Sanusi Md Nor, Saifuddin Nasution – malayadaily.com
SUNGAI PETANI, 4 Ogos 2023 – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengemukakan bukti dalam isu unsur nadir bumi (REE) ke mahkamah dan bukannya pentas ceramah politik.
Menurut Sanusi, tiada bukti kukuh yang ditunjukkan oleh Setiausaha Agung Pakatan Harapan itu di dalam kes tersebut setakat ini, sebaliknya hanya membina naratif dan persepsi terhadap beliau ketika kempen pilihan raya negeri (PRN).
“Dia bukan tunjuk bukti, dia bina naratif… bina persepsi mana ada bukti, dia nak bukti ini (kena) ada kes pun tak ada nak bukti apa.
“Tak dak bukti apa pun, bukti kalau ada kes kan, apa-apa kes bukti bawa ke mahkamah, tak payah dilontar di pentas ceramah, itu bukan kerja yang betul. Saya tak pernah buat kerja lagu tu, bawa ke mahkamah,” katanya pada sidang akhbar pada Khamis.
Terdahulu Sanusi bersama calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar pada Program Santai Petang bersama Panglima dan Kapten di Medan Gurun jaya dekat sini.
“Tak mahulah boring (jawab persoalan Saifuddin). Tak payahlah duk pukul gendang suruh kita menari, hang menarilah sorang-sorang.
Ketika ditanya cabaran Saifuddin agar Sanusi mengemukakan bukti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli perniagaan Indonesia, Mohammad Riza Chalid memohon untuk mengusahakan REE, beliau memberi amaran agar tidak mencabarnya.
“Bencana bagi negara ini bila ahli politik mencampuri urusan jabatan kerajaan, dia ada petak dia duduk, jangan campur semua urusan jabatan semua dia nak masuk campur.
“Mai (datang) Kedah ini berapa puluh kali sebulan kan semua orang urus itu naik helikopter ke, naik kapal terbang kan, nak kena buka bilik kan, nak kena jamu lagi, dia mai kerap-kerap.
“Pi lah buat kerja KDN (Kementerian Dalam Negeri). Dia makan gaji RM70,000, RM80,000 kan, dok kira REE saja, KDN berlambak lagi tugasan,” kata Sanusi. – Sinar Harian
No comments:
Post a Comment