Semalam, tular video pelakon jelita, Puteri Sarah bercerita mengenai hubungan baik bersama bekas suami, Syamsul Yusof dan video itu, aktres terbabit sempat berseloroh mengatakan Syamsul ada saja singgah di rumah dan makan dua kali.
Susulan itu, video tersebut meraih perhatian ramai dan netizen kebanyakkannya ‘mengusik’ isteri baru Syamsul iaitu Ira Kazar.
Terbaru, Sarah ada memuat naik satu foto di laman Instagram dengan mengatakan tidak perlu merendahkan martabat diri hanya kerana orang lain memintanya.
Meninjau di ruangan komen, ramai bersetuju dengan kata-kata aktres tersebut dan dalam pada masa yang sama, ada seorang individu bertanya kepada Sarah jika dirinya mahu keluar makan bersama ayah kepada anak-anaknya.
Soalan itu seolah-olah membuat Sarah berasa ‘geli’ dan laju membalas bahawa ia tidak akan berlaku.
Bahkan, peminat pelakon itu juga meminta agar dirinya tidak terlalu rapat dengan bekas suami dan hanya fokus kepada kawan rapatnya yang berasal dari Indonesia, Andi Arsyil.
-BeautifulNara
No comments:
Post a Comment