Gambar hiasan – Peniaga kecil – foto The Sun Daily
KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2023 – Nasib golongan peniaga di Selangor tidak pernah dipinggirkan apabila Perikatan Nasional (PN) menawarkan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan terbabit di negeri berkenaan.
Pemerkasaan golongan peniaga melalui manifesto yang bertemakan ‘Selangor Baharu, Kita Bangkit’ itu bakal dilaksanakan secara menyeluruh yang diyakini merancakkan lagi pemulihan ekonomi negeri di samping membangunkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berdaya saing dan ‘digital-ready’.
Antaranya termasuk memperkukuhkan Skim Mikro Kredit (Hijrah) bagi mengupayakan peniaga-peniaga kecil yang memerlukan modal perniagaan dengan dana pusingan berjumlah RM500 juta untuk manfaat 100,000 peniaga kecil.
Selain itu, PN Selangor juga menawarkan pengecualian fi lesen perniagaan untuk penjaja, gerai dan pasar di negeri berkenaan.
Malah, pengecualian sepenuhnya bayaran sewa tapak perniagaan milik pihak berkuasa tempatan (PBT) juga dilaksanakan bagi penjaja yang berdaftar.
Juga mewujudkan dana Food Truck Selangor (FTS) berjumlah RM50 juta setahun bagi menyediakan pinjaman tanpa faedah kepada penjaja untuk memiliki food truck bagi mengembangkan perniagaan mereka;
Dalam pada itu, penyediaan dana Restart Selangor berjumlah RM50 juta setahun juga ditawarkan untuk membiayai penggantian peralatan perniagaan rosak akibat bencana atau musibah.
Tidak ketinggalan kepada peniaga dalam talian apabila dana Digital Niaga Selangor (DiNiS) berjumlah RM50 juta setahun diwujudkan bagi membantu usahawan muda Selangor mengoptimumkan potensi perniagaan melalui teknologi digital serta khidmat nasihat dan latihan.
Reaksi para peniaga di Selangor
“Saya sokong jika PN menawarkan bantuan khususnya kepada peniaga kerana ada peniaga yang tidak mendapat bantuan kerana membuat pendaftaran perniagaan.”- Peniaga makanan, Hasnah Abdul Razak, 63.
“Peniaga kendera saji (food truck) mendapat manfaat dengan tawaran pinjaman tersebut sebagai modal pusingan namun ia perlu benar benar dilaksanakan bagi membantu golongan seperti kami ini”.- Peniaga kendera saji, Ishak Ali, 59.
“Tawaran PN untuk membantu peniaga dari segi kewangan dan bantuan modal amat baik dan usaha itu perlu dilaksanakan bagi membantu peniaga-peniaga kecil.”.- Peniaga, Zulhairi Talib, 64.
“Golongan peniaga adalah golongan yang memerlukan perhatian dan tawaran PN ini ia sedikit sebanyak dapat bantu peniaga-peniaga kecil.” – peniaga makanan, Mat Razi Husin, 60.
“Kami menyokong mana-mana parti yang memberi fokus kepada kebajikan peniaga kecil kerana golongan seperti kami perlukan perhatian dan sokongan”. – Penjaja, Saminathan, 58.
“Saya menyokong pengecualian fi lesen perniagaan untuk penjaja, gerai dan pasar kerana ia dapat bantu peniaga kecil”.- Penjaja makanan ringan, Yasotha, 50.
“Sudah tentu peniaga memerlukan bantuan modal pusingan dan saya menyokong jika ada parti yang menawarkan skim pinjaman dengan bayaran balik pinjaman yang tidak membebankan.”- Penjaja makanan ringan, Tamilselvi, 56.
“Dana niaga digital Selangor dapat merancakkan lagi penglibatan belia untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian dan sudah tentu ia mendapat reaksi positif dari golongan peniaga muda.”- Saguniah, 32.
“Kami menyokong tawaran parti yang memberikan keutamaan kepada peniaga dan tawaran PN untuk memberikan pengecualian fi lesen bagi peniaga, gerai dan pasar sudah pasti diterima baik.” – Peniaga air minuman, Mohd Norzaharin Atan, 25.
“Saya menyokong PN dan saya yakin PN akan melaksanakan tawaran mereka serta tidak mengabaikan keperluan peniaga terutama golongan belia yang berniaga seperti saya.”- Peniaga takoyaki, Mohd Zaidi Ismail, 34. – Sinar Harian
-malayadaily.com
No comments:
Post a Comment