TikTok kini mengumumkan akan melabur sebanyak $1.5 bilion pada syarikat usahasama dengan GoTo Group di Indonesia, sekaligus membolehkan mereka memfokuskan kembali arena edagang di negara terbesar Asia Tenggara berkenaan.
Dibawah kerjasama ini, syarikat usahasama baharu ini akan mengabungkan perniagaan TikTok Shop dan juga Tokopedia di Indonesia. Pihak TikTok akan menerima pegangan sebesar 75% pada syarikat baharu ini.
Langkah ini dijangka akan menyelesaikan cabaran TikTok untuk mendapatkan pengesahan untuk menjalankan perniagaan edagang di negara berkenaan. Sebelum ini, TikTok Shop telah diharamkan untuk beroperasi di Indonesia – sekaligus memberikan kesan operasi yang besar untuk syarikat media sosial berkenaan dalam menjana pendapatan.
Pada masa yang sama, Indonesia mungkin menjadi negara rintis untuk melihat bagaimana TikTok Shop memasuki dan beroperasi di sesuatu pasaran – dan mungkin perkara sama diimplementasi di negara-negara lain seluruh dunia.
Untuk GoTo sendiri, dengan langkah ini akan memberikan mereka rakan kerjasama global yang besar, sekaligus dijangka meningkatkan kadar pembelian dan pembayaran untuk edagang. Ini juga dijangka membantu GoTo untuk mencapai tahap keuntungan dengan lebih pantas.
Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan apakah seterusnya untuk Tokopedia, dan bagaimanakah negara-negara lain akan turut memberikan respon kepada kaedah pelaksanaan TikTok Shop di negara masing-masing lanjutan daripada ini.
-amanz.my
No comments:
Post a Comment