MERUJUK kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat pada 10 Ogos 2023 di Rusila, Terengganu, yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, YB. Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, maka PAS dengan ini mencadangkan tawaran kepimpinan kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS dan PERIKATAN NASIONAL bagi Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah seperti berikut:
a. Mengekalkan Menteri Besar bagi Negeri Terengganu dan Negeri Kedah, tertakluk kepada mandat rakyat dan ampuni perkenan KDYMM Tuanku Sultan kedua-dua Negeri; dan
b. Perubahan gabungan ‘Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar sekarang bagi Negeri Kelantan, dengan mengemukakan ‘gabungan’ kepimpinan baharu iaitu seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat, tertakluk kepada mandat rakyat dan ampun perkenan KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan.
PAS dengan ini menyeru semua pengundi untuk menunaikan tanggungjawab pada esok hari, Sabtu 12 Ogos 2023, dengan memilih pemimpin yang Prihatin, Bersih dan Berkebajikan daripada PAS dan PERIKATAN NASIONAL serta berharap proses pilihan raya di enam negeri berjalan dengan aman dan lancar.
“Malaysia Sejahtera”
TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 24 Muharram 1445/11 Ogos 2023 – HARAKAHDAILY 11/8/2023
No comments:
Post a Comment