KOTA BHARU: PERIKATAN NASIONAL (PN) Kelantan berada pada kedudukan terbaik apabila rakyat menerima baik calon-calon baharu yang diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Setiausaha Badan Perhubungan PN Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, calon yang ditampil kali ini adalah mereka yang mampu memenuhi hasrat rakyat.
Katanya, orang ramai memberi reaksi positif terhadap calon-calon yang diketengahkan dalam misi mempertahankan kerajaan Kelantan.
“Rata-rata rakyat di bawah menunjukkan sokongan kepada PN, ditambah pula dengan pelbagai program berkebajikan yang dilaksanakan kerajaan negeri sejak berpuluh tahun lalu.
“Sesi penerangan dan ceramah yang dianjurkan sentiasa mendapat sambutan menggalakkan penduduk tempatan. Malah ceramah tersebut juga dibuat secara langsung di media sosial.
“Berdasar perkembangan itu, kita yakin PN akan dapat mempertahankan kerajaan negeri sekarang,” katanya pada sidang media di Pusat Media PAS Kelantan di sini, hari ini.
Begitu juga, katanya program tawaran PN Kelantan yang dilancar malam semalam mendapat sambutan positif rakyat termasuk mereka yang berada di Kelantan.
Menurutnya, 96 program melalui 18 tawaran diprkenalkan kepada rakyat untuk membolehkan mereka membuat penilaian.
Sementara itu, Wan Roslan yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, aktiviti kempen yang melibatkan semua calon dan jentera PN berjalan lancar.
Pada PRN kali ini, PN Kelantan menampilkan lebih 50 peratus muka baharu yang terdiri daripada teknokrat, profesional, ulama dan bekas pendidik. Malah lima daripada mereka merupakan peguam. – HARAKAHDAILY 2/8/2023
No comments:
Post a Comment