Georgetown: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berhasrat mengambil peranan pembangkang sekali gus mewakili suara rakyat sekiranya parti itu memenangi mana-mana tiga kerusi yang ditandingi di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ia pendirian parti itu ketika ini meskipun kemungkinan besar gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan meraih majoriti selesa untuk membentuk kerajaan negeri selepas PRN.
"Dalam kedudukan itu, keutamaan saya, yang saya tetap akan bawa kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat Muda untuk bercakap mengenainya, kita akan menjadi pembangkang rakyat kerana kita mahu semak dan imbang untuk memastikan suara rakyat didengari.
"Sebab itu, bagi Muda, tidak ada perubahan Kerajaan Persekutuan tapi bagi Muda kita nak fokus jadi semak imbang kita tidak akan menyokong membuta tuli kalau perkara itu salah, kita tolak.
"Pada masa sama, kami mahu menjadi suara hati nurani rakyat, alternatif yang betul, pembangkang yang betul," katanya kepada pemberita selepas program Ceramah Bajet Muda Pulau Pinang di Pantai Jerejak di sini, malam tadi.
-myMetro
No comments:
Post a Comment