Mohd Asri Zainul Abidin – malayadaily.com
KUALA LUMPUR, 13 Okt 2023 – Sahibus Samahah Mufti Perlis, Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan kepada orang Islam agar tidak mengambil mudah soal orang lain menguasai tanah air.
Dalam satu forum yang disiarkan di youtube, beliau berkata isu Palestin memberi peringatan kepada kita agar tidak mengambil mudah isu tanah air.
“Palestin jadi seperti hari ini memberikan ingatan yang pertama kepada kita bahawasanya kita jangan mengambil mudah soal orang lain menguasai tanah air kita.
“Ketika Mufti Palestin Mohammed Amin al-Husseini dan juga ulama Izzuddin bin Abdul Salam memberikan amaran bahawasanya akan berlaku ancaman Yahudi yang ditempatkan oleh bangsa-bangsa bersatu juga atau pun Britain kepada pengambilan harta atau pun hak orang Islam Palestin.
“Sebahagian orang Palestin ketika itu tidak mengambil besar hal ini. Ujarnya.
Asri juga berkata Mufti Palestin yang menfatwakan haram menjual tanah kepada Yahudi.
“Dan itu hasilnya, kita rasa bahawasanya Yahudi itu mungkin sekadar nak tumpang buat rumah buka kedai kita boleh makan, tapi akhirnya benar seperti yang diberitahu, dia (Yahudi) menguasai tanah air (Palestin).
“Ini mesti diambil iktibar oleh orang Islam agar kita sentiasa menguasai ekonomi kita dan menguasai aset dan harta kita supaya tidak berakhir sepertimana apa yang tercetus di Palestin. Kata beliau.
Ketika ini lebih 423,000 orang penduduk terpaksa meninggalkan kediaman di Semenanjung Gaza susulan pengeboman berterusan zionis Israel yang bertindak balas atas serangan mengejut pejuang Hamas Sabtu lalu. – malayadaily.com
No comments:
Post a Comment