Ibu Bapa Datang Waktu Tengahari Untuk Lihat Sendiri Apa Makanan Yang Diberi Kepada Anak Di Tadika, Terus Menangis Tengok Makanan..
Maka ramailah yang menghantar anak-anak ke sini atas dasar keyakinan dan kepercayaan.
Namun, harus kita sedar, dalam zaman yang penuh dengan ujian ini, terdapat juga sesetengah pusat taska atau tadika yang menyembunyikan sesuatu tanpa kita sedari.
Dalam kesibukan ibu bapa menguruskan kehidupan berkeluarga, kebanyakan ibu bapa yang kedua-duanya bekerja akan menghantar anak-anak ke pusat khidmat asuhan seperti taska dan tadika, kerana kebanyakan institusi awal kanak-kanak ini mempunyai lesen yang berdaftar.
Ini adalah berdasarkan satu sesi luahan perasaan yang dikongsikan oleh individu yang bernama Zizy ,(bukan nama sebenar) tentang pengalamannya menjadi salah seorang guru tadika di sebuah pusat tadika berkenaan.
Berikut adalah perkongsian beliau.
Pertama kali aku menjejakkan kaki ke tadika memang rasa seronok sangat. Bertemu pula dengan pemilik tadika yg kelihatan muda, cantik dan lemah lembut. Owner tadika interview aku, pertama sekali yg ada dalam fikiran aku ” Baiknya dia ni, cakap sopan santun, lemah lembut , tambah lagi kulitnya gebu.” Aku jadi yakin untuk teruskan menjadi guru di situ.
Assalamualaikum. Aku nak mula kongsikan experience menjadi salah seorang guru plus pembantu semasa mengajar di tadika yg ada title “Tahfiz”. Aku harap sangat cerita boleh dijadikan teladan kpd semua pemilik tadika @ taska, dan ibu bapa atau bakal menjadi ibu bapa.
Untuk pengetahuan pembaca, tadika ini mempunyai transit sehingga ke petang. Oleh sebab itu, makanan tengahari dan petang akan disediakan
. Peringkat awal, waktu makan tengahari untuk budak-budak, tukang masak merupakan orang Indonesia. Dan bukanlah guru-guru yang memasak di tadika
. Pada Awal tahun makanan masih ok. Lauk yang dimasak seperti ayam masak lemak cili api, ayam masak kicap. Semakin lama makin teruk sangat, aku dah tak tahu kenapa.
Aku lihat tadika ini sangat menjaga etika kebajikan. Pemilik tadika sangat baik. Banyak problem aku kongsi dengan dia.
Dia pula seorang yang peramah. Tahun kedua aku terus bekerja sebagai guru di sini lagi, dalam masa yang sama, ada guru-guru baru. Aku mula berkenalan dengan guru-guru baru. Tahun kedua mula ada banyak perubahan.
Nak tahu tak dia masak apa wahai pembaca?
Gambar sekadar hiasan
Hari kemudiannya, hanya masak lauk telur dadar dipotong kecik. Hari seterusnya lagi, fishcake yg sama dimasak dengan kicap atau sos.
Ok, hari ini diorang masak sosej sos, sosej dipotong tiga dan masak sos, bahannya cuma bawang putih dan bawang merah. Hari esok pulak makanan tengahari ialah fishball putih (selalu campur dgn mee, nasi goreng, kuew teow) yang berlendir macam tak basuh dengan bersih dan buat masak sup, kadang-kadang masak sos, masak sup (sup banyak ajinomoto).
Guru-guru sangat kesian, memang tak sampai hati nak beri anak-anak kecil makan makanan yang tak berkhasiat langsung. Ayam? Ayam cuma boleh kuis-kuis dan budak hanya dapat sikit sangat. Cukup ke? Iye, tak cukup sangat-sangat.
Untuk pengetahuan pembaca, menu yang sama itulah setiap hari sehingga akhir tahun. Budak-budak di tadika hanya dijamu lauk itu bersama nasi dan kicap. Nak tambah tak dibenarkan kerana lauk tak cukup walaupun nasi masih banyak. Iye ibu bapa sekalian, dia cuma masak lauk sikit je. Sedangkan setiap bulan bulan mak ayah budak-budak ni bayar duit transit yang setiap tahun naik.
Lagi cerita lain tentang tadika ni, nak kongsi tentang pemilik tadika. Tahun pertama aku bekerja, dia baik dan lemah lembut kan. Tahun kedua, seolah-olah dia dah mula menunjukkan perangai sebenarnya. Dia tidak suka berhadapan dengan ibu bapa yg banyak komplen, katanya “serabut….”
Kerana tak sampai hati, kadangkala guru-guru yang belikan makanan di luar atau masak dari rumah dan berikan budak-budak makan. Bila guru tengok mereka dapat makan ayam masak kari, sup ayam, ayam kurma, mereka sangat suka dan tambah banyak-banyak. Manalah tak gembira guru melihatnya. Ok, itu hal makanan tengahari yang sampai ke hujung tahun masih makanan yang sama. Untuk pengetahuan pembaca, tukang masak adalah orang gaji kpd pemilik tadika.
Dia pula, suka menggunakan bahasa yang sangat kasar terhadap budak-budak. Contoh yang pernah jadi di tadika apabila ada seorang budak perempuan ni, dia sangat pendiam dan suka berseorangan. Owner ternampak budak tu dan dia kata “Aku geram, aku rasa nak pijak-pijak budak ni.” Sedangkan budak tu tak pernah buat salah apa-apa pun.
Ini pula tentang hal lain yang jadi pd budak-budak tadika ialah ,apabila dia mengajar kelas 5 tahun. Budak-budak kelas 5 tahun ini sangat takut pada pemilik sebab dia suka menjerit dan marah-marah. Dia sendiri yang mengajar budak 5 tahun ni, dorang banyak diam dan takut nak cakap.
Bila budak-budak ni banyak diam dan tak jawab apa yg dia tanya. Dia mula cakap pada guru-guru lain “Dia ni lembab, bebal, bodoh betul.” Ketika aku bertugas di tahun pertama mengajar , pemilik tadika ini pernah mengamuk dengan pelajar 6 tahun yang lambat, dia cakap “6 tahun ni semua bodoh!” Aku terkejut, aku hanya diam.
Aku pendekkan cerita, bila guru-guru dah tak sampai hati melihat budak-budak yang hanya makan makanan tengahari seperti yang aku cerita tadi,
Apabila diberitahu kpd ibu bapa tanpa pengetahuan owner, ibu bapa terkejut.
Ada jugak ibu bapa yang cakap “Saya tidak pernah beri anak saya makan sosej, tapi sejak akhir-akhir ni, anak saya selalu minta saya masak sosej. Saya pelik, sekarang saya dah tahu apa yang sudah jadi.”
Kata mereka “Anak saya selalu mengadu, hari-hari dekat tadika asyik makan sosej, fishcake, fishball. Saya tak percaya. Kata ibu bapa lagi, “Saya ingatkan anak saya tak tahu apa, jadi saya biarkan tapi waktu yang sama saya pelik. Apabila guru-guru di sini dah beritahu hal yang sebenar, barulah saya percaya yang anak saya tak pernah bohong selama ni.”
Tambah Ibu Bapa lagi, “Anak saya bila balik dari tadika asyik mengadu lapar je. Bila saya tanya, tak makan ke kat tadika tadi? Anak sy jawab makan tapi tak sedap.”
Ada juga ibu bapa yang menangis selepas dia tahu apa yang berlaku di tadika,
Dia datang sendiri ke tadika sewaktu makan tengahari untuk lihat menu hari ini. Dia lihat dan terus menangis.
Kesimpulannya di sini, kepada semua ibu bapa….. Janganlah kerana terlalu sibuk bekerja sehingga anda lupa tanggungjawab kpd anak anda. Kpd ibu bapa yg hantar anak-anak ke tadika atau taska, ambil kesempatan untuk jenguk mereka di sana. Lihat apa yang mereka makan, sekali sekala merasa apa yang mereka makan.
Rasa sedih kenapalah anak-anak makan makanan sedemikian rupa. Rupa-rupanya, selama ini anak-anak mereka makanan makanan yang tak berkhasiat langsung.
Dibimbangi kalau tak sedap atau lain macam. Ibu bapa mesti sentiasa peka dan ambil berat terhadap anak-anak. Janganlah mengabaikan anak-anak dan serahkan 100% anak-anak anda di bawah jagaan pengasuh. Dan, ibu bapa haruslah sentiasa selidik dengan anak-anak, tanya anak anda “hari ini makan apa, buat apa di sekolah, cikgu macam mana dan lain lain.” Kalau anak tidak menjawab atau menjawab dengan betul atau salah, ibu bapa tanyalah pula kepada guru-guru tentang perkembangan anak-anak di sekolah.
Kepada pemilik tadika @ taska atau bakal menjadi owner tadika @ taska, atau pengasuh… Jangan lah anda memberi makanan yang tak berkhasiat kpd anak-anak. Fikir balik, sekiranya anda sendiri ada anak atau adik yg dilayan sebegitu rupa, apa yg akan anda buat? Sudah tentu anda akan berasa sangat marah dan tidak berpuas hati kan.
Aku berdoa semoga suatu hari nanti pemilik tadika aku sedar diri dan berubah menjadi lebih baik dan tidak berulang. Cuma kpd yang membaca ini, anda renungkan, fikirlah sendiri. Buat yang terbaik untuk anak-anak anda. Sekian, terima kasih kepada yg sudi membaca. Mohon maaf sekiranya anda yg membaca tidak berpuas hati atau salah faham. Assalamualaikum 🙂
Aku tak nak panjangkan cerita ini, banyak cerita yang aku nak share tapi biarlah, cukuplah yang sudah tahu ialah ibu bapa yang pernah hantar anak-anak mereka di tadika tempat aku mengajar ni.
– Zizy
Begitulah perkongsian cerita dari Zizy bukan nama sebenar. Sama-samalah kita renungkan kisah ini dan kongsikan kepada ibu-bapa yang lain agar lebih berwaspada terhadap keadaan anak-anak di tadika.
-Info Rakyat
No comments:
Post a Comment