1. Media hari ini melaporkan bahawa Raja Rozela Raja Toran, yang mengetuai pasukan Pendakwaan bagi 47 pertuduhan yang melibatkan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi telah digantikan dan tugasan beliau diambil alih oleh pendakwa raya yang lain. 2. Media New Straits Times juga menyatakan bahawa cubaan mendapat penjelasan dari Raja Rozela Raja Toran mengenai isu ini mendapat balasan pendek, "I am a public servant...I am not allowed to comment.My apologies." 3. Pelbagai isu sebelum ini yang terkait dengan kes Yayasan Akal Budi dan 47 pertuduhan kini semakin diselubungi misteri dan menimbulkan tanda tanya. 4. Kes Yayasan Akal Budi kini berada di tahap Pembelaan.Tertuduh sendiri telahpun memberi keterangan.Namun fakta bahawa beliau kini berada dalam posisi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO/ Pengerusi Barisan Nasional yang menyumbang 30 Ahli Parlimen sokongan kepada kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri memungkinkan pelbagai spekulasi. 5. Kemudiannya ada juga surat representasi sepanjang 200 mukasurat seperti laporan akhbar yang dikatakan diutus kepada Peguam Negara oleh peguambela Zahid Hamidi dan keperluan masa untuk pihak Jabatan Peguam Negara meneliti representasi tersebut sebelum keputusan dibuat samada pertuduhan diteruskan atau sebaliknya. 6. Pemulangan paspot antarabangsa Zahid Hamidi walaupun sedang menghadapi 47 pertuduhan sedangkan kes belum selesai berlainan dari kebiasaannya terhadap tertuduh-tertuduh lain juga menimbulkan rasa pelik pada pelbagai pihak. 7. Kuasa untuk mendakwa, memberhentikan, menangguhkan serta memulakan kembali mana-mana pertuduhan jenayah terhadap sesiapa sahaja di Malaysia ini ada di tangan Peguam Negara. Ini undang-undang mantap( trite law). Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan juga jelas. Ini tidak dinafikan. 8. Begitu juga yang tidak boleh dinafikan adalah pasukan pendakwaan kes Yayasan Akal Budi dikemudi sebaiknya oleh Raja Rozela Raja Toran sehingga tertuduh dipanggil membela diri. 9. Perbicaraan di tahap pendakwaan selama 53 hari bermula 18.11.2019 sehingga 19.03.2021 membabitkan 99 saksi. Kayu ukur kejayaan pasukan pendakwaan sudah tentu apabila Zahid Hamidi dipanggil membela diri yakni segala elemen-elemen pertuduhan berjaya dibuktikan. Maka sekiranya begitu mengapa ketua pasukan pendakwaan digantikan? 10. Peguam Negara tidak boleh berdiam diri berpeluk tubuh. Penjelasan wajib diberikan. 11. Rakyat memerhati dan menilai. Rafique Rashid Ketua Penerangan Pejuang 08.08.2023
Sumber X @ Twitter
No comments:
Post a Comment