Pengecualian tol sempena Krismas untuk mengelakkan penumpuan trafik dan mengoptimumkan logistik.
PETALING JAYA: Kementerian Kerja Raya (KKR) mengumumkan pengecualian tol selama dua hari bagi pengguna lebuh raya bersempena sambutan Krismas.
Pengecualian khas itu akan diberikan kepada semua jenis kenderaan pada 23 Dis (Sabtu) dan 26 Dis (Selasa), di semua tol plaza kecuali di sempadan negara di Johor iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang.
KKR dalam kenyataan menjelaskan dua tarikh tersebut dipilih bagi mengelakkan penumpuan trafik pada hari perjalanan pulang ke destinasi masing-masing.
Ia juga bagi mengoptimumkan logistik yang melibatkan pihak ketiga di sepanjang hentian sebelah dan rehat dan rawat di lebuh raya.
Pengecualian itu dipersetujui melalui mesyuarat bersama syarikat konsesi.
Kerajaan dilaporkan menanggung kos sebanyak RM30 juta untuk memberikan pengecualian tol selama dua hari sempena Deepavali, pada November lalu.-FMT
No comments:
Post a Comment