Melaka: Mahkamah Pilihan Raya hari ini mengekalkan kemenangan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang mewakili Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) 19 November tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas mendapati pempetisyen gagal membuktikan elemen rasuah oleh Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu yang bertujuan mempengaruhi pengundi dalam keputusan pilihan raya bagi kerusi parlimen berkenaan.
Sehubungan itu mahkamah memutuskan pemilihan Mas Ermieyati selaku Ahli Parlimen Masjid Tanah yang dipilih ketika PRU-15 adalah sah.
-myMetro
No comments:
Post a Comment