Sistem internet Starlink tidak ditawarkan di Israel walaupun sebelum ini muncul laporan kerana negara tersebut ingin memberikannya kepada penduduk sebagai sistem perhubungan kecemasan.
Pada hujung minggu lalu, Elon Musk dalam balasan kepada ciapan ahli kongres Amerika, Alexandria Ocasio-Cortez mengatakan beliau akan menyokong penggunaan terminal Starlink di Gaza untuk organisasi bantuan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa di Gaza.
Ciapan balas dihantar selepas Israel mematikan sistem internet di Gaza sebelum ia digempur oleh pasukan tentera darat untuk fasa seterusnya konflik yang sudah berlarutan hampir sebulan.
Pengumuman Musk menerima reaksi negatif daripada kerajaan Israel dengan Menteri Komunikasi, Shlomo Karhi berkata mereka akan menentangnya kerana mendakwa Starlink akan digunakan oleh Hamas bagi tujuan keganasan.
Ketika artikel ditulis, akses kepada internet di Gaza telah dikembalikan di kawasan tertentu. Namun begitu akses kepada bantuan kemanusiaan kepada warga Gaza masih lagi disekat walaupun kuasa elektrik, air dan makanan telahpun dihalang oleh Israel sejak lebih seminggu yang lalu.
-amanz.my
No comments:
Post a Comment