Khairuddin Abu Hassan – malayadaily.com
KUALA LUMPUR, 25 Okt 2023 – Golongan agamawan diminta tampil memberi pencerahan tentang larangan penggunaan perkataan ‘kafir’ dalam parlimen oleh Speaker Dewan Rakyat.
Menurut Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, golongan agamawan harus berani menyuarakan hal berkaitan hukum-hakam kerana hari ini nilai-nilai ‘liberalisme’ sedang bertapak.
“Para mufti-mufti serta golongan agamawan harus tampil untuk memberi pencerahan mengenai larangan penggunaan perkataan ‘kafir’ dalam Parlimen sepertimana yang diarahkan oleh Speaker Parlimen yang ‘sewel’ baru-baru ini.
“Golongan agamawan kena berani bercakap mengenai hukum-hakam agama kerana pada hari ini kita sudah mula nampak nilai-nilai ‘liberalisma’ sedang bertapak di tanahair kita, ujarnya.
Khairuddin yang juga Pengerusi Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu berkata sebelum ini gerakan Proklamasi Orang Melayu dilarang untuk berhimpun secara tertutup tetapi pada masa yang sama kumpulan LGBT dibenarkan berarak.
“Pada suatu masa gerakan Proklamasi Orang Melayu dilarang berhimpun secara tertutup untuk diadakan majlis musyuawarah sesama kami tetapi puak LGBT dibenarkan berarak di jalanan.
“Ini contoh yang paling ketara yang sedang menular di negara kita.
Menurut beliau, golongan agamawan tidak boleh kompromi dengan mana-mana orang politik yang cuba hendak menyelewengkan aqidah atau hukum-hakam agama.
“Dalam hidup ini kita kena berpegang erat pada hukum-hakam agama berteraskan Al-Quran serta As-Sunnah bukan pentingkan nilai-nilai komersil atau kepentingan pangkat mahupun material.
“Pada pandangan saya Tan Sri Johari Abdul sudah melampau dan cuba hendak mempersendakan ajaran agama Islam dan cuba buatkan fatwa politiknya sendiri. Katanya.
Baru-baru ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegur Ahli Parlimen supaya tidak mengungkapkan perkataan-perkataan sensitif seperti kafir, zionis dan yahudi di Dewan Rakyat.
Sebaliknya, beliau meminta Ahli-ahli Parlimen untuk membawa isu-isu rakyat serta negara sebagai matlamat utama dan tidak menjadikan Dewan Rakyat sebagai medan politik. – malayadaily.com
No comments:
Post a Comment