Kemampuan mengisi minyak ketika masih di udara dicipta pada tahun 1923 oleh Amerika Syarikat.
Ia membolehkan pesawat tentera terus melakukan misi dengan lebih lama tanpa perlu mendarat terlebih dahulu.
Selepas lebih 100 tahun teknologi ini dibangunkan, Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) akan menjadi yang pertama di dunia menggunakan sistem mengisi minyak di udara secara automatik.
Pesawat Airbus A330 Multi Role Tanker Transport (MRTT) telah melakukan lebih proses mengisi minyak pada pesawat F-15SG, F-16 dam A330 MRTT milik RSAF sebanyak 500 kali pada Ogos lalu.
Ini adalah sebahagian daripada proses yang dilakukan bagi mendapatkan persijilan operasi pada tahun 2024 kelak.
Sistem mengisi minyak secara automatik Airbus telah diuji sejak 2020. Ia boleh beroperasi pada waktu malam dan juga dalam keadaan cuaca buruk.
Proses pengisian secara automatik mengurangkan tekanan kepada operator manusia dan mempercepatkan proses mengisi minyak pada pesawat apabila diperlukan.
-amanz.my
No comments:
Post a Comment