2 orang umno ini mengeluarkan kenyataan kalau MP umno sokong PN kena bayar denda RM100 juta dan kaitkan dengan akta lompat parti.
Ini kerana MP umno itu ada tandatangan perjanjian sebelum terima watikah menjadi calon PRU15 lalu. 1. Adakah perjanjian itu berkuatkuasa vis-a-vis akta lompat parti? Nombor Satu nya mana ada akta lompat parti? Tanya lah Government Printers ada tak akta itu. Tak pun cari lah di toko buku kalau akta itu ada dijual. Yang ada ialah Pindaan beberapa Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan MP kalau dia menukar partinya setelah menang kerusi itu atas tiket parti asalnya. Telah berlaku 5 orang MP bertukar sokongan mereka kepada ketua parti lain tetapi masih menegaskan mereka masih ahli parti yang sama semasa mereka jadi calon dan menang PRU yang lalu. Mereka sudah disahkan oleh Speaker sebagai tidak melakukan apa2 kesalahan. Kerusi mereka tidak dikosongkan, tiada denda dikenakan dan mereka juga boleh menukar tempat duduk kesebelah blok lain dan bukan lagi di blok asal mereka. 2. Adakah kuasa parti politik untuk mendenda ahli nya? Ada ! Tetapi mesti mengikut peruntukan Perlembagaan Parti itu terutamanya setelah menjalani proses Tindakan Disiplin yang juga mesti ikut peruntukan dalam Perlembagaan Parti, iaitu mereka telah didapati bersalah melanggar disiplin parti. Adakah menukar sokongan di Parlimen melanggar mana2 undang2 sehingga boleh didenda oleh parti? Jawapannya ikut precedent 5 MP yang menukar sokongan telah disahkan oleh Speaker sebagai tidak melakukan apa2 kesalahan, maka tiada lah kuasa parti untuk melanggar keputusan Speaker. Malah ada juga keputusan Speaker itu dicabar di mahkamah dan mahkamah putuskan keputusan Speaker adalah non-justiciable. Maknanya di mahkamah pun tidak boleh dicabar. 3. Tetapi MP umno itu ada tandatangan Perjanjian? Mereka sudah langgar perjanjian! Paling penting, Perjanjian tidak boleh ditandatangani secara sulit atau rahsia. Untuk sesuatu perjanjian berkuatkuasa atau binding, ianya mesti didedahkan dan undang2 negara juga menetapkan mesti dibayar stamp duty. Betul perjanjian secara lisan pun adalah perjanjian, tetapi kalau melibatkan RM100 juta, kedudukan dan jawatan sebagai ahli parti dan MP, takkan lah umno buat secara lisan sahaja. Oleh kerana umno adalah sebuah Parti Politik yang berdaftar dengan ROS, untuk memasuki sesuatu perjanjian, satu resolusi Jawatankuasa Pentadbiran (MKT) mesti lah ada. Keputusan President sahaja tidak boleh diambilkira atau pun itu kuasa Setiausaha sahaja. 4. Adakah Perjanjian itu sah? Perjanjian politik ini tidak banyak sampai ke Mahkamah. Mungkin sebabnya kalau bawa urusan parti ke mahkamah, secara otomatik keahlian akan gugur. Ada 2 kes mahkamah yang boleh dijadikan panduan. 1) Datuk Ong Kee Hui v. Sinyium Mutit (1982). Kes ini diputuskan oleh Federal Court mahkamah tertinggi. Keputusannya secara ringkas, perjanjian itu adalah illegal, unlawful dan tidak boleh kuatkuasakan. 2) Saifuddin Nasution Ismail v. Zuraida Kamaruddin (2023). Kes ini diputuskan di mahkamah tinggi dan sedang dalam rayuan ke mahkamah rayuan. Belum lah sama taraf nya dengan kes Ong Kee Hui diatas yang telah diputuskan oleh Federal Court. (Saya punyai pandangan sendiri tentang kes Zuraida ini tetapi tidak lah boleh dibincangkan secara umum takut nanti akan jadi subjudice kerana kes masih lagi pending di mahkamah Rayuan) Kesimpulan : Apa juga yang dikatakan oleh Asyraf atau Ahmad dalam laporan akhbar itu, pada saya adalah kenyataan yang bertujuan menakutkan MP Umno. Ada 26 orang MP umno itu. Yang ada jawatan menteri, timbalan menteri dll memanglah ketakutan. Takut hilang kedudukan dan jawatan. Yang tiada jawatan lagi atau yang sudah digantung keahlian, apa yang hendak ditakutkan pun tidak diketahui. Mungkin takut sebab kalau betul kena bayar RM100 juta, mana hendak dicari duit sebanyak itu. 1/2credit.Salim Iskandar
No comments:
Post a Comment