“Umno bertanding PRU15 secara solo. Umno hilang banyak kerusi. Selepas PRU15 Umno sertai kerajaan perpaduan. Itu keputusan MKT.
“Apakah itu barua DAP?,” soal Puad kepada rakan sejawatnya, Isham Jalil yang menggelar segelintir individu dalam parti itu sebagai “barua DAP” susulan kekalahan besar Umno pada PRK Kemaman.
“Kepada anasir-anasir yang dah jadi tali barut parti lain, nak jadi barua memecahkan orang Melayu, itu yang kita kena tentang habis-habisan,” kata Isham menerusi video dimuat naik di Facebooknya.
Kenyataan Isham itu menyusul selepas Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno akan berkubur pada PRU16 jika terus bekerjasama dengan DAP, sementara Muhyiddin pada Ahad berkata kekalahan BN pada PRK Kemaman memberi amaran kepada Umno supaya menilai semula kerjasama dengan PH.
Puad kemudian mendakwa Isham yang berterusan menyerang kerjasama Umno dan PH khususnya DAP “sebagai tali barut Bersatu”.
“Mereka termasuk Tun M dan Muhyiddin (Yassin) desak Umno keluar dari kerajaan perpaduan. Barua Bersatu lagi berat. Bunuh Umno,” kata Puad.
Bercakap kepada FMT, Ahli MKT Umno, Razlan Rafii, semalam mendedahkan Isham beberapa kali tidak menghadiri mesyuarat pimpinan parti dan didakwa mengadakan pertemuan dengan beberapa rakan daripada Bersatu - FMT
Artikel Berkaitan: UMNO Dah Jadi Barua DAP Dia Kata?
No comments:
Post a Comment