Tular di media sosial beberapa foto yang memaparkan daging katak dijual secara terbuka di bahagian makanan laut dalam sebuah pasar raya terkenal di Selayang.
Pasar raya terbabit didakwa tidak sensitif apabila mencampur bahan mentah halal dan tidak halal di dalam satu bahagian.
Susulan itu, pengadu telah membuat satu laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) mengenai isu tersebut.
Menurut kenyataan KPDN Selangor, pasar raya terbabit mendakwa terdapat kesilapan berlaku di peringkat pengurusan dan pekerja dan situasi itu disedari segera oleh pihak petugas.
Pihak pasar raya juga menegaskan tidak pernah membekalkan makanan tidak halal di pasar raya terbabit.
“Situasi tersebut segera disedari petugas pasar raya dan telah mengalih keluar daripada tempat jualan makanan hasil laut dan diyakinkan tidak berlaku pencampuran dengan makanan laut lain.
“Ia bukan untuk dijual tetapi adalah pesanan peribadi daripada pemilik pasar raya untuk kegunaan luar,” katanya.
Justeru, pihak KPDN telah memberi amaran agar pasar raya berkenaan lebih berhati-hati dan sensitif dengan pembekalan barangan yang dijual kerana premis itu turut menjadi tumpuan pengguna beragama Islam.
Sumber: TikTok
credir:Lobak Merah
p/s:Sepatutnya pasaraya tersebut wajib disaman sebagai pengajaran..bukan hanya mendengar pengakuan kekhilafan.Moga menjadi iktibar kepada kita sebagai umat Islam.Fikir-fikirkan
No comments:
Post a Comment