Amazon mengumumkan Project Kuiper pada tahun 2021 sebagai pesaing kepada Starlink.
Mereka turut bercadang menawarkan perkhidmatan internet menggunakan satelit dengan ia terletak di orbit bumi rendah (LEO).
Amazon kini mengumumkan mereka akan melancarkan dua prototaip satelit Project Kuiper hari ini.
KuiperSat-1 dan KuiperSat-2 akan dilancarkan menggunakan roket Atlas V milik United Launch Alliance.
Ia akan mencapai ketinggian 500 kilometer dari permukaan bumi dengan beberapa ujian akan dilakukan bagi melihat kemampuan sistem.
Sekiranya semua berjalan lancar, Amazon akan mengambil masa enam tahun untuk melancarkan kesemua 3200 satelit yang diperlukan oleh Project Kuiper.
Satelit komersil pertama menyasarkan pelancaran pada separuh pertama 2024 dengan pelanggan boleh menikmati perkhidmatan mereka sebelum berakhirnya 2024.
Kelebihan sistem internet satelit dibuktikan oleh Starlink kerana membawakan perkhidmatan jalur lebar ke kawasan di luar internet.
Di Ukraine misalnya, Starlink menjadi satu-satunya mod perhubungan oleh tentera di barisan hadapan yang beroperasi di kawasan yang telah musnah di bom.
Kesatuan Eropah juga ingin membangunkan perkhidmatan Resilience, Interconnectivity and Security by Satellite (IRIS²) yang sama supaya tidak perlu bergantung kepada perkhidmatan dari luar.
-amanz.my
No comments:
Post a Comment