Ia selepas PN memenangi 33 daripada 36 kerusi DUN Kedah dalam PRN Sabtu lalu.
PETALING JAYA: Adun Jeneri, Sanusi Nor mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah buat penggal kedua.
Ketua Perikatan Nasional (PN) Kedah berusia 49 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada 10.15 pagi, lapor Bernama.
Sabtu lalu, Sanusi menang besar di kerusi Jeneri dengan majoriti 16,050 undi, menewaskan calon Barisan Nasional, Khizri Abu Kassim.
Dalam PRN Sabtu lalu, PN memenangi 33 daripada 36 kerusi DUN Kedah.
Sanusi dilantik menteri besar Kedah ke-14 pada Mei 2020, selepas mendapat sokongan majoriti Adun ketika itu.
Pendahulunya, Mukhriz Mahathir melepaskan jawatan tertinggi negeri itu selepas gabungan pimpinan Pakatan Harapan hilang sokongan majoritinya. Ini menyusul Langkah Sheraton pada Februari 2020 yang menyebabkan kerajaan persekutuan pimpinan PH tumbang.-FMT
No comments:
Post a Comment