Tidak dapat dinafikan bahawa emoji boleh memainkan peranan yang kuat dalam mempengaruhi proses komunikasi kita. Baik secara positif atau negatif amatlah bergantung pada penerimaan serta pendapat masing-masing.
Berkongsi dengan lebih lanjut kemaskini baharu Google kini membenarkan pengguna membalas emel dengan reaksi emoji di Gmail. Ini bermakna pengguna bukan sahaja boleh membalas atau bertindak balas dengan cepat terhadap emel diterima, malahan turut menjadi cara paling mudah untuk berkomunikasi. Pun begitu reaksi yang digunakan mestilah bersifat jelas, benar dan mudah difaham bagi mengelakkan salah faham berlaku di antara pihak terlibat.
Ciri ini boleh ditemui pada bahagian setiap emel menerusi butang khas yang disediakan. Secara lalai pilihan emoji yang disediakan terdiri dengan hati, pesta, ibu jari, ketawa, terima kasih dan muka tersenyum. Pengguna bagaimanapun masih boleh memilih lebih banyak emoji dengan menekan pada butang More +, yang kemudiannya kemudian reaksi dipilih akan muncul di bahagian bawah emel.
Turut difahamkan bahawa penggunaan reaksi emoji ini tidak boleh digunakan untuk beberapa perkara. Antaranya ialah mesej yang dihantar ke senarai emel berkumpulan, mesej yang dihantar lebih daripada 20 penerima dan menggunakan emel pihak ketiga dengan akaun Gmail, misalnya Apple Mail atau Microsoft Outlook.
Ciri ini disediakan secara berperingkat bermula dengan peranti dan tablet Android. Seterusnya dijangka akan datang ke pengguna web dan iOS dalam beberapa bulan kemudian.
-amanz.my
No comments:
Post a Comment