Kota Bharu: Sebanyak 47 lokasi di tujuh daerah berdepan gangguan bekalan elektrik susulan hujan lebat dan ribut, hari ini.
Tujuh daerah itu adalah Bachok, Tumpat, Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Facebook memaklumkan gangguan bekalan elektrik itu berlaku susulan kejadian ribut dan hujan berterusan.
"Kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik dijangka mengambil masa yang panjang kerana banyak pokok tumbang yang menghempap tiang serta talian TNB.
"Kawasan yang terbabit adalah tujuh daerah iaitu Kota Bharu (14 kampung), Bachok dan Pasir Mas masing-masing lapan kampung.
"Selain itu, Kuala Krai dan Gua Musang masing-masing membabitkan lima kampung, Tumpat pula empat kampung dan Pasir Puteh di tiga kampung," katanya.
Katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak menghampiri talian TNB yang jatuh atau mana-mana pepasangan elektrik yang rosak.
"Pasukan teknikal sedang berusaha untuk memulihkan bekalan termasuk mengutamakan keselamatan semua pihak semasa kerja-kerja pemulihan bekalan.
"Sebarang aduan kerosakan boleh hubungi talian 15454 atau PM di Facebook TNB Careline," katanya.
-myMetro
No comments:
Post a Comment