1. Saya terpanggil untuk bersuara lagi kerana banyak penyokong PH yang koyak berikutan gesaan saya berkaitan isu Perdana Menteri bukan Melayu. Namun nampaknya mereka komen mengikut nafsu dan fobia. Para penyokong PH mesti memahami gesaan saya secara logik. Legenda DAP Tan Sri Lim Kit Siang yang pertama sekali membuka mulut pasal kemungkinan Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu. Selepas disiasat polis, Kit Siang secara terang dan jelas mengumumkan perlembagaan persekutuan tidak menghalang orang bukan Melayu daripada menjadi Perdana Menteri. 2. Kenyataan kenyataan Kit Siang secara sengaja dilontarkan kepada umum dan bahkan terdapat NGO yang mengaitkan negara dengan apartheid kerana tentangan terhadap idea Perdana Menteri bukan Melayu. Ini menimbulkan kegelisahan kepada Melayu dan bukan Melayu. 3. Jawatan Perdana Menteri Malaysia bukan seperti jawatan Presiden Indonesia yang dipilih secara terus oleh pengundi. Oleh itu, ia terdedah kepada manipulasi bilangan wakil rakyat di parlimen. Rakyat di bawah risau bilangan kawasan Melayu berkurang akibat siri Persempadanan Semula kawasan pilihanraya di Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu dalam penggal ini. 4. Pada zaman pasca moden dan pasca UMNO sekarang, kita dah tak boleh lagi sorokkan semua isu sensitif di bawah karpet. Ini terbukti dengan isu isu sensitif mula dilontarkan secara terbuka seperti pendapat DAP pasal kemungkinan Perdana Menteri bukan Melayu pada masa depan. Kita boleh buat-buat faham jika pihak di "sebelah sana" pun faham. Akan tetapi jika pihak di "sebelah sana" acah-acah tak nak faham, adalah lebih baik PMX tetapkan isu ini dalam hitam putih, yakni Perlembagaan Persekutuan! 𝐘𝐁 𝐖𝐀𝐍 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃 𝐅𝐀𝐘𝐇𝐒𝐀𝐋 𝐁𝐈𝐍 𝐖𝐀𝐍 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃 𝐊𝐀𝐌𝐀𝐋 Ketua ARMADA BERSATU Malaysia Ahli Parlimen Machang 15 Disember 2023
Sumber:X Wan Ahmad Fayshal
No comments:
Post a Comment