PAS Pahang mengucapkan tahniah kepada rakyat dan pengundi di enam negeri yang telah menunaikan tanggungjawab pada 12 Ogos lalu.
Keputusan yang dibuat oleh pengundi khasnya Melayu dan sebilangan pengundi bukan Melayu memberi isyarat penolakan kepada kerajaan sedia ada.
Isyarat ini sewajarnya di sambut oleh semua kepimpinan parti untuk menilai semula kehendak dan kecenderungan pengundi Melayu.
PAS Pahang mengikuti secara dekat perkembangan ini khusus yang berlaku di Negeri Sembilan.
Kedudukan kerusi di Negeri Sembilan mempunyai persamaan dengan komposisi di Pahang. Kedua-dua negeri boleh memposisikan kuasa Melayu Islam.
Kedudukan yang sama juga dapat direalisasikan di negeri Pahang malah juga di peringkat nasional jika diterjemahkan kesungguhan itu.
Umno kini boleh menjadi king maker menentukan kedudukan kuasa Melayu atau sebaliknya.
PAS Pahang menyeru kepimpinan Umno di negeri-negeri yang mampu memposisikan kuasa dan kedaulatan Melayu Islam agar menyambut gelombang dan isyarat rakyat ini.
Suara akar umbi Umno yang menyeru kembali ke landasan asal perjuangan Melayu yang diasaskan pemimpin terdahulu jelas kelihatan hasil keputusan PRN.
PAS Pahang mengharapkan PERIKATAN NASIONAL pusat dan negeri melihat isu ini secara tuntas, demi kebaikan masa depan ummah dan negara.
PAS Pahang mengharapkan agar penyatuan ummah ditegakkan demi kestabilan negeri dan negara.
Pemimpin sewajarnya menyambut dengan hati terbuka dan merealisasikan impian rakyat.
PAS Pahang bersedia menghulur tangan perpaduan dan penyatuan ini dengan hati terbuka demi menyambut impian dan keinginan rakyat.
Ia mungkin sukar namun pemimpin perlu melakukan pengorbanan demi kesejahteraan rakyat, negeri dan negara.
YB ROSLI ABDUL JABAR
Pesuruhjaya PAS Pahang
14 Ogos 2023 – HARAKAHDAILY 14/8/2023
No comments:
Post a Comment