KUALA LUMPUR – Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM), Datuk Dr Musa Mohd Nordin memohon maaf atas ‘kekurangan’ yang berlaku dalam penganjuran perhimpunan aman ‘Freedom for Palestine’ di Dataran Merdeka, semalam.
Dr Musa membuat permohonan maaf melalui platform X hari ini selepas peserta yang hadir mengecam pengajur kerana meletakkan pelbagai syarat termasuk melarang pemaparan sepanduk yang mengecap Presiden Israel Benjamin Nentayahu.
Katanya, peraturan yang diambil oleh pihak penganjur adalah selaras dengan arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar perhimpunan itu berada dalam sempadan kemanusiaan.
“PDRM memberi arahan yang jelas kepada pasukan keselamatan kami untuk mengambil tindakan pantas terhadap ucapan kebencian, poster dan ejen provokator yang berniat untuk menggagalkan perhimpunan kemanusiaan dan aman kami.
“Namun demikian, saya difahamkan terdapat beberapa pihak yang kurang berpuas hati dengan cara kelangsungan perhimpunan kami. Oleh yang demikian, bagi seluruh pihak VPM, kami memohon maaf terhadap segala kekurangan kami,” katanya.
Sementara itu, Musa menegaskan tidak timbul sebarang isu mengenai laungan takbir ‘Allahu Akbar’
Ini kerana Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badlishah Sham Baharin dan Nurul Izzah Anwar turut melaungkan takbir ketika berucap.
“Isu takbir bukan isu, Nurul Izzah dan Badlishah bertakbir ketika berucap. Ramai yang bertakbir yang kami tidak hentikan.
“MC (juru acara) hanya mengingatkan bahawa ini adalah perhimpunan berbilang agama dan kita patut membuat nyanyian yang semua orang boleh sertai,” katanya.
MalaysiaGazette melaporkan, terdapat peserta yang bersuara lantang melahirkan tidak berpuas hati terhadap penganjur yang dikongsi di media sosial terutama dalam aplikasi di TikTok.
Misalnya sorang wanita yang menggunakan nama ‘Hajar’ kecewa apabila mendakwa penganjur menggelar para peserta himpunan itu bersikap sama seperti zionis apabila mereka membawa sepanduk dan plakad yang menggelar Benjamin Netanyahu sebagai penjenayah perang.
Paling mengecewakan wanita itu apabila penganjur juga dilarang melaungkan ‘Allahu Akbar.
“Anda mahu puaskan hati siapa? Anda dan kumpulan elit anda di atas pentas cuba melarang peserta tidak boleh buat ini dan itu.
“Anda beri amaran peserta jangan laungkan ‘Allahuakbar’ kerana mengatakan himpunan itu himpunan kemanusiaan,” katanya dengan nada marah.
Menyifatkan himpunan berkenaan sebagai gagal, wanita tersebut menegaskan penganjur sebenarnya tidak menumpukan tujuan himpunan sebenar iaitu untuk bersolidariti untuk Palestin.- MalaysiaGazette
p/s:Apa susah kan..rasa tertekan minta maaf....mudahnya sekarang dibawah pemerintahan Kerajaan Madani...
No comments:
Post a Comment