“Suspek terbaharu yang ditahan kira-kira pukul 3 petang kelmarin di Melaka merupakan presiden sebuah NGO yang disyaki menjadi dalang utama menetapkan harga bagi calon yang berminat mendapatkan pingat kebesaran.
“SPRM sedang berusaha mengesan lima lagi invididu yang turut menjadi mangsa sindiket.
“Selain itu, bayaran yang dikenakan berbeza mengikut darjah kebesaran misalnya gelaran Datuk bernilai RM150,000, Datuk Seri (RM250,000) selain Tan Sri bernilai RM2 juta,” ujarnya.
Susulan penahanan itu, tiga suspek yang ditahan telah disambung reman selama 3 hari bermula 6 hingga 8 Disember 2023 manakala seorang suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Suspek wanita yang ditahan pada 4 Disember lalu ditahan reman selama 4 hari bermula 5 hingga 8 Disember 2023, manakala suspek utama ditahan reman selama lima hari bermula semalam sehingga 11 Disember 2023.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan menjelaskan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Beliau berkata, SPRM kini sedang mengesan beberapa lagi suspek yang dipercayai terlibat dengan sindiket tersebut. – KOSMO! ONLINE
No comments:
Post a Comment