“Kita punyai peluang menerajui (kerajaan) persekutuan dalam tempoh tidak lama lagi. PAS pasti bersama PN akan menerajui kerajaan pada masa hadapan.
“Saya dikunjungi ramai pimpinan, wakil kedutaan asing pimpinan negara luar yang membuat kesimpulan masa depan negara terletak pada PN dan PAS.
“Kita harus bersedia menerajui kerajaan, Pemuda mesti melengkapkan hakikat tersebut dan bersama pimpinan menerajui kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS kali ke-64 di Shah Alam.
Dalam ucapannya, Tuan Ibrahim secara berseloroh berkata ketika parti itu menjadi kerajaan mereka hanya memenangi 18 kerusi Parlimen, sebaliknya kembali sebagai pembangkang selepas menang 43 kerusi dan ia “tanda kiamat semakin hampir”.
“(PRU15) Kita mencapai kemenangan, walaupun tidak memerintah negara. Waktu kita (menang) 18 kerusi (Parlimen) kita jadi kerajaan, waktu kita berada di kerusi yang besar (menang lebih banyak kerusi) kita jadi pembangkang.
“Ini antara tanda hampirnya kiamat,” katanya disambut gelak ketawa perwakilan Pemuda.
PAS membentuk kerajaan bersama Bersatu, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) selama 33 bulan bermula 2020 bawah pimpinan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-8 dan Ismail Sabri Yaakob perdana menteri ke-9.
Parti itu diberi peranan tiga jawatan menteri dan lima timbalan menteri - FMT
credit:Anak Sungai Derhaka
No comments:
Post a Comment