Menteri KDN Menteri Kesihatan Menteri Kewangan Menteri KKD Menteri KPDN Menteri KPKT Menteri MITI Menteri Pendidikan Menteri PKM Menu Rahmah Mercu Tanda Mesir Messenger Meta AI MetMalaysia MFL Mi Segera MIC Michelle Yeoh Microsoft Mikrocip Minda Presiden PAS Mindef Mini Dhaka Minyak Diesel Minyak Masak Misi Angkasa Misi Rakyat Misteri MK K-Clique MKT UMNO MN MOF Mohamad Sabu Mohamed Salah Mohd Shukri Ramli Mohd Zaman Goh Mohon Maaf MoT Motivasi Motosikal MoU MPC MPM Mr H MTUC Muafakat Nasional Muallaf MUDA Mufti Kedah Mufti P.Pinang Mufti Perlis Mufti Pulau Pinang MUI Munafik Murid Sekolah Murtadha Dakwah Centre Musim Perayaan MyHSR MyKad MySejahtera MySJ Nabi Adam AS Nabi Ayub AS Nabi Daud AS Nabi Harun AS Nabi Hud AS Nabi Ibrahim AS Nabi Idris AS Nabi Ilyas AS Nabi Ilyasa' Nabi Isa Al Masih Nabi Ishaq AS Nabi Ismail AS Nabi Lut AS Nabi Muhammad SAW Nabi Musa AS Nabi Nuh AS Nabi Saleh AS Nabi Sulaiman AS Nabi Syu'aib AS Nabi Ya'akub AS Nabi Yahya AS Nabi Yunus AS Nabi Yusuf AS Nabi Zakaria AS Nabi Zulkifli AS Nabil Ahmad Nadhir Nasa Nadia Brian Nadir Al Nuri Nafsu Serakah Nahas Elmina Nahas Helikopter Nahas Udara Naimi Daini Narkotik NASA Nasihat Doktor Neelofa Negara Arab Negara Islam Negara Sekular Negarawan Nepotisme Netflix Netizen NGO Nilai Matawang Niqab Nisa Ai Non Muslim Norman Hakim Nostalgia NPRA Nurul Izzah NVIDIA OIC Omicron XBB On Negaraku Online Oppo OPR Orang Awam Orang Hilang Orang Islam Orang Kafir Orang Kaya P.Ramasamy PAC PADU Pajakan P.Pinang Pakaian Isteri Rasulullah Pakar Ekonomi Pakar Perubatan Pakatan Harapan Pakej Umrah Paku Dulang Paku Serpih Palestin Pamalsuan Dokumen Pameran Pertahanan Pandora Papers Panduan Panglima Perang Parlimen Marang Parti Melayu Parti Politik PAS Pasaraya Pasca PRN Pasukan Perubatan PATI Patriotik PAU Pawagam PBB PBT PDRM Pecah Amanah Pecah Panggung Pegawai Masjid Pegawai Polis Peguam Peguam Negara Pejuang Melayu Pekerja Asing Pekerja IT Pelabur Asing Pelaburan Pelaburan Palsu Pelajar Pelajar Sekolah Pelajar Tahfiz Pelancongan Pelanduk Dua Serupa Pelantikan Pelik Tapi Benar Pelupusan Sampah Pemakaian Muslimah Pemandu Bas Pemansuhan Pembaca Berita Pembangkang Pembangunan Pembekuan Akaun Pembela Tanah Air Pemborong Pembubaran Pembunuhan Pemecatan Pempengaruh Penafian Penagih Dadah Penahanan Penang FC Pencarum Penceramah Bebas Pencerobohan Pendaftaran Pendakwa Raya Pendakwah Pendakwah Selebriti Pendapat Pendedahan Penderaan Pendidikan Pendidikan Agama Pengacara Pengadil Pengalaman Pengamal Media Pengamal Undang-Undang Pengampunan Penganalisis Penganalisis Ekonomi Penganalisis Politik Pengaruh Pengasas Pengebumian Pengeluaran Pengganas Penghantar Makanan Penghormatan Terakhir Pengisytiharan Pengkid Penguatkuasa Pengumuman Pengundi Pengundi Hantu Pengusaha Makanan Penilaian Penipuan Penjawat Awam Penjelasan Penjenamaan Penutupan Penyakit Berjangkit Penyakit Buah Pinggang Penyakit Kronik Penyata Akaun Penyatuan Ummah Penyelewengan Penyelidik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Peperangan Perancis Peratusan Perbankan Online Perbicaraan Percuma Perdana Menteri Pergaduhan PERHILITAN Perhimpunan Aman Perikaian Perikatan Nasional Perisian Perkahwinan Perkara 153 Perkataan Perkataan Kafir Perkauman Perkhidmatan Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlis Perlis Baharu Perlu Bantuan Permainan Permohonan Maaf Permotoran Perniagaan Perodua Persempadanan Kawasan Pilihanraya Persidangan Pertandingan Pertuduhan Perubatan Perubatan Tradisional Perumahan Peruntukan Kewangan Pesawat Pesawat MAS Pesawat Ringan Pesta Seks PETA Petisyen Pilihanraya Petrol Petronas Petua PGA PH PH-BN Phone Scam Piala AFF Piala Asia Piala Malaysia Pilih Bulu Pilihanraya PBT Pinjaman Pinjaman Bank Pink WhatsApp PJSJ PKIBM PKR Plat Fancy PLUS PM PM Israel PMX PN PNB Podcast Poligami Polis Politik Politik Wang Popular Portal Poster Boy PPM PPS Prakazel "Pras" Michel PrayForGaza Premis Judi Presiden AS Presiden Cuepacs Presiden MUDA Presiden UMNO Prestasi Prihatin PRK Jepak PRK Kemaman PRK Pelangai PRK Pulai PRK Simpang Jeram PRN Kedah PRN Kelantan PRN N.Sembilan PRN Pulau Pinang PRN Selangor PRN Terengganu PRN15 Pro-Bono Program Reliti Project Kuiper Projek PSI Proklamasi Promediatajdid Promosi Propaganda Protes Proton PRU 15 PSAP PTI PTPTN PU Syed Puasa Pulau Batu Putih Pulau Perhentian Pulau Pinang Pusat Servis PUSPAKOM Putera Mhakota Saudi Puteri Sarah PUTRA PUTRI Qatar Qiddiya Rafah Rafizi Ramli Raja Berperlembagaan Raja Pop Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia Ramadan Ramadhan Ramalan Ramalan Cuaca Ranking FIFA Rantau Panjang Rare Rasis Rasuah Raya RCI Realiti Kehidupan Realme REE Reformasi Rejim Zionis Rekod Rekod Dunia Guinness Remaja Remy Ishak Rencana Repot Polis Restoran Restoran Mamak Restoran Nasi Kandar Pelita RETVec Rezeki RFID Riba Ribut Rider Rider Delivery Ringgit RM To USD RMK-12 Roda Kehidupan Rokok Seludup Rombakan Kabinet Rona Kehidupan Ronaldinho Ronnie Liu RoS Rosyam Nor RPK RSAF RTB Rumah Mewah Rumah Terapung Rumah Terbuka Rumahtangga RUU Kawalan Merokok Sabah Sabah FC sabri Yunus SADA Saham Saifuddin Nasution Sains Saintis Salah Faham Salah Laku Salahguna Saman Saman Fitnah Samsung Sarawak Sarimah Ibrahim Saudara Baru SaveGaza SavePalestine Scammer Seafood Search Sejarah Sekatan Sekolah Agama Sekolah Rendah Sekolah Vernakular Seksual Seksyen 498 Sektor Pekerjaan Selangor Selebriti Semakan Pemilih Semangat Kemerdekaan Sembang Politik Semikonduktor Senario SEO Sepak Takraw Separuh Akhir Serah Terima Tugas Serangan Masjid Serangga Serbuan Setel Shah Radhi Sheila Rusly Shila Amzah Shopee ShopeePay Shuib Sepahtu Siak Siasatan Sidang Parlimen Side Hustle Silaturahim Simbolik Sindiket Sindiran Singapura Sirah Islam Sissy Imann Sita Siwak SJKC SJKT Skandal LCS Skandal Rasuah Skandal Seks Skim Berpencen Skim Harga Maksimum SKMM Skuter Sokong Israel Sokongan Sokongan Kepada PM Solana Solat Jamaah Solidariti Solidariti Palestin Solscan Sombong SOSMA SpaceX Speaker Dewan Rakyat Spekulasi SPM SPR SPRM Sputnik SRC SRC International SSPN SST Starlink Statistik Storan STR SU Agong PBB Suami isteri SuamiIsteri SUARAM Subhanallah Subsidi Suhaimi Saad SUHAKAM Suhu SUK Terengganu Sukan Sukan Bolasepak Sukan SEA Sultan Johor Sultan Kedah Sultan Selangor Sunnah Support Palestine Boycott Israel. Survey SUV Syamsul Yusof Syed Saddiq Syria T/KPN T20 Tabung Haji Tafsir Al-Quran Tahniah Tahun Baru 2024 Tamat Tempoh Tan Sri Acryl Sani Tan Sri Azam Baki Tan Sri Johari Abdul Tan Sri Razarudin Husain Tan Sri Robert Kuok Tanah Rizab Melayu Tanah Runtuh Tanah Suci Tanda Kiamat Tarawih Taska Tauliah Tawaran Tayar Tazkirah Tebusan Teknologi Teknologi Automotif Teknologi Maklumat Telco Telefon Pintar Telekomunikasi Tema Tempatan Temuramah Tentera Amerika Tentera Zionis Terengganu Terenggganu FC Terkini TESLA TFC TGHH TH Thailand The Hague Tik Tok Tikel Kapal Terbang Tiket Tilawah Al Quran TIME Tip Dan Trik Tips N Triks Titah Diraja Titan Titanic TITM TKPN TLDM TM TMJ TNB Tok Duku Tok Mat Tokoh Tokoh Korporat Tokoh Ulama' Tokoh Wartawan Tol Percuma Top Ten Tottenham Hotspur Touch N Go TPM Tragedi Trending TS Annuar Musa TS Dr Noor Hisham TS Musa Hassan TS Rafidah Aziz TS Zeti Akhtar Aziz TSAM TSLKS TSMY Tsunami Tuah Tuduhan Tular Tun M Tunjuk Perasaan Tuntutan Tuntutan Sulu Turkiye Turliye Tutorial Tutup Kedai TV Pertiwi TV3 TV9 Twitter U Mobile UAI Ugutan Jenayah UiTM Ulama Ulangtahun Ulasan Ultra Kiasu UMMAH UMNO Umrah Undang-Undang Undang-Undang Tubuh Negeri Undang-Undang Syariah Undi Awal Undi Percaya Undi Tak Percaya UNGA Unik Universal Music UPM Urus Niaga Usahawan USD Ustaz Abdullah Khairi Ustaz Azhar Idrus Ustaz Don Daniyal Ustaz Wadi Annuar Ustaz Yaakob Yusra UWA Vaksin Velentine Day Vendor Veteran Politik VGK Video Video Call Video Lucah Viral Wacana SH Wahab Wakil Rakyat Wan Ahmad Fayshal Wanita Wany Hasrita Waranti Warga Asing Warga Asing Wanita Warga Emas Wawancara WhatsApp WHO Wikipedia Windows Wisk Aero Wisma Putra Wukuf X X Corp X90 Xiaomi Yahudi Yaqazah Yasin Sulaiman Yayasan Akalbudi Yayasan Al-Bukhary Yayasan AlBukhary YB Baddrul Bakhtiar YDP Agong Youtuber Yusof Haslam Zarina Anjoulie Zarina Zainuddin Zayn Zayyan Zizie Izette Zuraida Kamaruddin

Arkib Blog

Recent Posts

Copyright © BETUL BRO | Powered by Blogger