TERKINI
UCAPAN PENUH JURUCAKAP BRIGED AL QASSAM, ABU UBAIDA 11 DISEMBER 2023 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG Penjajah terus membalas dendam buta mereka ke atas orang awam dan memusnahkan infrastruktur dalam perang yang buruk dan ganas ini. Di mana itu sahaja pencapaian yang pemimpin penjajah banggakan Dalam masa 10 hari sejak permulaan semula perang. Para pejuang berjaya menyerang musuh di kawasan pencerobohan lama dan baru mereka Selepas pejuang kami menghampiri pasukan musuh. Pejuang kami memusnahkan atau merosakkan sepenuhnya 180 buah kenderaan IDF di Shujaiya, Al Zaytoun, Sheikh Radwan, Kem Jabalia, Beit Lahia, Timur Deir Al Balah dan Timur dan Utara Khan Younis di Selatan Gaza Musuh Kami memusnahkan pasukan musuh dengan Artileri Al Yassin, Bahan Letupan SHUATH dan letupan aksi gerila Kami menjalankan beberapa operasi berkualiti ke atas pasukan mereka dan menetapkan beberapa serang hendap, menentang mereka dengan mesingan, bahan letupan dan jerangkap samar di pintu terowong, memerangkap mereka dalam perangkap yg sudah dipasang awal dibantu dengan operasi penembak hendap(Sniper) Operasi kami menyebabkan kemalangan jiwa yang disahkan dalam kalangan pasukan penjajah dan kebanyakan anggota kami pulang ke unit mereka dengan selamat Kami berjaya menyerang musuh dengan mortar dan sistem roket Rajoom dan mengebom bandar yang dijajah dengan roket Kami mengulangi apa yang musuh capai hanya pembunuhan tanpa belas kasihan dan kemusnahan. Musuh telah gagal di Utara dan Selatan Gaza dan akan terus gagal walau di mana pencerobohan mereka lakukan Keteguhan pejuang kami di medan perang dan kehilangan besar dalam kalangan musuh akan berterusan. InsyaAllah Gencatan senjata sementara telah membuktikan kami memenuhi janji dan musuh menipu. Dan ia membuktikan kata kata kami bahawa tiada tawanan akan dibebaskan kecuali melalui rundingan pertukaran tebusan Kami telah membuktikan kepada musuh dan kawan bahawa tawanan mendapat layanan baik dari kami berbanding layanan sadis oleh musuh terhadap banduan kami di penjara mereka Tiada siapa akan dapat membebaskan anggota tentera mereka yang ditawan Kami Briged Al Qassam baik Netanyahu, Zionis, Kerajaannya hatta US sekalipun sekaligus membuktikan kegagalan operasi membebaskan tawanan mereka Musuh selalu mengulangi untuk memusnahkan pejuang kami sebagai penggunaan domestik untuk petunjukkan penyokong sayap kanan mereka. Jika musuh berkemampuan memusnahkan Hamas di Gaza. Adakah mereka telah berjaya melakukannya di Tebing Barat dan Baitul Maqdis? Musuh masih terkena serangan menyakitkan di Tebing Barat dan beberapa hari lepas di Baitul Maqdis dan apa yang akan datang untuk mereka adalah lebih menyakitkan Kami menyeru pejuang kami di semua tempat, Di Negara Arab dan Islam yang Merdeka dan sesiapa sahaja yang menolak musuh ini di seluruh dunia untuk digerakkan sebagai menentang musuh melalui perjuangan, demonstrasi dan mengganggu keamanan musuh. Tiada gunanya kepada mereka yang terus melihat jenayah penjajah ke atas rakyat kami dan cubaan untuk mengusir mereka Holocaust yang musuh jalankan bertujuan mematahkan tulang belakang kami para pejuang. Tetapi InsyaAllah kami sedang berjuang di tanah air kami dalam perjuangan suci untuk menghinakan muka penjajah yang ganas ini Kami tiada pilihan selain melawan penjajah ganas ini di setiap kejiranan, persimpangan atau jalanan Pejuang kami dalam keadaan baik. Mereka semakin kuat dan yakin dan ribuan lagi pejuang kami yang masih menunggu untuk turun berperang di medan perang Reaksi dari pejuang kami yang pulang dari medan perang membuktikan kekuatan moral dan keyakinan mereka dan membuktikan kemusnahan moral yang teruk ke atas musuh kami ABU UBAIDA 11 DISEMBER 2023
sumber: X
Semoga ALLAH berikan kemenangan buat PALESTINE
ReplyDelete